Thursday, March 21, 2013

REZ ASFAR MA' JAJ BIL SALSA BANDORA@TOMATOM (ARABIC YELLOW RICE WITH CHICKEN AND SALSA TOMATO)



REZ ASFAR MA' JAJ BIL SALSA BANDORA/TOMATOM(ARABIC YELLOW RICE WITH CHICKEN AND SALSA TOMATO)

Assalamualikum dan salam sejahtera semua. Dah lama lydia tak buka my blog and update.. Lydia memang MALAS sangat dengan network di Kuwait ni, dah bertahun begini juga.. Bayangkan nak tengok 1 filem/drama kat Youtube menggambil masa more then 10 jam belum tentu habisnya. Tadi dan sekarang lydia tengan tunggu nak tengok drama melayu Padamu Ku Bersujud ni pon belum asmpai suku cerita sedari jam 3 petang sampai la, sekarang dah jam 12:25am lom sampai suku cerita, tak naik suku atau hantu kepala otak ku. Dah ler tu kalau bukak 1 network tu 1 tu jer tak leh nak bukak yang klain kalau tak mulalah hang ler, on and off la..sabo je la, kalau anda juga berada di tempat Lydia pasti anda juga hilang sabor dan hilang mood. Dah ler sejak dua menjak ni kemalasanku semakin upgrade so nasiblah. Nak update N3 memang Malas tambah pula nka masak pun jarang sebab suami sellau outstation dan kalau dia ada pon dia dah tak selera sangat nak makan sebab memikirkan masalah negaranya Syria yang macam retak menanti belah.. Nak cakap lebih pon tak mo la sebab Lydia sekarang pon tengan sedey sebab tadi ipo anta WhatApps gambo family in law kat sanu, tengao semuanya muka cengkong, daif dan macam memendam rasa je..aaahhhhh.. ya Allah lindungilah mereka dan keluargaku di Malaysia juga.. Okay tak mo cakap banyak la sedey ni..meh skodeng recipe nasik ni yang dah berbulan masak dan sekarang baru nak post N3 tu pon sebab ada kawan FB bertanya, kalau tidak memang hampeh la terlupa..
Resepinya..


REZ ASFAR ARABIC YELLOW RICE
8 cawan basmati
1/2 cmb minyak masak**
6 cmb minyak sapi***
3 ekor ayam- potong 4 & bersihkan*
4 helai daun bay*
2 labu bawang besar- quartered*
4 ulas bawang putih-belah dua*
1 batang kulit kayu manis*
1/2 cmt lada hitam biji*
5-6 biji cardamom pods*
2 inci halia-diketuk sikit*
1 cmt arabic mixed spices*
Garam secukup rasa*
Air untuk merebus ayam*
#sedikit pewarna kuning/oren -1 cmt + 1/4cawan air
Bahan tabur:-
Pine nut/ almond- di goring hingga keemasan-tak boh sebab terlupa
Bawang goring
Sedikit fresh chopped corainder leave.

Bersihkan beras hingga jernih airnya, rendam dalam air yg telah dicampurkan dengan 2camb garam selama 1jam++ dan toskan.
Selepas bersihkan basmathi, dalam periuk masukkan semua bahan* dan rebus sehingga ayam masak, lebih kurang 45 minit, keluarkan ayam dari periuk dan asingkan ayam serta air rebusannya.
Tapiskan air rebusan ayam untuk menbuang segala rempah ratus yang tak diperlukan.
Dalam periuk lain, panaskan bahan** dan goreng beras kira 2-3 minit hingga transparent dan masukkan air rebusan ayam yang panas, anggaran 12 cawan+- air rebusan tadi (ikut jenis beras juga ok).
Kacau sedikit, dengan menggunakan api yang besar biarkan nasi mengelegak, masukkan sedikit garam.
Biarkan sehingga mendidih, kacau sedikit dan tutup periuk rapat periuk dengan kemas.
Biarkan sehinggan hampir kering dan perlahankan api ke tahap paling kecil.
Renjiskan sedikit pewarna kuning/oren di atas nasi yang hamper kering tadi, tutup periuk dan tanak hingga kering air nasi sepenuhnya dalam 15-20minit.
  Bila nasi masak offkan api, curahkan ghee diatasnya dan biarkan seketika dalam 5 minit baru gembur-gemburkan sedikit nasi dengan garfu supaya nasi cantik terlerai atau kalau anda kuat goncang- goncangkan periuk atas bawah 3-4 kali supaya nasik tak melekat dan cara nip on confirm beras anda tak patah dan tak yah sibuk- sibuk nak cuci garfu dan save sabun/air..hhihihii... (baik nyer ajaran dari Lydia)
  Hidangkan nasi dalam pinggan hidangan yang besar. Hiaskan dengan ayam yang telah masak tadi dan taburkan bahan tabur/hiasan.
Sedia untuk dihidangkan dengan salad, yogurt dan salsa/maraq kegemaran anda.
Note:- Sementara menunggu nasi anda boleh masak ayam


JAJ MA' SALSA BANDORA/ TOMATOM (CHIKEN WITH SALSA TOMATO)
1 labu bawang besar-didadu halus1
4-5 ulas bawang putih-ditumbuk halus
1 batang kulit kayu manis
5-6 kuntum bunga cengkih
5-6 biji cardamom pods
1 camt ginger powder
1/2 camt arab mixed spices
1/2 cmt kunyit powder
1/2 cmt cumin powder
400g frozen mixed vege (carrots & pis)
500g fresh tomato dicincang halus
3-4 biji capsicum hijau-didadu kasar
3-4 biji cili hijau/merah (jangan dipotong biarkan sebiji- sebijik)
250g tomato paste
1/2 cawan minyak masak
2-3 biji loomy (kalau tak ada pon tak apa)
3 labu bawang besar dipotong bulat kasar/tebal
Lada hitam powder & garam secukup rasa
Air/ stock ayam secukupnya
2 cawan fresh chopped coriander
Ayam direbus tadi
Dalam periuk besar, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar yang didadu tadi hingga layu dan berbau harum.
Masukkan kulit kayu manis, loomy, cardamom pods, bunga cengkih dan bawang putih, tumis hingga terbit baunya dan amsukkan arab mixed spices, kunyit powder, cumin powder dan garlic powder, kacau sedikit, masukkan tomato paste dan kacau sebentar hingga terbit minyak.
Masukkan fresh chopped tomatoes dan masak sehingga tomato hancur.
Masukkan capsicum dan cili hijau/merah, bawang besar yang dipotong bulat- bulat kasar tadi, gorengkan sedikit hingga sebati dan masukkan mix vege, garam serta lada hitam powder.
Masukkan air/ stock, biarkan sehingga mendidih dan masukkan ayam bersama chopped coriander.
Kacau sediki, perlahan- lahan. INGAT Jangan dikacau kuat sangat nanti hancur ayam tu.
Biarkan seketika sehingga ayam bersalut sebati semua sos dan sedikit kering airnya/ pecah minyak, offkan api.
Letakkan nasi di atas dulang besar, susunkan ayam di atasnya.
Sedia untuk di hidangkan bersama salad, maraq dan plain yogurt.
Selamat mencuba.

4 comments:

  1. Replies
    1. walaikum salam..eh sapa le yg bagi salam dok kenalkan diri..udahler nama pon tarak :)

      Delete
  2. alamak....hok atas tu lupo nak kenalkan diri..ai adalah ambe miliza....hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu..memey la dob kenal sbb dob ade name..shukran kak sbb maghie umoh ambe ni serba kekurangan

      Delete