Friday, September 16, 2011

CHICKEN MANDHI

Mandhi (Arabic: المندي‎) adalah hidangan nasi yang berasal dari Yaman. Ianya juga popular di seluruh negara- negara arab dan tak kurang juga di negara kita Malaysia. Dalam penyediaan nasi Mandhi nie, basmathi digunakan dan dimasak bersama ayam atau kambing muda yang kecil dan rempah ratus.
Mandhi asli di masak dalam oven khas yang diperbuat dari batu/tanah liat (Taboon in Yemeni)dan ditutup rapat dengan bara api. Mandhi biasanya menjadi hidangan utama untuk upacara perkahwinan ataupun sesuatu acara keramaian.
Resepi kat bawah ni saya dapat dari kawan Yaman saya dan dah berkali- kali saya cuba..rasanya pun agak sama macam kat restorn restoran yang saya makan kat Saudi..Ikut suka andalah nak masak dengan ayam atau daging..Kemestian nasi ni dihidangkan dengan salsa tomato dan nak lebih enak hidangkan dengan sup, iaitu air rebusan ayam/daging yang diperah dengan sedikit lemon..Perghhhhhhhhhhh...lazizah!!!!..

Nasi Mandhi ayam
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dipotong 2 atau 4 dan di cuci bersih
1/2 cmt ketumbar - biji
1/2 cmt jintan manis - biji
1/2 cmt lada hitam - biji
1 inci halia - diketuk sedikit
2 ulas bawang putih - diketuk sedikit
1-2 helai daun bay
1 cmt Arabic mixed spices
1 biji bawang besar ~ belah 4
Garam
** sedikit pewarna kuning/ kunyit/ safron
Sedikit minyak zaitun
Cara-caranya:-
1. Rebus ayam bengan semua bahan di atas kecuali pewarna hingga empuk.
Keluarkan dari periuk, toskan airnya dan sapukan dengan pewarna** yang dicampurkan sedikit minyak pada keseluruhan ayam dan ketepikan.
Air rebusan ayam tu simpan untuk masak nasi.

Nasi Mandhi
Bahan-bahanya:-
4 cawan beras basmathi ~ rendam 30 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi (saya guna 2 cmb ghee + 2 cmb canola oil)
10-12 cawan air/ stok ayam/daging
1/3cwn kismis (tak letak pun tak pe)

Rempah tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- tak der pon tak per
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Didihkan stok ayam/daging bersama ghee/ minyak, kismis dan rempah tumis hingga betul- betul memgelegak, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih.

2. Bila mendidih, garam secukup rasa, kacau sedikit dan biarkan nasi masak 3/4 masak, dan toskan airnya sedikit, jangan kering kontang pkl pulak just tinggalkan sikit bagi lembab masa nak wapkan nanti supaya tak kering/ hangus. Dalam periuk lan lain yang besar masukkan nasi tadi dan susunkan ayam/ daging dalam periuk, buat lubang ditengah-tengah nasi dan letakkan cawan kopi/lompang, letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul...

3.Dengan api yang paling kecil, tutup periuk dengan aluminium foil cepat- cepat dan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berat supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5 minit dan offkan api.

4. Buka tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang, titiskan 2-3 titik pewarna kuning dan biarkan selama 5-10 minit baru gembur nasi dengan garfu Kalu tak letak kaler pada nasi pon tak per...

5. Hidangkan dengan salasa tomato (blend 2-3biji fresh tomato + 1-2 biji cili hijau+1 biji bawang besar. Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum nk hidang), jarjir/salad/lemon/carrot dan bawang besar. Siap!

NOTE:- Kelainan nasi ni terletak pada aroma asap..Saya dah mencuba beberapa resepi yang ada kat beberapa Blog yang lain tetapi rasanya agak berbeza dari apa yang saya makan so terpulang pada selera masing- masinglah nak menilaikan ikut tekak sendiri kan ...

No comments:

Post a Comment