This Blog dedicated to all viewers to share and try my recipes, to enjoy MY HOMEMADE cooking and baking from Middle East 2Ur house to all food lovers. 10Q very much 2all because viewing my BLOG, HAVE A FUN and PLEASE COME AGAIN. Shukran Jazilan.
Friday, May 20, 2011
NASI GORENG LADNA
N3 semalam, tak dapat nak update semalam sbb net problem. Buat my peveret nasik goreng, banyak sayuran kat freezer dah abis so apa ajelah yang ada, janji dapat makan..sedap nyer. Dah 5 taun tak makan nasi ni..lagi best kalu dapat makan ramai-ramai..
NASI GORENG LADNA
3 mangkuk nasi putih
2 sudu besar minyak
1 sudu besar kicap
Panaskan minyak dan masukkan kicap, bila kicap dah berbuih masukkah nasi dan kacau goreng hingga rata. Ketepikan.
kuah ladna
Udang*
Isi ayam
Sotong*
Minyak untuk menumis
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih ~ diketuk
Garam secukup rasa
Tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
Mix vege
Air secukupnya
Kalian*
Carrot
Putik jagung*
tomato*
Bunga kobis
Cili merah ~ dipotong serong*
2-3 biji cili api-ketuk sedikit (optional)*
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan isi ayam, goreng sekejap dan masukkan udang, sotong dan lada hitam. Kalu suka pedas time ni anda boleh masukkan cili api yang telah diketuk, kacau sebentar dan masukkan air ikut suka nak kuah banyak mana. Bila kuah dah mendidih, masukkan sos tiram, sayur-sayuran dan garam secukup rasa. Masak beberapa minit hingga mendidih dan masukkan bancuhan tepung jagung. Kuah jangan terlalu pekat sangat nanti muak lak. Hidangkan bersama nasi yg dah digoreng dengan kicap tadi, atau kalau malas anda boleh hidangkan dengan nasi putih je pond ah sedap.
Note:- Bagi yang diet tak mo nasi, anda boleh gantikan dengan mee kuning, bihun atau kueteow…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment