Showing posts with label Roti/Bread/Pizza. Show all posts
Showing posts with label Roti/Bread/Pizza. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

SOSEJ BLOSSOM BUNS




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua, hahhahahaaaaa..semalam Lydia dilanda demam meroti, sekali buat 2 jenis roti..SWEET PIMPKIN BUNS/BREAD dan SOSEJ BLOSSOM BUNS. Roti ni memang kegemaran my hb, sekali makan satu adunan abis Kalau. Lydia buat malam tadi, jadi pagi ni boleh buat sarapan. Roti ni mmng lembut dan sedap sangat Resepinya Lydia CnP dari blog En. Mat Gebu.
Terima kasih pada penyumbang resepi, izinkan Lydia kongsikan resepinya di sini ya.



SOSEJ BLOSSOM BUNS
resepi: CMG

250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram dry yeast
20 g mentega
125 ml air suam
10 batang sosej, celur sekejap, tos dan sejukkan
Mayonnaise secukupnya (lupa letak...hehhehee)
Sos tomato, secukupnya
Mix vege secukupnya

Untuk Doh
Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.
Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.
Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit).
Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik.
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (kurang lebih 50 g setiap satu).
Ambil satu bahagian, canai memanjang, letak 1 batang sosej ayam dan bungkus, kemudian kerat kepada 6 bahagian.
Kemudian, bentukkan dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir ditolak ketengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga.
Tekan sedikit biar kelihatan kemas.
Alih alam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.
Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap.
Perap 45 minit.Sapu dengan baki telur tadi (30 gram) rata2.
Tabur mix vege, kemudian paipkan sos cili/sos tomato dan juga mayonnaise.
Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 - 25 minit.
Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan.

SWEET PUMPKIN BREAD/ BUNS


Roti ni Lydia buat petang tadi. Alhamdulillah gebus, dah lama tak makan roti ala2 kat Giant, sebba kat sini tak de semua yang kepingin kenala buat. Kalau malas alamat gigit jari tengok tayangan free kat blog2 ataupon FB2 kawan- kawan. Dah lama tak meroti sejak operation tahun lepas sebab malas nak menekan- nekan, menguli- nguli tu.. tapi hari ni buat juga nak abiskan labu yang ada sebabnya dah dekat nak posa nak freekan sikit space kat Freezer nak bawak masuk makan frozen lain tu yang ianya..
jom tengok resepi..Resepi asalnya guna sweet potato tapi kerana tak de maka pandai2 je la..terima kasih Tulip atas perkongsian ilmu ni dan maaf sebab Lydia derhaka tuka labu..



SWEET PUMPKIN BREAD/ BUNS
Resepi asal : Tulip77@myr

Doh roti
300g tepung gandum
3 sudu kecil bread softener(boh banyak2 kasi cepat abis leh beli baruuuu..)
2 sudu kecil bread improver
3 sudu kecil dry yeast
1/3 sudu kecil garam
2 sudu besar butter
60 gram labu- direbus di lenyek baru timbang
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula halus
1 biji telur - pukul sikit - simpan sedikit kuning telur untuk disapu atas roti
130 ml air panas suam



Bancuhkan yeast ngan air dan 2 sudu besar gula, biarkan hingga berbiuh.
Masukkan tepung gandum,bread softener,bread improver ke dalam mangkuk besar.
Gaul biar rata.
Kemudian masukkan baki gula, susu tepung dan ubi keledek, gaul lagi biar sebati.
Masukkan pula butter, telur dan garam, gaul lagi supaya bahan semua sekata. Last masukkan air sejuk sikit2 sambil tepung diuli.
Uli hingga jadi doh yang licin selama 20-25minit.
Jika terkurang air boleh masukkan sikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh yang licin.
Kemudian perap doh dalam mangkuk yang besar dan tutup dengan cling film selama 40 minit di tempat yang panas supaya adunan naik elok.
Tumbuk- tumbukkan doh untuk mengeluarkan angin.
Bentukkan doh menjadi bebola seberat 48+-g dan letakkan di dalam loyang pembakar yg telah di gris sekelilingnya, untuk mengelak dari roti melekat.
Perap lagi sekali selama 40 minit.
Sapukan telur ke atas roti dan paipkan sedikit adunan kastard.
Bakar pada suhu 180C,api atas bawah selama 15 - 20 minit atau hingga permukaan roti nampak perang.
Simpan dlm bekas bertutup utk mengelakkan roti mengeras sebab terkena angin.



Inti Kastard
1 cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
1 sudu kecil butter
1/2 sudu kecil esen vanilla
Masukkan semuanya di dalam periuk kecil dan masak hingga pekat dan berkilat.

Monday, June 25, 2012

Golden Chicken Puff with Mayo and Parmesan cheese


Bosan dan tak tau nak buat apa dah dgn roti sandwich yang berbaki dan hampir expired?
Jom kita manafaatkan dengan membuat puff ayam mayo bercis guna roti. Penyediaannya sangatlah mudah. Lydia dapat idea ni semalam semasa dok ngintai kek lapis kat blog Dayang Jack. Roti sandwich Lusine ni memang jarang beli pon, sesekali beli selalu je tak habis. Yang lepas- lepad Lydia buatkan puding roti jer. Tapi asyik pudding roti pon bosan gak. Ternampak puff ni terus Lydia dapat idea nak buat, Cuma Lydia ubahsuaikan intinya saja ikut bahan yang ada dan selera anak tekak. … Hehhehe.. Ampun Dayang sebab menderhaka.. Alhamdulillah menjadi puff ni, rangup, garing dan sedap! Tak yah buat pastry atau guna kulit pastri instant t upon stay leh dimanafaatkan dengan roti pon sedap. Tapi kena makan panas-panas. Ditambah pula dengan kelemakkan mayonise dan parmesan cis..pergh, terangka U. Sib baik la si pak arab sowing ni makan kalau tak penat gak sebab tamak buat banyak. Lydia buat time dinner tadi, tapi kan puff ni boleh dihidangkan bila-bila masa. Meh tengok resepinya dan kalau rajin sudi – sudikanlah yaer mencuba nyer.

Golden Chicken Puff with Mayo and Parmesan cheese

6-8 keping roti sandwich
100 g daging ayam cincang
1 keping cheesedale (disiat-siat kecil)
1 ulas bawang putih-dicincang halus
1 camb entra virgin olive oil
Secubit garam dan lada sulah
Mix vege
1 biji telur (dipukul sedikit)
1 camb mayonis
Parmesan cheese powder-ikut suka nak banyak mana

Panaskan olive oil di dalam kuali.
Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan isi ayam cincang, mi vege dan kacau hingga sedikit kering.
Masukkan garam dan lada sulah dan matikan api.
Masukkan parmesan cheese powder dan mayonis.
Kacau sebati dan ketepikan.
Sediakan roti. Potong semua bahagian tepinya(kerak.
Kemudian leperkan dengan rolling pin( Lydia guna pasta machine sebab cepat dan rata jer).
Sapukan semua bahagian tepinya dengan telur.
Kemudian letakkan inti ayam tadi di tengah-tengahnya.
Lipat seperti bentuk triangle dan tekan kemas bahagian tepinya dengan garpu.
Sediakan minyak untuk goreng terendam.
Gunakan api sederhana.
Apabila sudah cukup panas, gorenglah roti tadi hingga keemasan. (MINYAK JANGAN TERLALU PANAS, nanti roti cepat jadi hangus).
Setelah masak dan garing, angkat dan toskan.
Hidangkan panas-panas bersama sos kegemaran atau enak juga dimakan begitu saja.

Thursday, May 17, 2012

REGAGA..Syrian Flat Bread


REGAGA


Assalamualikum..
N3 Lydia hari ni nak sahre 1 jer roti tradisi Syria yang femes kat tempat yang sedang femes berperang sekarang nie.. Moga Allah melindungi semua umat islam..
Homemade fresh roti arab Syria yang sedap dan kaya dengan rempah ratus serta aroma herbatusauda, bawang goring dan olive oil. Roti ni memang unik dari semua roti yang pernah Lydai makan di dunia ni. Teksturenya tak amcam roti bun ataupun senag dikatakan macam roti canai kot tapi bukan cuma sikit mirip ja. Nak buat roti ni memang adventures sikit sebab terpaksa melapis dan melapis dengan lapisan ayam berselang seli dengan bawang goring dan nak lagi sedap boh banyak minyak dan bawang lagi sedap (my hb la kata sebab for me I tak makan bawang, kalu buat bercinta nak pilih bawang..hehhehheee..Dont worry walaupun oily, kita kan guna EVOO so tak ler risau sangat minyak tepu tu.
Menurut my hb la roti ni tak terdapat di semua Syria kerana roti ni adalah roti tradisi dan kalau nak tahu rasanya yang sebenar cubalah buat ya.. Bila lagi nak rasa roti Syria, tak kan nak tunggu g Syria kot? Kalu pergi pon bukan semua family atau tempat tahu makanan tradisi Arab Syrian Horani ni, pun gitu ada arab Syrian horani yang tak tahu kewujudannay gak sebab agaknya tak diturunkan ke genaras baru kot sebab Lydia pernah terjumpa satu makcik horani ni dia tak tahu kewujudan roti ni dan bila makan dia terus IN LUV dan balik umah dia pon buat la..tapi kelako....heheheee.. doh roti ok bancuhannya tapi ayan dan bawang tak dimasak dulu so tah apa- apa jadinya..masa amsak tu off course la air ayam dan bawang meresap kat doh tu..hehhe mangkok je, kita yg bukan suku t upon lebih pandai..hehheheh..tu la kalau amkan tradisi tak di ajar kepada genmerasi baru, habislah keseniannya dan warisan nenek moyang kita terkubur begitu saja. Adakah jika di izinkan Allah SWT anak cucuku akan tahu warisan makanan melayu ku? Makanan, adapt resam, budaya dan segalanya…Sering tertanya sendirian. Al maklumlah kalau hidup matiku dibumi arab memang sikit payah la nak dikekalkan sepenuhnya. Lydia menyukai budaya kita yg penuh sopan santun dan budi bahasa..arab ni sikit kasar..
AAAaaahhh..malas nak bebel pasal arab atau warisan jom kita skodeng resepi lagi baik..hehheee..maaf kalau ada yang terasa ya. tak

Doh roti
2 cawan tepung gandum
1 camb dry yeast
1 camb gula pasir
1/2 camt garam
Air secukupnya
2 camb Extra virgin olive oil
Sedikit Herbatusauda dan bijan
Larutkan yeast bersama gula dengan sedikit air suam dan biarkan hingga yeast berbuih. Masukkan tepung didalam mangkuk adunan, masukkan sedikit garam dan tuangkan yeast tadi dan uli hingga mendapat doh yang lembut dan kental. Maukkan herbatusauda, olive oil dan bijan. Uli lagi hingga semaunaya sebati dan tutupakan manggkuk adunan dengan kitchen towel. Biarkan doh rehat dan naik dua laki ganda.

ayam
2 ekor ayam (cuci dan potong 4)
1 camt Arabic mixed spices
1/4 camt serbuk kunyit
1/2 camt black pepper powder
1 kiub pati ayam MAGGI
2 keping bay leave
1 labu bawang besar- belah 4
2 ulas bawang putih- belah 2
1 inchi halia- diketuk sedikit
Air secupunya untuk merebus
Masukkan ayam dan kesemua bahan didalam periuk besar dan masukkan air hingga menutupi ayam sepenuhnya dan rebuslah selama 45minit – 1 jam hingga ayam masak. Asingkan ayam dari air rebusan/stock/sup dan ketetpikan.
Note:-Tapiskan air rebusan/sup/stock dan simpan untuk masak nasik atau apa saja yang anda suka.

Bawang goreng
2 kilo bawang besar- didadu sederhana
1/3 cawan minyak masak
Goring bawang hingga transparent/ ligh golden brown dan ketetpikan berasama minyaknya tau.
Note:- agak-agak la, bahagikan bawang ni kepada 3 bahagian untuk melayer nanti

Bahan lain
1 cawan extra virgin olive oil
Cara melapis roti.
Bahagikan doh kepada 8 doh/ bebola kecil.
Canaikan/tekan doh senipis yang boleh, masukkan ke dalam dulang/ Loyang 30cm bersama sedikit minyka zaitun. (seperti nak buat roti canai laaa…doh yang dicanai/ tekan nipis tu mestilah sama saiz ngan Loyang dan agak oily sikit).
Ambil sedikit (2 ketul ayam tadi, carik- carikan sedikit ke atas doh dan taburkan ayam di atasnya serta sapukan sedikit minyak zaitun.
Canai/ tekankan doh no.2 dan coverkan layer pertama yang ada ayam tadi dan taburkan bawang goring bersama minyaknya dan masukkan sedikit minyak zaitun.
Ulang proses melayer ni hingga habis (lapisan pertama-ayam, ke-2 bawang, ke-3 ayam, ke-4 bawang, ke-5 ayam, ke-6, bawang, ke-7 ayam danke-8 plain'atasnya yang terakhir la..).
Bila kesemua proses ni habis, sapukan keseluruhan doh dengan minyak zaitun dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 30- minit hingga light golden brown.
Kalau nak tahu rasanya yang sebenar kenalah buat, past tu makan baru lah tahu rasanya yang sebenar. Ada berani ke sahut cabaran? Enak di hidangkan panas- panas bersama bersama salad dan yogurt. Selamat mencuba.

Saturday, February 04, 2012

ROTI KELONSONG

Hahaahhahaha....tak tahu nk bagi nama apa fenin dah.
Resepi ni lanjutan dari doh fatayer yang Lydia buat ari tu, cuma Lydia pelbagaikan bentuknya jer kasi nampak ngancam sikit.
Pak Arab ni memang suka makan apa jer jenis roti/ fatayer dan yang sewaktu denganya, kalu makan hari- hari pon ok tapi Lydia tak sanggup nak buatnya bukan apa sebab tak de BM dan oven pulak oven Cap Ayam..hehehe. Kalu ada peralatan yang canggih manggih best gak, semua di hujung jari tak yah letih.
Sesuai buat untuk sarapan..light, easy, simple dan sedap.
Kalu nak senang kelongsong tu buat dan bako malam, bangun pagi tak yah terkejar- kejar masa terus sediakan isianya saja, senang kan? Sesuai untuk yang 'M' macam Lydia ni..hehehhehehhe...
Roti ni leh di pelbagaikan fillingNye ikut selera anak tekak masing- masing la nak pedas ke, manis ke atau apa- apa jer.
Jom skodeng resepinya..

Doh roti:-
270g tepung gandum
1 cmt dry yeast
1 camb gula
2 cmb olive oil
1 camb susu tepung
1/4 cmt bread improver
1/4 cmt bread softner
Secubit garam
160 ml air suam(+-)
1 biji putih telur untuk sapuan atas roti
Filing kegemaran ikut suka la..
Campurkan air, dry yaest dan gula, biarkan hingga yeast naik dan berbuih.
Masukkan tepung, susu tepung, bread improver, bread softener ke dalam mangkuk adunan dan tuangkan bancuhan yeast.
Gaul semuanya hingga sebati.
Masukkan minyak zaitun dan garam, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal serta tak melakat pada mangkuk adunan, kalau doh keras tambah air dan begitu sebaliknya.
Perapakan adunan doh hingga naik dua kali ganda.
Ambil doh tadi,bahagikan kepada bebola kecil ikut saiz acuan kelongsong anda dan golek- golekkan hingga jadi panjang dan lilit kat acuan.
Buat hingag habis adunan doh dan rehatkan doh hingga naik dua kali ganda.
Sapukan putih telur kat atasnya dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan
pada suhu 180c selama 15 minit mengikut jenis oven masing- masing.
Bila dah masak keperangan, keluarkan dari oven dan sejukkan baru tanggalkan roti dari kelongsong.
Isikan dengan filing kegemaran masing- masing (lydia isi nagn tuna+daun bawang+mayonise+white pepper+tuna)
Selamat mencuba..

Wednesday, February 01, 2012

FATAYER I

Hari ni hujan je dari tengah hari sampai ke malam, bertambah sejukkkkkk.. Nak keluar umah pon tak boleh. Kebosanan melanda dan perut tu kalu sejuk- sejuk ni mulalah ngidam itu ini..
Rajin tak rajin memalam gini tak tahu nak makan apa BOSAN asyik makan roti pita arab jer. Terlintasn Terlintas nak MEroti tapi malas.. Paksakan diri buat gak. SERIUS memang bosan makan khubuz/ roti pita arab ni setiap hari.. maka malam ni buatla sikit fatayer. Filing kat dalam tu Lydia letak haloum cheese+launcheon+mushroom dan sepread cheese je, buat yang senang dan cepat. Fatayer memang femes kat arab, tak kira siang atau malam dengan berbagai bentuk serta filling, dijual merata- rata kedai, fresh dan panas leh oder nak filling apa.
FATAYER I
Doh roti:-
270g tepung gandum
1 cmt dry yeast
1 camb gula
2 cmb olive oil
1 camb susu tepung
1/4 cmt bread improver
1/4 cmt bread softner
Secubit garam
160 ml air suam(+-)

Bhn lain:-
1 biji putih telur untuk sapuan atas roti
Filing kegemaran-
Haloum cheese
launcheon/ daging cincang
cendawan tin
sepread cheese etc.
Campurkan air, dry yaest dan gula, biarkan hingga yeast naik dan berbuih.
Masukkan tepung, susu tepung, bread improver, bread softener ke dalam mangkuk adunan dan tuangkan bancuhan yeast.
Gaul semuanya hingga sebati.
Masukkan minyak zaitun dan garam, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal serta tak melakat pada mangkuk adunan, kalau doh keras tambah air dan begitu sebaliknya.
Perapakan adunan doh hingga naik dua kali ganda.
Ambil doh tadi dan bahagikan kepada bebola kecil ikut suka nak buat besar mana, canai nipis dan isikan dengan filing kegemaran.
kalau ikut cara lydia..Lydia canai nipis bulat sebesar roti canai segera dan isikan dengan halumi cjeese, launcheon dan cendawan dalam tin di tengah- tengahnya.. Boh ler banyak mana nak tapi jangan over load lak nanti tersembul keluar tak leh nak tutup.
Lipat kiri dan kanan doh yang telah berisi tadi..
tutup sebelah atas dan bawah doh seperti mambalut kulit gula-gula. Kelim kemas supaya tak terkeluar cheese.
Biarkan adunan roti naik dua kali ganda dan bila dah naik sapu dengan putih telur di atasnya.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan., 180c selama 15 minit mengikut jenis oven masing- masing.
Selamat mencuba..

Friday, January 20, 2012

ROTI BOYAN (BAWEAN)X'PRESS

Assalamualikum..salam Jumaat penghulu segala hari untuk semua. Pagi ni Lydia nak share resepi X'press yang telah disiapkan awal subuh ni.Diwaktu ni orang lain tengah dok tarik selimut sejuk, perut lydia sibuk berdangdut nak makan... Puas fikit menu apa yng ok dan cepat..fikir punya fikir maka terhasillah menu pagi ni ROTI BOYAN bukan orang boyann yer. It's very simple and fast meal which I'm sure ramai yang kat luar sanun leh buat nyer. Ala- ala murtabak. Kelainan pada Roti Boyan ini ialah Lydia gunan ROTI PARATHA segera jer sebab tak de tenaga dah nak nguli tepung sejuk- sejuk ni...(orang M' gitu la.. Tak kuasa nak menguli tepung pagi- pagi buta yang sejuk 6C nie..yeast pon tido tak mo bangun.. hehhehe)
Jom skodeng resepi segera lagi malas tapi sedap ni..



ROTI BOYAN (BAWEAN)X'PRESS
Kulit roti boyan:-
Paratha Segera..(ikut suka la nak buat banyak mana..)

Inti
kentang (rebus hingga empuk, kupas kulitnya dan dilecek halus)
telur
bawang besar -di dadu kecil
bawang putih - di dadu kecil
mince beef
rempah kurma/ kari
mix vege
secukup daun sup /daun bawang
cili merah hiris * tak letak sebab tak makan pedas la..
serbuk lada hitam
garam secukupnya

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
Masukakan rempah kari/ kurma, masak sebentar hingga wangi.
Masukkan kentang dan daging cincang, masak hingga kentang dan daging empuk.
Masukkan mixed vege, cili, garam, daun sup dan daun bawang, biarkan seketika, padamkan api dan biarkan sejuk sebentar.

Cara buat roti boyan
Buat Roti Boyan ini seperti buat roti canai/murtabak.
Agak- agaklah yer..ambil inti tadi dan pecahkan telur ala-ala macam murtabak dan sudukan sedikit ke atas sekeping paratha dan lipatkan menjadi empat segi.goreng/masak hingga keperangan kedua-dua belah, angakat dan hidangkan dengan kuah kari atau sos kegemaran anda..
Goreng di atas kuali leper dgn membubuh sedikit minyak.
SElamat mencuba.

Thursday, September 29, 2011

ROTI KENTANG.

ROTI KENTANG.
Hah! dah bertahun buat baru nak add N3..

Doh
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit.

Kastard :-
3/4C susu segar
2cmb t.kastard
2cmb gula halus
1cmt mentega
1/2 cmt vanilla

Satukan susu, gula & tpg kastard. Kacau dgn wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambai pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.

ROTI KENTANG :- Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang.

cheddar cheese sandwich

cheddar cheese sandwich

1 buku roti sadwich
Slice cheese cheddar
chicken/ beef launcheon
mayonnaise
yellow mustard-optional
salad
tomato
pickle
butter
Sapukan roti dengan mayonnaise, mustard. Letakkan sekeping cheese, daging sandwich, salad, pickle dan tomato. Sapu bahagian luar roti dengan mentega. Panaskan kuali grill. Grill sandwich sehingga garing dan cheese mula cair. Potong serong roti dan hidang ketika masih panas.

Saturday, September 17, 2011

GARLIC BREAD

GARLIC BREAD

French bread
*Garlic butter
5 sudu besar olive oil(I use)/ butter/ margerin
4 ulas bawang putih- tumbuk
sedikit serbuk lada putih
secubit garam
Gaul semua bahan di atas hingga sebati, Potong roti menyerong lebih kurang 1/2 inchi tebalnya dan sapu dengan garlic butter.
Bakar dalam oven selama 10 minit hingga nampak garing dan kekuningan atau
pun grill atas non stick pan je. Sejukkan dan disimpan dalam bekas kedap udara atau terus hidangkan bersama Creamy of chicken/mushroom/corn soup.

Note:- Saya lebih suka menggantikan butter dgn minyak zaitun jer atau kalau nak lagi cantik boleh taburkan sedikit dry parsely kat dalam bancuhan garlic butter paste tadi. Saya tak letak sebab kehabisan stock.

PASTRY POKOK DUIT.

PASTRY POKOK DUIT.



Resepi yang sedap, ranggup dan cepat. Tima kasih CMG atas kesudian berkongsi resepi yang sedap dan segera ni...

10 batang sosej
10 keping puff pastry bersaiz 4 inci x 4 inci
Kuning telur untuk disapu
Serbuk lada hitam
Sos cili/ tomato/ mayonise

Puff pastry dan sosej dibiarkan lembut sedikit pada suhu bilik, ambil sebatang sosej dan ukur dengan puff pastry tadi, canai sedikit puff pastry sehingga sama panjang dengan sosej.
Letak sosej di tengah2 puff pastry dan lipat dua, kemaskan hujung puff pastry.
Kerat hinnga putus sosej yang bersalut dengan puff pastry tadi sebanyak lapan bahagian sama besar.
Kemudian tolakkan satu potongan ke kanan, dan satu lagi ke kiri, buat keadah sama untuk potongan yang lain berselang seli sehingga habis/ ke penghujungnya.
Susun atas dulang pembakar.
Sapu sedikit kuning telur dan jika suka boleh tabur sedikit lada hitam. Bakar pada suhu 200C selama 20 - 25 minit, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan bersama sos kegemaran anda.

Wednesday, July 06, 2011

PURI

PURI
Puri ni kalau tak salah adalah sejenis roti yang sekan seakan- akan capati yang digoreng makanan orang India.(Memang caapti pon bezanya goreng & saiz jer..huhuhuhu)
Ianya cepat dan mudah serta sedap. Bahan2nya pon senang nak dapat, kira macam instant foods je la. Tapi bab nak goreng tu kena make sure minyak betul- betil panas baru leh goreng, kalu tak hasilnya melepek tak mengelembung, tak santek dan terlalu berminyak. Sedap dimakan bersama kari sardin.
Kalu malas nak goreng korang boleh buat besar- besar, leperkan dan masak atas non stick pan...tara jadilah capati, kira satu resepi dapat 2 roti 2in1 gitu.

Friday, April 15, 2011

Pizza Gebu

Dah lama tak buat pizza sejak jalani operation October 2010..Kali ni teringin nak lunch pizza sendiri so projek pertama adalah mengeledah dapo, tengok dulu apa yang ada dan apa yang tak de..
Aduhai...banyak bahan dah kehabisan stok, tak kira nak makan juga punya pasal aku buat- buat tak nampak je dan guna jelah apa saja yang ada asalkan dapat makan pizza sendiri..Inilah hasilnya walau tak cukup bahan make up nye...Pizza ala bidan terjun ku yang gebus..
Bagi nak cuba pizza base gebus jom tengok resepinya..

Tomato Sauce (saya dapat +- 250ml tapi tak guna sumer)
2 cloves of garlic, peeled & finely sliced
1 dry bay leave
1/2tsp dried oregano
600g tins of whole plum tomatoes( tak de yang fresh)
salt to taste
ground black pepper
Fry garlic with some olive oil in a pan then add in oregano and tomatoes. Using the back of the spoon, mash and squash tomatoes as much as you can. Season sauce with salt, pepper and bay leave. Let it simmer at medium low heat. The tomatoes will break into puree. Let it cook for 15 minutes until the mixture puree and dry. Leave to cool and ready to use.

Topping:-
Slices mushroom
Black and green olives (saya ada green je)
Chicken luncheon/ sosej/ paperoni
Capsicum-red/green/yellow
Mozarella cheese
Cheddar Cheese
Olive oil
Pineapple-otional
Onion-optional

Dough:-
200g bread flour
1/2tsp salt
3.5g pizza yeast
5g sugar
163g water
Knead all the ingredients until smooth springy soft dough, cover it with cling film and let it rest until the dough has double in size. Knocking back the dough by kneading and pushing the air out with hand, divide dough into 2 balls and rest for 15 minutes. Roll dough into circles about 0.5cm thick and place on a flour-dusted tin foil then proof for 40 minutes. Place foil together with dough on a pre-warmed flat baking tray. The dough will start to bubble and cook immediately. Then quickly spoon 3 to 4 tbsp of tomato sauce into the middle and spread it out evenly. Add all vegetable, pepperoni etc, top with cheese and season with salt and pepper, drizzle with olive oil. Place pizza in the 220'C preheated oven & cook for 10 minutes until the pizza base is golden, bubbly and crisp around the edges, tomato and cheese topping is melted. N'joi..

Thursday, April 14, 2011

Roti Bunga Kurma

Roti ni memang saya selalu buat untuk minum petang bersama keluarga sambil- sambil lepak kat pantai minum kopi pahit arab. Selalunya saya buat bulat-bulat je tapi kali ni dah boring asyik bulat je saya tukar bentuknya supaya nampak menarik sikit walaupun resepi lama diberi nafas baru..

Bahan-bahan (12 biji bergantung pada saiz.. )
90ml air suam
11/2cmt yeast
30g gula
50ml susu segar (selalunya saya letak 3cmb milk powder tapi abis stock saya masukkan susu segar..)
1/2cmt garam
1cmt bread improver
250g tepung roti..(saya guna tepung gandum sbb habis stock..)
50g tepung halus
1 biji telur ayam saiz kecil- pukul sedikit
30g butter
*Kurma paste-(Saya guna 1/2 cawan jer) ikut suka banyak mana nak letak, kalau tak de kurma paste boleh letak jem atau penut butter dsb
*1cmb minyak zaitun
*1cmt serbuk kulit kayu manis
Ceri merah, Herbatusauda & bijan sebagai hiasan
1cmb butter
**3cmb susu segar + 1cmb gula-untuk sapu diatasnya

Cara-caranya:-
1.Larutak gula dan yeast ke dalam air suam. Biarkan hingga berbuih.

2.Masukkan tepung roti/ gandum, tepung halus, bread improver dan garam ke dalam mangkuk adunan.

3.Tuang yeast, susu dan telur ke dalam tepung dan uli hingga sebati.

4.Masukkan butter dan terus menguli hingga adunan menjadi doh yang anjal bahagikan kepada 12 biji bebola kecil. Rehatkan sehingga doh tadi naik 2 kali ganda.

5.Campurkan bahan * dan buat bulat- bulat. Ketepikan.

6.Ambil 1 biji doh, leperkan sedikit dan isi inti kurma tadi di tengah-tengahnya dan tutup kemas.

7.Leperkan/ canaikan sedikit dan letak di atas dulang yang telah disapu dengan sedikit butter dan kelar kepada 8 bahagian. Buat hingga habis dan biarkan doh rehat sekali lagi hingga naik 2 kali ganda.

8.Letakkan ceri merah di tengah-tengahnya dan sapukan gengan susu+gula** dan taburkan sedikit dengan bijan dan herbatusauda.

9.Bakar dalam oven 190C yang telah dipanaskan selama 20-25 minit bergantung pada oven masing- masing. Apabila roti telah masak, keluarkan dan sapukan sedikit permukaannya dengan butter supaya nampak berkilat.
Selamat mencuba..

Tuna Rolls

Malam ni dinner roti...Resepi ni saya dapat dari CMG..First taim buat walaupun tak secantik hasil kerja Cik Mat kita yang dah pro tu tapi tak pelah yang penting sedap..tapi kat sini ada sikit penukaran bahan sebab tak de stok..jangan mare ye Cik Mat almaklumlah bab masak ni kadang kala tak dapek kita nak ikut 100%, disebabkan oleh berbagai-bagai faktor seperti cuaca, stok barang dan bla bla bla....

Bahan-bahanya:-
250g tepung roti (high protein flour)
50g gula
1/4 cmt garam
10g susu tepung
1/4cmt bread improver
1/4cmt bread softerner (* tak letak sebab tak de)
30g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6g instant yeast
20g mentega
125ml air suam

BAHAN INTI TUNA :-)
1 tin kecil tuna-toskan biar kering, lecek hancur
21/2 camb Mayonnaise (*Saya letak 3 camb)
1 biji bawang besar-didadu kecil
1 pokok daun bawang-diracik halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1/2 biji lemon-ambil jusnya (optional)
1/2cmt teh lada hitam (saya letak lada sulah)-asingkan sedikit untuk hiasan
1camb mentega cair

UNTUK DOH :-
1. Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih.

2. Satukan semua bahan kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh.

3. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal.

4. Bulat- bulatkan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik , biarkan naik 2x ganda.

UNTUK ROLL TUNA :-
1. Satukan semua bahan untuk inti tuna, kacau rata dan ketepikan.

2. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi.

3. Sapu permukaan doh dengan mentega cair hingga rata2.

4. Tuang inti tuna dan ratakan.

5. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar. Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci.

6. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap.

7. Biarkan naik selaki lagi, 2x ganda hingga kembang.

8. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada putih/hitam.

9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan dan hidangkan....

Focaccia Sandwich

Alahai boringnyer lah tak tau nak buat apa untuk dinner.
Puas dok skodeng resepi-resepi lama tiba- tiba 'ting!!!...' dapat idea nak buat focaccia. Roti ni memang paling simple giler la, tak yah penat nak uli lama-lama, dah tu lembut dan berkhasiat kerana hanya guna Olive Oil jer. Saya buat base focaccia dan add in sikit apa- apa yang patut ikut apa-apa je yang ada kat dapo tu..Selalunya saya buat plain focaccia dan bila nak makan kenalah susun a few pinggan kat ateh meja seperti sayur-sayuran(salad),oilive, cheese,luncheon dan apa-apa saja yang sewaktu dengannya ..
Disebabkan 2day mood 'M' ( MALAS) melanda, boring asyik kena cuci pinggan banyak-banyak saya pun TRYlah cari other alternatif, maka jadilah Focachia ni ala- ala sandwich gitu.
Pestaim buat terdetik dalam hati, takut gak kalu tak jadi kenalah masak dinner sekali lagi dan bertambahlah keroje teman, tawakal pada Allah je dan alhamdulillah tak sangka menjadi dan sedap paulak tu, so lain kali boleh buat lagi dengan kepelbagaian inti kat dalam tu.
Jom lihat resepi saya kat bawah tue:-



Bahan-bahanya:-
250g tepung roti
50g tepung gandum
1cmt yeast
1cmb gula
Secubit garam
170g Air suam
2cmb minyak zaitun
*bawang besar-cincang halus
*bawang putih-hiris nipis
*Oregano
*Daun Parsely-cincang halus
*Buah zaitun-cincang halus
Chicken luncheon-hiris nipis/lebar
Minyak zaitun -untuk sapu diatas roti
Chicken Luncheon-hiris nipis & lebar
Minyak zaitun

Cara-cara
1.Campurkan yeast dan gula ke dalam air suam, biarkan berbuih.

2.Campurkan kedua-dua tepung(tepung gandum je pon tak pe..saya guna tepung roti sbb kehabisan stok tepung gandum..) ke dalam mangkuk adunan, masukkan garam dan gaul rata. Masukkn campuran yeast yang berbuih tadi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan kenyal. Kalu tak cukup lembut tambah air suam.

3.Masukkan 2cmb minyak zaitun dan uli untuk beberapa minit dan ketepikan.
Adunan ni tak perlu di uli lama, sekadar sebati & sekeliling mangkuk adunan tu clean dah cukup.. Pas tu biasa la tutup doh tu dengan dengan tuala lembab, biarkan ianya naik 2x ganda. (Saya masukkan doh tu ke dalam oven je supaya cepat naik sebab kesuntukan masa..INGAT!!!!..oven yg tak on apinya..)

4.Ambil doh dan bahagikan kepada beberapa bebola kecil mengikut saiz yang anda sukai. Saya bahagikan kepada 6 bebola kerana nak buat 3 set Focachia..biarkan doh rehat untuk 10 minit lagi..

5.Canaikan doh memanjang lebih kurang 4inci lebar x 7inci panjang (tiap satu)..susunkan luncheon dan taburkan sedikit keju cheddar dan tutupakn dengan lapisan doh yang satu lagi. Klim/ tutup kemas tepinya supaya keju tak tersembur keluar, nanti comot lak baking tary.

6.Susun atas loyang yg dilengserkan dengan sedikit minyak zaitun. Ulang langkah 5 hingga habis dan biarkan doh rehat untuk 15 minit dan taburkan bawang besar, bawang putih, buah zaitun, daun parsely dan oregano keatas doh Focachia.

7.Taburkan keju mozarella & keju Cheddar di atas bahan tabur tadi dan letakkan beberapa titik minyak zaitun di atasnya, biarkan 10 minit lagi dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20-25minit bergantung kepada oven masing-masing hingga cheese dia ats tu keperangan.

8.Keluarkan dan hidangkan panas-panas. lagi sedap di hidangkan bersama cream chicken soup/ mushroom cream soup..Selamat mencuba