Saturday, June 08, 2013

CHICKEN MANDHI II


CHICKEN MANDHI II

Mandhi (Arabic: المندي‎) adalah hidangan nasi yang berasal dari Yaman. Ianya juga popular di seluruh negara- negara arab dan tak kurang juga di negara kita Malaysia. Dalam penyediaan nasi Mandhi nie, basmathi digunakan dan dimasak bersama ayam atau kambing muda yang kecil dan rempah ratus.
Mandhi asli di masak dalam oven khas yang diperbuat dari batu/tanah liat (Taboon in Yemeni)dan ditutup rapat dengan bara api. Mandhi biasanya menjadi hidangan utama untuk upacara perkahwinan ataupun sesuatu acara keramaian.
Resepi kat bawah ni saya dapat dari kawan Yaman saya dan dah berkali- kali saya cuba..rasanya pun agak sama macam kat restoran yang saya makan kat Saudi..Ikut suka anda lah nak masak dengan ayam atau daging.. Kemestian nasi ni dihidangkan dengan salsa tomato dan nak lebih enak hidangkan dengan sup, iaitu air rebusan ayam/daging yang diperah dengan sedikit lemon....


Bahan-bahan ayam:
1/2 ekor ayam ~ dipotong 2 dan di cuci bersih
1/4 cmt ketumbar - biji
1/4 cmt jintan manis - biji
1/4 cmt lada hitam - biji
1/2 inci halia - diketuk sedikit
1/4 camt corainder biji
2-3 kuntum bunga cengkih
2 biji cardamom pods-diketuk sedikit lasi pecah
1 ulas bawang putih - diketuk sedikit
1 helai daun bay
1 cmt Arabic mixed spices
1 biji bawang besar ~ belah 4
Garam
** sedikit pewarna kuning/ kunyit/ safron
Sedikit minyak zaitun

Cara-caranya:- 
Rebus ayam bengan dendan semua bahan di atas kecuali pewarna dan minyak zaitun hingga empuk dan lembut.
Kalau daapt guna presure cooker lagi sempoi.
Keluarkan dari periuk, toskan airnya dan sapukan dengan pewarna** yang dicampurkan sedikit minyak pada keseluruhan ayam dan bakar sebentar sehingga golden, ketepikan.
NOTE:- Air rebusan ayam tu simpan untuk masak nasi.

Nasi
2 cawan beras basmathi ~ rendam 1-2 jam bersama 1 camb garam dan toskan 
1/4 cawan minyak sunflower/ minyak amsak/ ghee cair  
1 biji cili hijau
3 1/2 - 4 cawan air/ stok ayam/daging (ikut jenis beras juga yer)
1/3 cwn kismis (lydia tak letak pun kali ni)

Rempah tumis:-
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih 
garam secukup aras jika perlu
Beberapa titik pewarna kuning- tak der pon tak per

Cara penyediaan nasi: 
Panaskan minyak/ ghee dalam periuk, masukkan cili hijau dan bahan tumis, gorengkan sebentar sehingga sedikit naik bau dan cili layu.
Kalau anda suka gorengkan kismis juga. 
Masukkan beras dan gorengkan sedikit sehingga transparent.
Masukkan air panas/ stok panas, dengan api yang besar masukkan beras tutup periuk dengan penutup periuk, biarkan hingga mendidih, jika perlu add garam. Bila mendidih, kacau sedikit dan biarkan nasi masak serta kering airnya sikit.
Perlahankan api, titiskan dengan sedikit pewarna kuning jika suka.
Buat lubang sedikit di tengah- tengah periuk, letakkan cawan/ manggkuk kecil dan susunkan ayam
dalam periuk.
Letakkan seketul kecil arang yang telah dibakar hingga berbara ke dalam cawan/ mangkuk kecil, tuangkan sedikit minyak masak/zaitun pada arang tu..masa ni asap akan keluar berkepul-kepul, jangan PANIK!. 
CEPAT- CEPAT, tutup periuk dengan aluminium foil dengan kemas supaya asap tak terkeluar dan cover dengan tudung periuk, kalu ada lesung batu letak atas tudung periuk tu kasi berat supaya asap tak kelua, tanak seperti biasa dan biarkan supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi lebih kurang 5 minit dan offkan api serta keluarkan mangkuk/ cawan yag ada arang tadi.
Tutupkan semula periukkemas- kemas dan tanaklah nasi sehingga masak sepenuhnya.
JANGAN dikacau nasik tu just keluarkan cawan/ mangkuk jer ok.
Bila nasi dah masak, offkan api dah biarkan nasi dalam periuk selama 5 minit, JANGAN DIKACAU.
Selepas 5, keluarkan ayam dan gemburkan nasi dengan garfu.Hidangkan dengan salasa tomato- (blend 2 biji fresh tomato yang masak ranum + 1-2 biji cili hijau/ api +1 biji bawang besar. Masukkan jus lemon dan garam secukup rasa. Jangan masak, terus hidangkan je..enak kalau sejuk, saya buat awal & simpan dalam peti sejuk sebelum nk hidang), jarjir/salad/lemon/carrot dan bawang besar. Siap!


NOTE:- Kelainan nasi ni terletak pada aroma asap daun salad tu ikutlah suka dau apa yanga nad nk makan dan ada kat umah. tapi kalau di arab ni daun jarjir yang selalu dihidangkan. 

Tuesday, June 04, 2013

RENDANG PARU ALA MINANG






Rendang minang agak berbeza dengan rendang biasa kerana banyak menggunakan cili api untuk merendangnya, tapi kalau Lydia yang buat sendiri mau ingat lah kan cili tu akan ku cari yang sweet cili jer..hehhehe kata orang nampak merah tapi tiada rasa. itulah ciri- ciri cili pilihanku, siap test lagi masa nak beli cili kat supermarket. kalu beli kilo senang rasa kalau yang dalam kotak siap  Lydia jolok atau korek ngan jari nak cucuk ngan kuku dan rasa cili tu..kalau pedas, FAIL tak akan beli ler tapi kalau tak de rasa ok Lydia beli. Tapi ni bukan cili padi tapi cili besar merah.
Bahan lain sama seperti membuat rendang biasa, kecuali rendang orang utara kerana rendang orang utara ala kari/ gulai tapi pekat. Lagi satu keunikan rendang yang nak Lydia share hari ni adalah rendang paru bukan daging. Kalau ada lain organ dalaman like hati, atau limpa pon ok gak. Walaupon tak pernah buat tapi pernah makan kat restoran minang di Malaysia dolu- dolu.  Tapi jika anda ingin mengunakan daging sahaja pun boleh jer. 
Lagi satu yang paling best bagi orang semalas Lydia ni kan adalah teknik  merendangnya yang tak perlu menumis bahan-bahan kisar tu, semuanya dicampak- campakan atau di leburkan sekali kecuali santan dan kerisik. Jadi dapo kiat pon bebaslah dari percikkan dan kuranglah kerja nak lap dapo..heheheheheee.. I LIKE IT!
Ia dimasak dahulu sehingga daging menjadi kecut/ empuk dan mesra dengan rempah-rempahnya, kemudian barulah dimasukkan santan dan kerisik serta direndang sehingga kering. Kepedasan anda boleh kurang atau lebihkan mengikut selera anda. Selamat mencuba!
RENDANG PARU ALA MINANG
Paru yang telah di celur 1/2 masak, dipotong dadu ikut suka
Santan pekat
Kerisik ( tak boh sebab tak ada)
Bahan kisar/ blend 
Bawang besar
Bawang putih
Cili padi/cili besar

Kunyit hidup
Lengkuas
Halia

Serai-diketuk
Jintan manis 
Jintan putih
KetumbarGaram secukup rasa
Daun limau purut
Daun kunyit diracik halus-jika suka



Dalam periuk/ kuali, masukkan paru bersama kesemua bahan kisar/ blend, serai, jintan manis, jintan putih, ketumbar dan daun limau purut.
Masakkan sehingga paru lembut/ empuk dan hampir kering airnya.
Kemudian masukkan santan, kacau sehingga santan pekat.
Masukkan daun kunyit, kerisik dan garam. 
Kacau sehingga kering sepenuhnya.
Angkat sedia untuk hidangan.

PEANUT BUTTER MACAROONS


 Tetiba pula rindu nak makan macarons, walaupon dalam keadaan migraine ni Lydia gaghkan jua buat kerana kebetulan white eggs belen buat ma'amoul (kukis arab) ada kat peti sejuk dah dekat 4-5 hari, takut rosak. Lagipon apa leh buat dengan ciput white eggs tu so macaroons le jawapan yang paling tepat. Lydia pun cari- carik la resepi macarons di folder my lappy, sebab beberapa tahun lepas pernah buat. Lagipon bahan- bahan macroon tu memang ada je so redah je buat walau migraine dan tak jumpa piping beg. 
Kata orang kalau nak buat macaroons ni kena hari panas terik, so kat Kuwait ni no hal sebab weather memang tengah terik panas. Cuaca yang lembab lak leh buat macaroons lambat kering dan lambat la leh bako, so hati-hati kalu bercita- cita atau berhajat nak buat macarons bagi yang tinggal di negara yang beriklim panas dan lembab tu like Malaysia, make sure weather kita  cerah, tak  ujan atau jangan bual memalam kalau nk macaroons jadi cepat dan cantik kejadianya. ceh! macam la pakar dan macam la macaroon Lydia ni cantik sangat!
Walaupon dah cut sugar level masih terasa manisnya tapi tak ler menggila sangat sebab Lydia add filling penut butter. Arab suka ler memanis macam ni makan dan minum dengan kopi pahit tu. Kat Kuwait ada jual macaroons ni, sebijik dalam 15RM++, mahal kan? Tapi tu kat Avanue la..
Oklah bebel jer, meh skodeng bahan- bahannya pula. Rasanya resepi ni Yani punya dapat dari My resipi, papepon tolong halalkan yer empunya sebab lupa, lama tersimpan di folder lappy dan dolu- dolu kalu save resepi tak save nama tuan konon nak save space sebab tu tak ingat empunya, ni la alkisahnya

PEANUT BUTTER MACARONS -+- 2 dozen ikut saiz(24 keping x 2)
2 biji @ 80g telur putih A size-suhu bilik
50g gula kastor
80g almond powder
100g icing sugar
Sedikit serbuk Vanilin
Secubit cream of tartar
Pewarna jika suka (paling bagus kalau guna powder food coloring)
Filling:
Lydia guna Peanut butter sebab nak cut kemanisan, tapi U olls leh boh cekelat ganache, cis, nutella, fruits filling atau jem filling etc
Ayak almond powder dan icing sugar berasingan, satukan bersama dan ketepikan.
Campurkan cream of tartar bersama putih telur dan kacau sedikit, biarkan selama 1-2 minit.
Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit (dalam 3 kali) sehingga sedikit kental.
Masukkan serbuk vanilin dan teruskan memutar sehingga bertanduk.(Means bila terbalik mangkuk, telur tu tak jatuh)
Masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih.
Kaup balikkan perlahan- lahan macam buat kek chiffon.
Masukkan pewarna, kaup balik hingga rata semuanya, ikut suka nak berapa kaler.
Masukkan adunan yang dah siap ni ke dalam piping bag yang telah diletak nozel, picitkan
adunan sebesar syiling 50 sen ke atas dulang yang di alas dengan baking sheet. (Lydia tak jumpa my piping beg so boh dalam beg plastik biasa dan guntingkan sikit bucunya, emergency U)
 
Tengok tu lain yang di draw lain yang nampak, mata dah kero migraine beb (alasan..hehhe sebenarnya tak pandai), saiz pon bermacam pesen, sib baik semuanya ada kapel nak dijodohkan kalau tak naya gue!.

Jarakkan setiap satu lebih kurang 1 inchi.
Ambil toothpick, pecahkan mana-mana gelembung udara yang terdapat di permukaan macaroons tu kerana takut nanti macaroon bila dah bako tak jadi macam permukaan bulan,  berlubang- lubang.
Bila dah selesai semuanya, hentakkan sediki loyang/ tray untuk meratakan adunan.
Biarkan macarons kering sendirinya dalam 30 minit (ikut weather ya..), yakni kalau kita touch permukaanya ianya tak melekat di tangan sebelum dibakar .
PLEASE and PLAESE test ngan jari korang sebelum bako, kalau confirmed dah tak melekat tu bolehlah dibakar, tapi touch manja jer jangan henyak kuat- kuat.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150 C selama 15 minit.
Sejukkan sebelum letak inti.

KARIPAP PUSING/ PUSAR (STEP BY STEP)

Tergoda dah lama tengok karipap pusing ni tapi MALAS. Ari tu ternampak kak AMBE MILIZA post kat Fb makan dengan gedik malas lydia pon buat ler 1/ adunan dari resepi di bawah ni. Actually resepi ni tak tahu dari sapa sebab dah bertahun lamanya tersimpan kat folder lappy. Pada Empunya resepi, tolong halalkan ya walau ada beberapa penambaha dan pengurangan tu biasalah adat memasak, kena ikut selera dan bahan yang ada.
Walaupon my karipap ni tak ler seSOMEL atau secantik orang baut tapi tak kisah ler janji my handmade and homemade DIY kan..
Sapa yang teringin leh cuba, dah 2 kali rasanya lydia buat karipap ni seumur hidupku..hihihi..

KARIPAP PUSING (STEP BY STEP)
 bhn2 inti:
Kentang - potong dadu, cuci n toskan
Rempah daging Bawang besar - dipotong dadu halus
Bawang putih-ditumbuk lumat
Daun sup+daun bwg

Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Tumis bawang sehingga naik baunya.
Masukkan rempah dan tbiarkan sampai pecah minyak
Masukkan kentang dan gorengkan sedikit bersama rempah sehingga sebati.
Masukkan sedikit air dan amsak sehingga ketang empuk.
Perasakan dengan garam.

Last sekali masukkan daup sup dan daun bawag
(KULIT LUAR):-
350gm tepung gandum

30gm marjerin
air ais+garam
Gaulkan tepung bersama marjerin.
Gaul sebati sehingga jadi amcam bread crumbs.
Kemudian, masukkan air+garam sedikit-sedikit.
Uli sehingga menjadi doh. 
Agak-agak kalu keras add air, kalu lembut add tepung sikit.

 (KULIT DALAM/DOH BERMINYAK):-
150gm tepung gandum+2sb tepung jagung
100gm marjerin
Tepung dan marjerin digaul sebati hingga jadi doh yang berkilat.
Kalu keras add marjerin,kalu lembut add tepung sikit tu je caranya. 

Lihat gambar untuk step by step:-
 Bahagikan doh sama banyak kepada beberapa bahagian bebola kecil supaya mudah nak canai (Doh dalam & luar).
Kemudian balutkan dalam/berminyak dengan doh bahagian luar. 
Buat sehingga habis.


Leperkan sedikit doh yang dibalut tadi.
Canai doh jadi segi empat.
Lipat kiri dan kanan.
Canai memanjang dan gulungkan memanjang dengan kemas.

Potong ikut ketebalan yang diingini. INGAT kalu potong tebal saiz karipap akan jadi besar dan kalau nipis jadilah comel macam Lydia buatn ni. So pepandailah U olls adjust ikut selera anak tekak dan anak mata.Tapi JANGAN tebal atau nipis sangat tau!
Masukkan inti dan kelimlah kemas ikut kepandaian masing- masing.

 Goreng suku masak kalu nak buat stok frozen, but me tak goreng pon terus frozenkan je sbb es box besar so senang. Mula- mula jarakkan karipap tu atas dulang, masukkan dalam freezer, bila dah beku/keras, keluarkan dan susunkan dalam bekas macam biasa dan simpan. Heeeehheheheee.. malas punya orang!.. janji hepi :)
Kalau tak mo frozen gorengkan semua dan makan le.


Monday, June 03, 2013

APAM MINI GULA HANGUS


Assalamualkum.. salam sejahtera semua. Diam tak diam dah masuk Rejab, ni bermakna Ramadhan makin hampir. Moga Allah panjangkan usia kiat untuk bertemu Ramadhan dalan tahun ni dan mudah- mudahan Ramadhan ni mejadi the best posa buat kita.

Sana sini kat Fb orang dok post apam, lydia pon tak terkecuali minggu ni mengapam lagi sebab minggu lepas buat apam mekar tak mo mekar. Ni lydia dapat resepi hasil skodeng umah Pak CMG beberapa tahun lalu. Pon gitu dah dua kali lydia buat guna resepi ni memang sedap je tak rugi, menjadik je in sha Allah.
Meh tengok resepinya, maybe ada sikit perubahan caranya tapi bahan- bahanya tetap sama.. halakan yer CMG..
APAM MINI GULA HANGUS2 biji telur
3/4  cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 camb butter
2 camb susu pekat manis
3/4 camt soda biarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh esen vanilla

1/4 cawan gula pasir 

Dalam periuk yang dibasahkan sedikit, masak gula pasir hingga menjadi karamel. (ikut suka nk hitam mcm mana)

Bila dah dapat caramel yang dikehendaki warnanya, tuang air slowly, kacau rata dan masak hingga karemel tadi larut/ cair bersama air, off kan api masukkan butter, gula yg 1/4 cawan, kacau sikit dan sejukkan.
Dalam blender satukan susu pekat manis, telur, baking soda, vanilla dan minyak, putar hingga semuanya sebati. 
Masukkan karamel dan blend lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung dan blend lagi hingga sebati.
Tapiskan dan biarkan adunan rehat selama 10-15 minit.
Masukkan dalam acuan apam, 3/4 penuh. 
Kukus 15 minit atau hingga masak mengikut saiz acuan apam anda.
Sedia untuk di hidangkan untuk sarapan atau minum petang.