Monday, February 20, 2012

AGAR-AGAR PELANGI

Percubaan pertama kali yang last minit ni mungkin warnanya tak seindah pelangi lah yang macam Bro. Rozan buat!. Lydia buat half adunan je sebab takut tak jadi bazir but alhamdulillah menjadik..hepi U.
Nak baut agar- agar secantik macam ni memerlukan daya KESABARAN yang tinggi semasa nak membuatnya kerana ianya memakan masa membuatnya dan memerlukan banyak gak la perkakasan nak dicuci..hehhehehhe, tapi hasilnya inilah..cantik kan?. Puji diri sendiri..tak pe lah sebab tak de yang nak puji..huhuhuhu..masuk lif tekan button naik sendiri:)
Lydia buat ikut apa yang ada kat dapo jer tak yah nak fenin- fenin..
Lydia buat agar- agar ni special untuk jamuan masa 18 Febuari lepas kat kediamanku, makan ramai- ramai sambil berborak memang laju jer menyuap tak ingat dunia.
Jom cuci mata dan past tu try la yer..tak rugi mencuba sedapppp, here's my recipe!

AGAR-AGAR PELANGI
Rujukan :- Bro. Rozan

Bahan A
12.5 gm agar-agar strips
8-9 camb gula pasir(ikut kemanisan)
700 ml air

Bahan B
12.5 gm agar-agar strips
8-9 camb gula pasir(ikut kemanisan)
200 ml pati santan (guna santan segera dari tin jer)
500 ml air
secubit garam

Bahan C
Loyang
Pewarna (hijau, pink,kuning atau apa pun warna pilihan)
Masak Bahan A sehingga agar- agarnya larut dan hancur.
Masak pula Bahan B sehingga hancur/ larut, kecuali santan.
Bila agar- agar dah hancur/ larut masukkan santan dan biarkan mendidih sekali lagi dan perlahankan apinya.
Tuang ke dalam loyang sebanyak 200 ml agar-agar santan,Bahan A.
Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan ke-2 iaitu 200 ml agar-agar Bahan B.
Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.
Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan.
Agar-agar yang hendak digunakan haruslah berada di atas api yang kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk.
Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.

Tuesday, February 14, 2012

BLACK PEPPER STEAK with CREAMY CHICKEN SOUP

Ah! hari- hari fenin memikirkan nak masak apa, bukan apa sorang tak makan tu dan sorang lagi lak makan. Setiap kali masak nak kena cari makanan yg simple, sedap dan boleh makan bersama sebab kalu time rajin tu boleh la masak lain- lain. Hari ni layan steak, roti pita arab dan creamy soup ja..nak buat salad dan mashed potato pon malas..
M-A-L-A-S kenapa la selalu bertapa dalam jasadku?..Hehhehehe...
Jom layan my simple resepi lagi sedap ni..

BLACK PEPPER STEAK with CREAMY CHICKEN SOUP

BLACK PEPPER STEAK
Tenderizer beef/lamb
Black pepper
Olive oil
Salt to taste
chicken/beef stock@water
garlic powder
corn flour
1) Ketuk- ketukkan daging dengan pengetuk daging.
2) Taburkan sedikit garam dan black pepper pada kedua- dua belah daging.
3) Dengan api yang perlahan, panaskan Non-stick pan dan olive oil,masukkan daging.
3) Masak hingga golden brown pada kedua belah daging.
4) Angkat daging,letakkan di atas pinggan tutupkan dengan aluminium foil dan ketepikan.
5) Dalam non-stick pan yang sama, tambahkan sedikit minyak zaitun dan masukkan garlic powder dan black pepper, masukkan stock ayam/daging dan jika suka masukkan corn flour untuk memekatkan kuahnya.
6) Bila dah mendidih, matikan api dan tuangkan ke atas daging tadi dan hidangkan bersama kentang serta salad dan creamy sup.
7) Selamat mencuba

Friday, February 10, 2012

NASI KERABU BASMATHI SMOKEY EYE..my style

Pertama kali buat nasi kerabu ni dalam hidup. Masa dok kat Malaysia tak pernah makan dalam hidup pon. Bila dah jauh dari tanah air sesekali ada invitation kat Malaysia Embassy tau kewujudan ansi nasi ni dan baru makan/ rasa. Tu pon tak tau cara nak campur adauk bahan- bahanya kalu makan..hehhehe. Sifat ingin tahu mememuncak bial bila mula berjinak-jinak dengan alam maya masak memasak. Banyak resepi atau makanan yang tak pernah kydia makan pon lydia cuba JUST nak tau cara masak jer.
Alhamdulillh my hb can eat, walaupun pada awal pinggan tiba depan mata dia terperanjat tengok nasiku yang TEROVER SMOKEY ALA- ALA MAKE UP MINAH ARAB KHALEEJI kalernya..hehhehe.
Lydia memang tak dapat lengkap sebab kekurangan bahan dan tak ikut cara melayu sepenuhnya kerana takut my hb tak leh makan. Nasi tu memang Lydia SENGAJA add minyak sebab kalu nasi tak oily SURE my hb tak mo makan..so pepandai lah ADJUST sikit, tetapi stay tak lari sangat rasanya, tetap maintain sedap . Ceh puji diri sendiri..
Insha'Allah next time nak baut selengkapnya bila ada umur nak panggil kengkawan sebangsa makan. Baru berbaloi penat baut ada yang makan.
Nie first time buat, tak pandai main/ ADJUST serbuk bunga talang tu..nampak pack serbuk bunga talang tu sikit dan kecik tu yang GHAIRAH menuang.. so warna jadik SMOKEY ala make up eyeshadow minah arab..hihihihi..BILU la...
Just buat sambal kelapa/ikan, kuah memang adjust ikut tekak my hb sebab dia tak makan belacan dan kat my house mana ada belacan dan ikan celup tepung tak buat gantikan denga ayam goreng tepung + ulam-ulam pon ikut apa yang ada kat esbox ikut tekak my hb gak serta ada balen sebijik teo asin pemberian Kak Sharifah jadik ler baut tayang mata..
Jom skodeng my resepi ni..

NASI KERABI BASMATHI SMOKEY EYE..
NASI KERABI BASMATHI PERANTAUAN MY STYLE
NASI KERABU
3 cawan basmathi
2 camb garam
1/4 cawan minyak masak
4 1/2 cawan air panas
Pewarna bunga talang
daun pandan
Cucikan beras,rendamkan dengan air yang telah dicampur dengan garam selama 30minit dan toskan.
Panaskan minyak dan gorengkan beras bersama daun pandan hingga transparent.
Masukkan air panas.
Masukkan warna bunga talang pwder dan masklah nasi seperti biasa.

GULAI/KUAH
2 biji fresh tomato-dipotong 4
150g tomato paste
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
chicken stock
Bahan Blend:
1 cmt rempah cap bunga ros
1 cmt rempah gulai cap bunga ros
1/2 cmt serbuk kunyit
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan tumis:
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan bahan blend dan masakkan sampai wangi dan pecah minyak.
Masukkan fresh tomato dan masak algi hingga tomato jadi hancur.
Kacau rata dan masukkan tomato paste serta stock ayam.
Reneh sampai mendidih, kacau sekali sekala dan amsukkan garam.
Biarkan sampai pekat sedikit dan matiakn api.

SAMBAL IKAN/KELAPA
1 ekor ikan sardin- saiz besar
1 cawan kelapa kering parut
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
1 batang serai
1 cm halia
1/2 cmt serbuk lada hitam
garam secukup rasa
Bersih ikan dan bakar.
Sementara itu, goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil hingga perang.
Kalau kelapa parut kasar, bolehlah ditumbuk sdikit ketika masih panas.
Asingkan isi ikan dengan tulang.
Dalam food processor, blend bawang besar, bawang putih, serai, halia, lada hitam, garam dan isi ikan hingga halus
Goreng sekali lagi di atas api yang perlahan tanpa minyak sehingga garing.
Bila dah garing dan sebati, matikan api, sejukkan dan simpan dalma bekas kedap udara.

AYAM GORENG
Bahan Untuk Perap Ayam
Ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk
Garam secukup rasa
serbuk lada putih
Baking soda
serbuk buah pala
Secubit serbuk perasa
Bahan untuk tepung:
tepung jagung
tepung beras
garlic powder
garam
paprika powder
lada hitam powder
baking powder
serbuk perasa
Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama semalaman.
Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas.
Celup ayam yang telah diperap ke dalam telur.
Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.

ULAM-ULAMAN -
timun
tomato
daun pudina
daun corainder
sedikit minyak zaitun + garam + cuka epal(dressing)
Potong semua sayur/ ulam hingga dan campurkan dengan dressing.

Wednesday, February 08, 2012

CEKODOK PISANG MONTEL

Cekodok atau jemput- jemput pisang adalah spesis yang sama..
hari ni tak tahu nak sarapan apa? Tengok atas meja pisang ada dan masak arnum sangat jadi buatlah cekodok sebab roti dah habis kat uamh sebab semalam keluar TERlupa nak beli. But alhamdulillah my hb boleh makan dan terima cekodok nie so tak kisah sangat kalau buat sebab dia boleh makan sama. Maka terjadilah cekodok untuk sarapan pagi dan ada balen tu goreng buat minum petang...
CEKODOK PISANG MONTEL
3 biji pisang montel(pisang mas take dr kat sini)- mashed
11/2 cawan tepung gandum +-
Gula sekukup rasa
1 cmt baking powder
1/2 cmt garam
1/2 cmt baking soda
Air jika perlu
Minyak untuk mengoreng terendam
Lenyek pisang bersama gula dan garam hingga hancur.
Masukkan tepung gandum, baking powder dan baking soda.
Kacau hingga sebati dan jika perlu tambahkan air atau tepung.
Rehatkan adunan selama 30 minit - 1 jam, lagi lama lagi baik.
Pansakan minyak dan goreng hingga perang.

Chicken Spaghetti Bolognese

Skodeng blog Along Rozan petang tadi, merayau punya merayau ternampak resepi Chicken Spaghetti Bolognese. Rasanya menarik untuk di cuba sebab selalu dok makan versi beef or lamb jer, bosan gak, sesekali try buat guna ciken lak...healthy siket. Kat umah pon banyak fresh tomato jadi lydia add fresh tomato sbb tak mo letak air dan cendawan tak de so taruk apa yang ada sajalah..sedap:)
Terima kasih Along sebab sudi share resepi yang sedap nie dan maaf sebab ada penambahan serta pengurangan bahan ikut slera sendiri.:))

Chicken Spaghetti Bolognese
By: Roz@HomeKreation
1 peket Spageti - rebus & tapis

700+-g Ayam Cincang Halus (amik isi ayam dan mesin dalam food processor je)
1 biji bawang Besar - didadu halus
5 camb Olive Oil
4 ulas bawang putih- tumbuk halus
1 camt serbuk lada putih
300g tomato paste
3 biji besar fresh tomato-di blend tanpa air
1/2 cawan Sayur Campur Beku
Oregano
Air (jika perlu)
Garam secukup rasa
Parmesan Cheese
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar hingga wangi dan transparent.
Masukkan bawang putih, tumis sekejap hingga naik bau dan masukkan ayam, masak lebih kurang 2 minit.
Masukkan tomato kisar dan tomato paste,kacau sebentar.
Masukkan tomato garam , lada sulah, oregano dan mix vege.
Biar hingga memgelegak dan kuahnya pekat, jika perlu tambahkan air.(ikut suka kepekatan kuah yang di ingini).
Matikan api dan hidangkan spageti yang telah di rebus ke dalam pinggan dan tuangkan kuah ayam bolognese ke atasnya serta taburkan parmesan cheese.
Selamat Mencuba..