Showing posts with label Religion and Spirituality. Show all posts
Showing posts with label Religion and Spirituality. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

KELEBIHAN PUASA 10 MUHARRAM-PERISTIWA YG TERJADI



KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT

Assalamualikum dan selamat pagi. Hari ni 10 Muharram kan? Mmmm..ada yg buat bubur asyura? Ingat masa kecik dulu2 Arwah Tok Wa selalu buat dan bagi. Masa tu tak tahu apa tau makan je. Setahun sekali je dapat makan dan tak pernah terfikir pon apa itu? keapa? mengapa? yang tahu orang bagi makan. Alhamdulillah arwah Tok Wa memang warq orangnya, selalu bersedekah kat kami budak- budak )anak cucu- cicitnya..), kalau g kedai dia selalu dapat X'tra. Percakapannya dan perwatakkan nya menunjukkan dia adalah orang baik dan masih terbayang dia mataku sampai kini. Tok Wan adalah abang kepada Tok Lydia. Moga Rohnya aman dia sana dan moga Allah SWT mengampuni segala dosa- dosanya. Sedih pulak rasa hati ingatkanya.
Okaylah lupakan bab tu kerana yang pergi tetap pergi berbalik kita pada Bubur Asyura ni semula, Lydia memang dah lupa rupa dan rasanya yang ingat hanya sedap jer. Puas mengoogle nak imbas kembali rupa bubur asyura ni. Rupanya bubur asyura ni ada macam- macam versi ya..
Memang sebelum kawen ngan Lydia tak pernah tahu apa itu Syiah sampailah bila nak kawen my huby tanya "awak syiah?".. Lydia jawab taka la, syiah pon tak tahu. Rasanya kerajaan Malaysia mengharamkan Syiah.
Ni kisah suamiku tentang syiah di Malaysia. 2003 suamiku datang ke Malaysia dia pernah naik 1 taxi, pak cik taxi tu tanya dia (agaknya pak cik tu pandai bahasa arab sebab cakap banyak dengan suamiku yang pada masa tu memang tak fasih english),
Pakcik Taxi : Awak Syiah ke?
Suamiku : Kenapa?
Pak cik Taxi : Kalau awak Syiah jangan ngaku kat orang ramai yang awak syiah nanti polis tangkap sebba goverment Malaysia tak benarkan syiah.
Suamiku : kenapa?
Pak cik Taxi : Syiah diharamkan di Malaysia. Saya ni syiah tapi diam- diam saja taku kalau orang tahu mereka report kat polis saya akan di tangkap dan di penjarakan di tempat khas....

Jadi bermakna syiah memang la dah lama wujud di Malaysia hanya Lydia je tak tahu.... Hehehhee..sian tol.. Sampailah lydia kawen masih lom berminat nak tahu perihal Syiah hinggalah 1 hari tertengok KARBALA CHANNEL kat Tv arab ni baru terbuka mata nak ambil tahu tu pon after 3-4 tahun kawen dan masa tu pon masih sama- samar tak paham arab just tengok je apa la yang di buat tu.. tengok masjid karbara memang cantik di saluti emas.. Mmmmm..berminat sangat nak tahu, tanya suami dan kebetulan masa tu dalam awal bulan Muharram so suami ajak pergi ke tempat orang Syiah kat Daiya Kuwait (Markaz/masjid besar syiah di Kuwait. Masha'Allah memang ramai manusia bukan saja arab, ada India, Pakistan dan tah lain- lain bangsa. Kebetulan memang musim sejuk tak dok lama dan malam esok ajak suami pergi lagi tapi kali ni pergi awal sehabis berbuka puasa (puasa sunat muharram). Satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan tengok gelagat manusia. Menurut suamiku puak syiah ni akan start berkumpul di tempa- tempat tertentu dari 1-10 Muharram, apa nya tak macam pesta kat situ macam- macam, selain dibanjiri dengan ramai orang, mereka ni akan di beri makan dan minum yang sedap- sedap secara percuma sambil mendengar syarahan/amanat dari Syeikh Syiah mereka. Tak kurang juga ada yang ambil kesempatan masa ni menambahkan pendapatan dengan membuka gerai/meja- meja tapak jualan menjual barangan seperti cendera mata, T-shirt, kaset/cd, buku dsb.. Kalau part makan memang meriah sangat khabarnya menurut kakak iparku katanya setiap malam ada disediakan minuman panas (tea O, teh susu/kopi), minuman sejuk(jus), shorba addas(sup kacang dhal), nasik (ayam/daging) dan branded coklat (Mars, Kit Kat, Snikers, Bounty, Galaxy, Cadbury etc)juga diberi kepada setiap yang datang..pendek kata meriahnya dan mewahnya selama 10 hari Muharram tu ye. Selama 2 hari pergi tu.. hari pertama tak dapat apa- apa sebab rasanya macam orang- orang syiah ni tahu yang kita sunni, macam ada cop ke kat dahi kami? hehehee... 2nd night siap ajak anak kakak ipar, pon tak dapat apa- apa sedangkan orang lain dapat, tu yang menjadi tanda tanya Lydia sampai kini. Kenapa ? Apakah ada beza muka Sunni dan Syiah? Kalau Lydia memang la orang selalu ingat orang Philipine but my husband yang 100% arab pon tak dapat apa- apa. Anak kakak ipar (Eyad), pergi tawaf 1 kawasan masjid tu sebab nak tahu XTVT mereka.. siap dia ambilkan Lydia dan huby shorba adas dan tea panas.

Memang setiap malam dari 1-10 muharram ada syarahan dari Sheikh besar Syiah yang di tayangkan di screen besar macam screen wayang. Suamiku makin panas bila dengar syarahan sheihk tu, lydia lak tak paham arab so tak kisah la apa yang dia nak cakap. baru je duduk dalam 30-40minit dah ajak balik siap bengang sorang- sorang. Ikutkan aja lah.. Kemuncah 10 Muharam, nak ajak suami pergi lagi, tak dilayan permintaanku kali ni katanya munafik, kufur dan haram tak mo pergi lagi..cukup sajalah 2 malam dah dia bawak Lydia pergi lagi pun hari kemuncak tu bahaya. Lydia desak nak pergi juga, dia tetap berdegil katanya rosak akidah, kalau pergi tak ikut apa yang mereka buat nanti kena serang pula. Lydia berdegil nak tahu kenapa sebab nak pergi.. katanya kemuncak tu mereka adakan perarakkan buat macam kavadi/kereta berhias (tak tahu istilah apa nak guna ..sori ek!), berarak sambil nyanyi- nyanyi sambil memukul dada/ badan masing- masing dengan penuh penghayatan. Suamiku tanya "Sanggupkah awak buat macam tu bersama mereka?"... Off course Lydia tak akan buat!!!....
 

(ikhsan google..)

Puas berfikir dan akhirnya ku temui jawapan.. sememangnya cara pakaian tudung wanita syiah ni lain sikit. Tengok gambar sebelah ni. Syiah ni kalau dia selawat atau azan memang lain siap ada add some words lagi, mereka melebih/ menyanjung lebih Saydina Hussien dari junjungan besar kita Nabi muhammad SAW bukan sembahyang je lain. Mereka selawat untuk Saidina Hussien melebihi junjungan besar kita Muhammad SAW. Sekarang Lydia ada seorang kawan yang suaminya syiah. Mereka suami isteri berlainan mahzab, si suami syiah dan si isteri sunni, si suami ni benarkan isterinya ikut mahzab sunni tapi kesian sungguh si pompuan ni kurang sangat agama kalau bercakap ikut rasa buat fatwa dan moga Allah pelihara imanya dan anak- anaknya. Moga Allah SWT juga memelihara imanku dan keluargaku setra seluruh muslimin/muslimat seluruh dunia dari fitnah dunia dan kubur.. Aamiin ya rab!.

Ni sikt gambar yang sempat Lydia snap kat Tv tadi..gambar masjid karbala di Iraq dari dalam & Makam Saydina Hussien..
 
 
Kat bawah ni serba sedikit hadis mengenai KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM DAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT, bacalah sebagai iktibar, ambil yang baik dan yang tak baik tu jadikan sempadan, kalau tak pasti bertanyalah pada mereka yang bebar- benar arif bab agama supaya kita tak tersasar.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W: "Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura!".[]

Keutamaan Puasa di Hari Asyura (10 Muharram)
Oleh: Asy Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin
[Di dalam kitab beliau Riyadhus Shalihin, Al-Imam An-Nawawi -rahimahullah- membawakan tiga buah hadits yang berkenaan dengan puasa sunnah pada bulan Muharram, yaitu puasa hari Asyura / Asyuro (10 Muharram) dan Tasu’a (9 Muharram)]

Hadits yang Pertama
عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ
Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma-, “Bahwa Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya”. (Muttafaqun ‘Alaihi).

Hadits yang Kedua
عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Dari Abu Qatadah -radhiyallahu ‘anhu-, bahwa Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura. Beliau menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (HR. Muslim)

Hadits yang Ketiga
وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.
Dari Ibnu Abbas -radhiyallahu ‘anhuma- beliau berkata: “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (HR. Muslim)

“Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari ‘Asyura, beliau Menjawab, ‘Menghapuskan dosa setahun yang lalu’, ini pahalanya lebih sedikit daripada puasa Arafah (yakni menghapuskan dosa setahun sebelum serta sesudahnya –pent). Bersamaan dengan hal tersebut, selayaknya seorang berpuasa ‘Asyura (10 Muharram) disertai dengan (sebelumnya, ed.) Tasu’a (9 Muharram). Hal ini karena Nabi SAW bersabda, ‘Apabila (usia)ku sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada yang kesembilan’, maksudnya berpuasa pula pada hari Tasu’a.

Penjelasan
Rasulullah SAW memerintahkan untuk berpuasa pada hari sebelum maupun setelah ‘Asyura [1] dalam rangka menyelisihi orang-orang Yahudi karena hari ‘Asyura –yaitu 10 Muharram- adalah hari di mana Allah selamatkan Musa dan kaumnya, dan menenggelamkan Fir’aun dan para pengikutnya. Dahulu orang-orang Yahudi berpuasa pada hari tersebut sebagai syukur mereka kepada Allah atas nikmat yang agung tersebut. Allah telah memenangkan tentara-tentaranya dan mengalahkan tentara-tentara syaithan, menyelamatkan Musa dan kaumnya serta membinasakan Fir’aun dan para pengikutnya. Ini merupakan nikmat yang besar. Oleh karena itu, setelah Nabi SAW tinggal di Madinah, beliau melihat bahwa orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura [2]. Beliau pun bertanya kepada mereka tentang hal tersebut. Maka orang-orang Yahudi tersebut menjawab, “Hari ini adalah hari di mana Allah telah menyelamatkan Musa dan kaumnya, serta celakanya Fir’aun serta pengikutnya. Maka dari itu kami berpuasa sebagai rasa syukur kepada Allah”. Rasulullah SAW berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kalian”.

Kenapa Rasulullah SAW mengucapkan hal tersebut? Karena Nabi dan orang–orang yang bersama beliau adalah orang-orang yang lebih berhak terhadap para nabi yang terdahulu. Allah berfirman,
إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِإِبْرَاهِيمَ لَلَّذِينَ اتَّبَعُوهُ وَهَذَا النَّبِيُّ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَاللَّهُ وَلِيُّ الْمُؤْمِنِينَ
“Sesungguhnya orang yang paling berhak dengan Ibrahim adalah orang-orang yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad), serta orang-orang yang beriman, dan Allah-lah pelindung semua orang-orang yang beriman”. (Ali Imran: 68)

Maka Rasulullah SAW adalah orang yang paling berhak terhadap Nabi Musa daripada orang-orang Yahudi tersebut, dikarenakan mereka kafir terhadap Nabi Musa, Nabi Isa dan Muhammad. Maka beliau SAW berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan manusia untuk berpuasa pula pada hari tersebut. Beliau juga memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ‘Asyura, dengan berpuasa pada hari kesembilan atau hari kesebelas beriringan dengan puasa pada hari kesepuluh (’Asyura), atau ketiga-tiganya. [3]

Oleh karena itu sebagian ulama seperti Ibnul Qayyim dan yang selain beliau menyebutkan bahwa puasa ‘Asyura terbagi menjadi tiga keadaan:

1. Berpuasa pada hari ‘Asyura dan Tasu’ah (9 Muharram), ini yang paling afdhal.

2. Berpuasa pada hari ‘Asyura dan tanggal 11 Muharram, ini kurang pahalanya daripada yang pertama. [4]

3. Berpuasa pada hari ‘Asyura saja, sebagian ulama memakruhkannya karena Nabi SAW memerintahkan untuk menyelisihi Yahudi, namun sebagian ulama yang lain memberi keringanan (tidak menganggapnya makhruh). [5]

Wallahu a’lam bish shawab.

(Sumber: Syarh Riyadhis Shalihin karya Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin terbitan Darus Salam – Mesir, diterjemahkan Abu Umar Urwah Al-Bankawy, muraja’ah dan catatan kaki: Al-Ustadz Abu Abdillah Muhammad Rifai)

Nota:-
[1] Adapun hadits yang menyebutkan perintah untuk berpuasa setelahnya (11 Asyura’) adalah dha’if (lemah). Hadits tersebut berbunyi:

صوموا يوم عاشوراء و خالفوا فيه اليهود صوموا قبله يوما و بعده يوما . -
“Puasalah kalian hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya. (HR. Ahmad dan Al Baihaqy. Didhaifkan oleh As Syaikh Al-Albany di Dha’iful Jami’ hadits no. 3506)

Dan berkata As Syaikh Al Albany – Rahimahullah- di Silsilah Ad Dha’ifah Wal Maudhu’ah IX/288 No. Hadits 4297: Penyebutan sehari setelahnya (hari ke sebelas. pent) adalah mungkar, menyelisihi hadits Ibnu Abbas yang shahih dengan lafadz:

“لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع” .
“Jika aku hidup sampai tahun depan tentu aku akan puasa hari kesembilan”

Lihat juga kitab Zaadul Ma’ad 2/66 cet. Muassasah Ar-Risalah Th. 1423 H. dengan tahqiq Syu’aib Al Arnauth dan Abdul Qadir Al Arna’uth.
لئن بقيت لآمرن بصيام يوم قبله أو يوم بعده . يوم عاشوراء) .-

“Kalau aku masih hidup niscaya aku perintahkan puasa sehari sebelumnya (hari Asyura) atau sehari sesudahnya” ((HR. Al Baihaqy, Berkata Al Albany di As-Silsilah Ad-Dha’ifah Wal Maudhu’ah IX/288 No. Hadits 4297: Ini adalah hadits mungkar dengan lafadz lengkap tersebut.))

[2] Padanya terdapat dalil yang menunjukkan bahwa penetapan waktu pada umat terdahulu pun menggunakan bulan-bulan qamariyyah (Muharram s/d Dzulhijjah, Pent.) bukan dengan bulan-bulan ala Eropa (Jan s/d Des). Karena Rasulullah SAW mengabarkan bahwa hari ke sepuluh dari Muharram adalah hari di mana Allah membinasakan Fir’aun dan pengikutnya dan menyelamatkan Musa dan pengikutnya. (Syarhul Mumthi’ VI.)

[3] Untuk puasa di hari kesebelas haditsnya adalah dha’if (lihat no. 1) maka – Wallaahu a’lam – cukup puasa hari ke 9 bersama hari ke 10 (ini yang afdhal) atau ke 10 saja.

Asy-Syaikh Salim Bin Ied Al Hilaly mengatakan bahwa, “Sebagian ahlu ilmu berpendapat bahwa menyelisihi orang Yahudi terjadi dengan puasa sebelumnya atau sesudahnya. Mereka berdalil dengan hadits yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW.

صوموا يوم عاشوراء و خالفوا فيه اليهود صوموا قبله يوما أو بعده يوما .
“Puasalah kalian hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya atau sehari setelahnya”.

Ini adalah pendapat yang lemah, karena bersandar dengan hadits yang lemah tersebut yang pada sanadnya terdapat Ibnu Abi Laila dan ia adalah jelek hafalannya.” (Bahjatun Nadhirin Syarah Riyadhus Shalihin II/385. cet. IV. Th. 1423 H Dar Ibnu Jauzi)

[4] (lihat no. 3)

[5] Asy-Syaikh Muhammad Bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah mengatakan,
والراجح أنه لا يكره إفراد عاشوراء.

Dan yang rajih adalah bahwa tidak dimakruhkan berpuasa ‘Asyura saja. (Syarhul Mumthi’ VI),Wallaahu a’lam.

Tuesday, May 22, 2012

AMALAN DI BULAN REJAB

AMALAN DI BULAN REJAB

Subhanallah putaran masa berlalu begitu cepat tanpa kita sedari...diam tak diam kita dah dekat sangat nak puasa. Alhamdulillah, tak lama lagi kita akan melangkah ke bulan Rejab. Bulan Rajab adalah bulan ke-7 dalam kalender Islam. Insyaallah kalau Allah berikan kita umur yang panjang tak lama lagi kita akan memasuki bulan yang istimewa, iaitu Ramadhan. Apakah kita sudah mempersiapkan diri menyambutnya?

Doa Memasuki Bulan Rajab, Rasulullah SAW biasanya mempersiapkan diri dalam menyambut bulan puasa sebelumnya iaitu ketika beliau melihat awal bulan Rajab, dua bulan sebelum Ramadhan, beliau telah mempersiapkan diri secara ruhani. Beliau menundukkan hati dan menancapkan niat yang suci melalui doanya:-

Allaahummaa bariklanaa fii Rajaba wa Sya’ban, wa balighnaa Ramadhaan.
Yaa Allaah, berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.- (HR. Imam Ahmad, dari Anas bin Malik)

Baginda SAW dengan khusyuk memohon kepada Allah SAW agar memberkahi dirinya dan kaum muslimin di dua bulan menjelang Ramadhan. Tanpa keberkahan ini, tentulah hari-hari kita akan berkurang nilainya, apalagi dalam rangka menyongsong bulan yang penuh pahala dan ampunan dari Allah SWT.

Demikianlah Rasulullah SAW. yang telah menjadikan bulan Rajab sebagai titik tolak, sebagai bulan pencanangan untuk menyambut Ramadhan.

Amalan Khusus di Bulan Rajab
Sebahagian muslimin percaya dan melakukan amalan atau ritual ibadah tertentu di bulan Rajab ini. Mereka mempercayai ada keutamaan dan pahala yang sangat istimewa melalui ibadah puasa atau sholat atau lainnya tersebut. Tetapi benarkah demikian? Adakah Rasulullah SAW memberikan contoh atau kenyataan seperti itu?

Berikut adalah komentar beberapa ulama tentang hal tersebut.
Setelah menelaah hadist di atas tadi, Ibnu Taimiyyah rahimahullah menyatakan,” Tidak pernah diriwayatkan dari Nabi saw. tentang fadhilah bulan Rajab di hadits-hadits yang lain. Bahkan kebanyakan hadits yang tersebar tentang keutamaan bulan Rajab ini yang disandarkan kepada Rasulullah Shalallahu ‘Alahi Wassalam adalah dusta…”(Iqtidhaa-ush Shiraatil Mustaqiim).

Sementara itu, al Hafizh Ibnu Hajar al Asqalani Rahimahullah dalam risalahnya,Tabyiinul ‘Ajab bi Maa Warada fii Fadhli Rajab menjelaskan, “Tidak muncul satupun hadits shahih tentang keutamaan bulan Rajab, tidak pula tentang puasanya, tidak tentang puasa tertentu, dan tidak juga tentang mendirikan shalat malam tertentu di bulan ini yang dikuatkan oleh sebuah hadits yang layak untuk dijadikan sebagai hujjah.”

Adapun ‘Umrah di bulan Rajab telah disebutkan oleh Ibnu Rajab bahwa “umrah dibulan Rajab itu adalah hukumnya sunnah menurut pendapat mayoritas generasi Salaf. Diantaranya ‘Umar bin Khaththab radhiallahu anhu dan ‘Aisyah radhiallahu anha. (lihat Laathaa-iful Ma’aarif)

Bulan Rajab adalah Bulan Mulia. Meskipun demikian, bulan Rajab adalah salah satu dari bulan-bulan ‘haram‘ atau mulia di sisi Allah swt. Allah berfirman:- “Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram…” (Al Qur’an surat At Taubah: 36)

Di dalam ash Shahihahin terdapat hadist dari Abu Bakrah Rahimahullah dari Nabi SAW beliau bersabda:-
“Sesungguhnya zaman telah berputar seperti keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi, dalam setahun itu terdapat dua belas bulan. Empat diantaranya adalah bulan haram (disucikan). Tiga dari empat bulan itu, (jatuh secara) berurutan yaitu Dzulqa’dah, Dzulhijah, Muharram. Sedangkan Rajab (yang disebut juga sebagai) syahru Mudhar, terletak diantara Jumada (ats Tsaniyah) dan Sya’ban.” (HR. Bukhari)

Ibnu Jarir ath Thabari rahimahullah meriwayatkan melalui sanadnya, dari Ibnu Abbas radhiallahu anhu sehubungan dengan pengagungan Allah terhadap kesucian bulan-bulan ini, beliau berkata,

“Allah Ta’ala telah menjadikan bulan-bulan ini sebagai (bulan-bulan yang) suci, mengagungkan kehormatannya dan menjadikan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan ini menjadi lebih besar dan menjadikan amal shalih serta pahala pada bulan ini juga lebih besar.”-(Tafsir ath Thabari)
Semoga bermanfaat.

“Bersabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya di surga ada sungai yang disebut dengan Rajab (isinya) lebih putih dari pada susu, dan lebih manis dari pada madu. Barangsiapa yang berpuasa sunnah satu hari pada bulan Rajab akan diberi minum oleh Allah dari sungai tersebut.” (HR. Imam Baihaqi)

Adapun puasa sunnah pada bula Rajab banyak hadits-hadits Rasulullah SAW yang menganjurkan untuk melakukannya karena mempunyai nilai pahala ganda.

Diriwayatkan oleh Tsauban bahwa ia pada suatu ketika berjalan bersama Rasul saw melewati suatu kuburan di mana Rasulullah saw berhenti sejenak dan menagis ter-sedu2. ” Kenapa enkau menangis ya Rasulullah?” tanya Tsauban, lalu Rasulullah bersabda : “Aku berdoa untuk mereka yang sedang disiksa kuburnya maka diringankanlah siksanya oleh Allah. Coba mereka berpuasa satu hari dan tidak tidur satu malam dalam bulan Rajab, mereka tidak akan disiksa dalam kuburnya.

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAJAB

Di surga ada danau yang bernama Rajab. Airnya putih melebihi putihnya air susu, manis melebihi manisnya madu dan dinginnya melebihi salju. Barang siapa puasa sehari di bulan Rajab kelak Allah akan memberikan minuman daridanau Rajab. (Al-Hadits)

Dari Abi Hurairah berkata ; Rasulullah Salallahu SAW bersabda :-“ Barang siapa puasa pada tanggal 27 Rajab Allah mencatatnya sebagaimana orang puasa 60 bulan”.

Dan ada awal hari bulan Rajab malaikat jibril turun kepada Nabi dengan risalah untuk isra’ bersama Nabi. Nabi bersabda “Ingat bulan Rajab adalah bulannya Allah, barang siapa puasa sehari dibulan Rajab dengan iman dan keikhlasan, maka akan mendapatkan keridhaan-Nya.”(Al-Hadits)

Tuesday, January 31, 2012

TANDA HITAM PADA DAHI BUKAN WARAK?

Masyarakt kita amat mudah menilai atau mentafsir seseorang itu pada luaranya. Sebenarnya Tanda Hitam pada Dahi Bukan Bermakna Soleh, Alim Atau Warak kerana “Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).
Kita melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Allah SWT serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).” [48:29]
Ayat Quran di atas bukan dalil untuk mengatakan bahawa tanda hitam di dahi seseorang muslim itu adalah orang yang soleh, alim mahupun warak. Ia adalah kerana soleh, alim dan warak ini ditentukan oleh ilmu, iman dan taqwa dalam diri.
Adapun tanda yang terdapat pada sesetengah orang ini adalah kerana mereka adalah orang yang kuat solatnya (ibadah) atau lama sujudnya (ahli sujud). Namun kita tidak boleh mengagungkan atau memperlekehkan orang sebegini kerana mereka adalah makhluk Allah yang tak lari dari melakukan kesilapan dalam kehidupan (maksum).
Tidak semestinya juga orang yang kuat solat atau lama sujud itu akan berbekas pada dahinya. Mungkin juga ia mengikut kepada keadaan kulitnya bagaimana, adakah lembut, keras dan sebagainya. Ini semua adalah kehendak Allah SWT. Walau apa pun harus dibetulkan persepsi masyarakat bahawa tanda hitam pada dahi itu tidak boleh membuatkan seseorang itu kagum dan mengatakan orang itu soleh, alim dan warak.
Ketahuilah orang yang soleh, alim dan warak itu boleh dilihat pada wajahnya yang bercahaya. Namun sikap berbaik sangka dengan semua orang adalah dituntut dalam Islam.
Saidina Ali Zainal Abidin, cicit Rasulullah SAW, digelar As-Sajad disebabkan bila beliau solat, beliau sujud lama sehingga 30 minit pada setiap kali sujud dan ada tanda di dahi beliau, disamping karomah lainnya iaitu sentiasa berbau harum kasturi.
Alim, soleh dan warak itu letak dalam hati menerusi imannya, letak dalam percakapan melalui lidahnya, letak pada akhlak iaitu cara hidupnya, bukan pada dahi. wallahualam..

Tuesday, January 10, 2012

ADAB MENEGUR ATAU MEMBERI NASIHAT

ADAB MENEGUR/MEMBERI NASIHAT

Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini, setiap orang pasti ada kelemahan dan kekurangannya tersendiri. Setiap manusia pasti mempunyai kesalahan dan sebaik-baik mereka adalah yang bertaubat kepada Allah, menyedari kesalahannya, lalu menyesal dan bertekad/ bertaubat untuk tidak mengulanginya lagi. Oleh karena itu kita digalakkan saling nasihat-menasihati antara satu sama lain dalam menuju ke arah kebaikan dan kebenaran adalah amat digalakkan, bagi yang dinasihati seharusnya ia berterima kasih kepada orang yang telah menunjukkan kekurangan dan kesalahannyahanya. Pada umumnya manusia tidak suka dipersalahkan, apalagi kalau teguran itu disampaikan kepadanya dengan cara yang tidak baik. Maka seorang pemberi nasihat haruslah mengetahui cara yang TERBAIK agar nasihatnya dapat diterima oleh orang lain. Cara memberi nasihat yang baik adalah memberi nasihat kepada orang lain secara rahasia, tanpa diketahui oleh orang lain. Di kesempatan ini ada beberapa catatkan penjelasan para ulama tentang adab memberi/menegur nasihat.

NASIHAT PARA ULAMA TENTANG "MENASIHATI SECARA RAHASIA"
Al-Imam Ibnu Hibban rahimahullah (wafat tahun 354 H) berkata:- "Nasihat itu merupakan kewajiban manusia semuanya, sebagaimana telah kami sebutkan sebelum ini, tetapi dalam teknik penyampaiannya haruslah dengan secara rahasia, tidak boleh tidak, karena barangsiapa yang menasihati saudaranya di hadapan orang lain, maka berarti dia telah mencelanya, dan barangsiapa yang menasihatinya secara rahasia, maka berarti dia telah memperbaikinya. Sesungguhnya penyampaian dengan penuh perhatian kepada saudaranya sesama muslim adalah kritik yang membangun, lebih besar kemungkinannya untuk diterima dibandingkan penyampaian dengan maksud mencelanya."

Kemudian Al-Imam Ibnu Hibban rahimahullah menyebutkan dengan sanadnya sampai kepada Sufyan, ia berkata:- "Saya berkata kepada Mis'ar, "Apakah engkau suka apabila ada orang lain memberitahumu akan kekurangan-kekuranganmu?". Maka ia berkata, "Apabila yang datang adalah orang yang memberitahukan kekurangan-kekuranganku dengan cara menjelek-jelekkanku, maka saya tidak senang, tetapi apabila yang datang kepadaku adalah seorang pemberi nasihat, maka saya senang."
Kemudian Imam Ibnu Hibban berkata bahwa Muhammad bin Said Al-Qazzaz telah memberitahukan kepada kami, Muhammad bin Manshur telah menceritakan kepada kami, Ali Ibnul Madini telah menceritakan kepadaku, dari Sufyan, ia berkata: Thalhah datang menemui Abdul Jabbar bin Wail, dan di situ banyak terdapat orang, maka ia berbicara dengan Abdul Jabbar menyampaikan sesuatu dengan rahasia, kemudian setelah itu beliau pergi.
Maka Abdul Jabbar bin Wail berkata, "Apakah kalian tahu apa yang ia katakan tadi kepadaku? Ia berkata, 'Saya melihatmu ketika engkau sedang shalat kemarin sempat melirik ke arah lain'."

Abu Hatim (Imam Ibnu Hibban) rahimahullah berkata:"Nasihat apabila dilaksanakan seperti apa yang telah kami sebutkan, akan melanggengkan kasih sayang, dan menyebabkan terealisasinya hak ukhuwah." 1) Al Imam Abu Muhammad Ali bin Ahmad bin Said Ibnu Hazm rahimahullah (wafat tahun 456 H) berkata:"Maka wajib atas seseorang untuk selalu memberi nasihat, baik yang diberi nasihat itu suka ataupun benci, tersinggung atau tidak tersinggung.
Apabila engkau memberi nasihat, maka nasihatilah secara rahasia, jangan di hadapan orang lain,dan cukup dengan memberi isyarat tanpa terus terang secara lansung, kecuali apabila orang yang dinasihati tidak memahami isyaratmu, maka harus secara terus terang. jika engkau melampaui adab-adab tadi, maka engkau orang yang zalim, bukan pemberi nasihat, dan gila ketaatan serta gila kekuasaan, bukan pemberi amanat dan pelaksana hak ukhuwah. Ini bukanlah termasuk hukum akal dan hukum persahabatan, melainkan hukum rimba, seperti seorang penguasa dengan rakyatnya, dan tuan dengan hamba sahayanya." 2) Imam Ibnu Rajab rahimahullah (wafat tahun 795 H) berkata:"Al Fudhail (wafat tahun 187 H) berkata, "Seorang mu'min menutup (aib saudaranya) dan menasehatinya sedangkan seorang fajir (pelaku maksiat) membocorkan (aib saudaranya) dan memburuk-burukkan."

Apa yang disebutkan oleh Al Fudhail ini merupakan ciri antara nasehat dan memburuk-burukkan, yaitu bahwa nasehat itu dengan secara rahasia, sedangkan menjelek-jelekkan itu ditandai dengan penyiaran.Sebagaimana dikatakan, "Barangsiapa mengingatkan saudaranya di tengah-tengah orang banyak, maka ia telah menjelek-jelekkannya." Begitulah kurang lebih maknanya.

Dan orang-orang salaf membenci amar ma'ruf nahi munkar secara terang-terangan, mereka suka kalau dilakukan secara rahasia antara yang menasehati dengan yang dinasehatidan ini merupakan ciri nasehat yang murni dan ikhlas karena si penasehat tidak mempunyai tujuan untuk menyebarluaskan aib-aib orang yang dinasehatinya,ia hanya mempunyai tujuan menghilangkan kesalahan yang dilakukannya. Sedangkan menyebarluaskan dan menampakkan aib orang lain, maka hal tersebut termasuk yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya.
Allah berfirman:- "Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka adzab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kalian tidak mengetahui." (Surat An-Nuur: 19)

Dan hadits-hadits yang menjelaskan tentang keutamaan menutup aib seorang muslim tidak terhitung banyaknya. Ada sebuah syair yang dinisbahkan kepada Imam Syafi'i rahimahullah (204 H), syair itu berbunyi:- "Hendaklah engkau sengaja mendatangiku untuk memberi nasehat ketika aku sendirian Hindarilah memberikan nasehat kepadaku di tengah khalayak ramai Karena sesungguhnya memberi nasehat di hadapan banyak orang Sama saja dengan memburuk-burukkan, saya tidak suka mendengarnya. Jika engkau menyalahi saya dan tidak mengikuti ucapanku

Maka jangalah engkau bimbang apabila nasehatmu tidak ditaati.Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin hafizhahullah berkata:- "Perlu diketahui bahwa nasehat itu adalah pembicaraan yang dilakukan secara rahasia antaramu dengannya,karena apabila engkau menasehatinya secara rahasia dengan empat mata, maka sangat membekas pada dirinya, dan dia tahu bahwa engkau pemberi nasehat,tetapi apabila engkau bicarakan dia di hadapan orang banyak,maka besar kemungkinan bangkit kesombongannya yang menyebabkan ia berbuat dosa dengan tidak menerima nasehat,dan mungkin pula ia menyangka bahwa engkau hanya ingin balas dendam dan mendiskreditkannya serta untuk menjatuhkan kedudukannya di mata manusia sehingga ia tidak menerima isi nasehat tersebut. Tetapi apabila dilakukan secara rahasia antara kamu dan dia berdua, maka nasehatmu itu amat berarti baginya, dan dia akan menerima darimu.

BILA DIBOLEHKAN MEMBERI NASEHAT DI HADAPAN ORANG LAIN?
Saudara-saudaraku!
Walaupun demikian ada beberapa perkecualian yang membolehkan atau mengharuskan seseorang untuk menasehati orang lain di depan orang banyak.
Salah seorang khatib dan imam masjid di kota Al-Khubar, Saudi Arabia dalam salah satu khutbah Jum'atnya mengatakan:- "Ummat Islam, mereka itu memiliki kehormatan dan harga diri, oleh karena itu haruslah kita menjaga hak-hak dan kehormatan mereka,haruslah kita memelihara perasaan mereka, tetapi kadang-kadang sesuatu nasehat yang akan engkau sampaikan kepada orang lain apabila engkau tunda,maka akan terlambat, maka harus sekarang juga engkau menasehatinya sebelum terlambat.
Contohnya, sebagaimana terdapat dalam Shahih Muslim (Juz 6 hal. 142-143 no. 58 (875), pent) dari Jabir radhiallahu 'anhu bahwasanya ia berkata:-
Sulaik Al Ghathafani datang (ke masjid) hari Jum'at dan Rasulullah SAW sedang duduk di atas mimbar (dalam riwayat lainnya dari Imam Muslim juga, beliau sedang berkhutbah, pent),maka Sulaik langsung duduk tanpa shalat terlebih dahulu, maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Apakah engkau telah melaksanakan shalat dua rakaat?" Ia berkata, "Belum," maka beliau memerintahkan kepadanya, "Bangunlah dan shalatlah dua rakaat!"

Ini bukanlah sedang memburuk-burukkan atau menyiarkan kesalahan orang tersebut, karena saat itu adalah waktu yang tepat untuk menasehatinya,
apabila dibiarkan, maka akan terlewatkan, karena Rasulullah SAW memerintahkan setiap muslim yang masuk ke dalam masjid agar shalat dua rakaat terlebih dahulu sebelum ia duduk.Perintah tersebut mengharuskan untuk dilaksanakan pada saat itu juga tidak bisa ditunda sampai selesai shalat Jum'at.Akan tetapi apabila memungkinkan bagimu untuk menunda nasehat sampai selesainya majelis,lalu engkau menasehati seseorang di hadapan orang lain di majelis tersebut, maka hal itu tidak benar."

Contoh lain.
Pernah terjadi di masa Rasulullah SAW seorang yang makan menggunakan tangan kirinya,maka Rasulullah SAW menegurnya, "Makanlah dengan tangan kananmu!" Orang tersebut menjawab, "Saya tidak dapat," maka beliau mendoakan keburukan untuknya dengan mengatakan, "Semoga engkau tidak dapat,"
maka langsung saja tangan orang tersebut lumpuh sehingga tidak dapat memasukkan makanan ke dalam mulutnya.Orang tersebut tidak mau mentaati perintah Rasulullah SAW karena sombong.

Syaikh Salim Al-Hilali mengatakan tentang fiqh hadits di atas, di antaranya:
"Boleh menasehati seseorang di hadapan orang banyak apabila di dalamnya terdapat kebaikan bagi semuanya.Apabila terhadap teman, kita harus memiliki adab yang baik dalam menegur kesalahannya, maka lebih-lebih lagi apabila kita hendak menegur kesalahan seorang guru.

Syaikh Abdurrahman bin Nashir As Sa'di rahimahullah berkata :- "Apabila seorang penuntut ilmu mendapatkan gurunya berbuat kesalahan maka janganlah menyebutkan kesalahan tersebut dengan terus terang,tetapi betulkanlah kesalahan dia dengan cara bertanya dan bersikap sebagai seorang siswa terhadap gurunya,dan berbuat demikianlah dengan cara berulang-ulang sampai terang bagi sang guru mana yang benar, karena kebanyakan manusia apabila engkau tegur secara lansung kesalahannya,kecil sekali kemungkinannya untuk rujuk, berat bagi dia untuk mengakui kesalahannya,kecuali orang yang dapat menguasai dirinya dan menghiasinya dengan akhlak yang terpuji, maka dia tidak tersinggung apabila pendapat dia dikritik, dan kesalahannya ditegur secara langsung,dan tipe orang seperti ini jarang sekali, hanya dengan taufiq Allah-lah kemudian dengan melatih jiwa untuk menekan gengsi, barulah orang tersebut akan mempunyai jiwa besar dengan mengakui kesalahannya dan rujuk kepada kebenaran.

Dalam halaman lain, beliau berkata:- "Apabila sang guru berbuat kesalahan dalam suatu hal, maka hendaklah seorang penuntut ilmu menegurnya dengan penuh lemah lembut sambil memperhatikan situasi dan kondisi,janganlah mengatakan kepadanya, "Engkau telah berbuat salah!" atau "Sesungguhnya yang benar bukan seperti yang engkau katakan!",tetapi hendaklah menegurnya dengan kata-kata yang sopan, menjadikan seorang guru sedar akan kesalahannya tanpa ada rasa gusar di hatinya,karena cara seperti ini merupakan keharusan dalam bersikap terhadap seorang guru,juga cara seperti ini lebih mengena untuk sampai kepada kebenaran,karena sesungguhnya kritikan yang disertai dengan adab yang buruk membuat hati orang yang dikritik menjadi gusar sehingga akan menghalanginya untuk dapat menangkap pemahaman yang benar dan menghalanginya untuk mengetahui maksud baik orang yang menegurnya."

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya oleh seseorang :- "Apakah yang harus saya lakukan terhadap salah seorang guru ketika ia salah dalam pendapatnya,khususnya dalam mata pelajaran dien Al Islam dan saya tahu dengan pasti jawaban yang benar?"
Maka Syaikh menjawab:- "Ini pertanyaan yang penting di mana kita dapatkan bahwa sebagian dari para guru tidak mau dikoreksi oleh siapa pun, meskipun ia berbuat kesalahan yang banyak.
Sikap yang demikian tidaklah benar, karena setiap manusia tidak lepas dari kesalahan, dan manusia apabila berbuat kesalahan lalu ditegur,
maka itu merupakan nikmat Allah yang Ia berikan kepadanya, supaya manusia tidak tertipu disebabkan kesalahannya.
Akan tetapi bagi siswa haruslah mempunyai kecerdikan, janganlah menegurnya di hadapan siswa-siswa yang lain,karena hal ini menyalahi adab, tetapi tundalah sampai selesai pelajaran (secara empat mata),apabila sang guru tadi menerimanya, maka ia harus menyampaikan ralatnya di hadapan para siswa pada pelajaran berikutnyadan apabila tidak menerimanya, maka si siswa harus menyampaikan koreksiannya di hadapan siswa-siswa yang lain pada pelajaran berikutnya,sambil mengatakan misalnya bahwa ustadz pernah menyampaikan begini dan begitu, dan ini adalah tidak benar."

Tuesday, November 29, 2011

KELEBIHAN MUHARAM

KELEBIHAN MUHARAM

Kalendar Islam bermula pada 1 Muharam atau lebih dikenali sebagai Awal Muharram, tetapi paling penting ia mengingatkan umat Islam kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah.

Perlu diingatkan, Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.
Firman Allah dalam surah at-Taubat ayat 36 bermaksud: - "Sesungguhnya bilangan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya 4 bulan adalah 'haram' (Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijah)."
Haram dalam bahasa Arab bererti dihormati dalam segala aspek iaitu bulan yang mengikut riwayat sahih ialah Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijah. Bukan bermakna bulan lain tidak baik, tetapi keberkatan Allah SWT turun pada 4 bulan itu.

Muharam penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam, selama 30 hari itu penuh dengan pelbagai keistimewaannya. 10 hari pertama, banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam atau lebih dikenali dengan nama Asyura.Beberapa perkara penting berlaku pada Muharam mengikut cendekiawan ilmu dalam Islam, termasuk bulan ini Allah SWT mencipta syurga dan bumi, menyelamatkan nabi daripada kezaliman musuh dan mencipta Nabi Adam a.s.

Pada hari Asyura iaitu pada hari 10 Muharam bahtera Nabi Nuh a.s diselamatkan di Gunung Judi, Nabi Ibrahim a.s daripada api Namrud dan Nabi Musa a.s daripada Firaun dengan hari kiamat

Pada zaman Rasulullah saw ada seorang Yahudi menuduh seorang Muslim mencuri juga berlaku pada hari Asyura. Asyura adalah hari paling mulia di dalam Muharam sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas,
"Apabila Nabi berhijrah ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam dan mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa as diselamatkan daripada kezaliman Firaun."
Nabi Musa as diselamatkan bersama sahabat baginda, tetapi Firaun dan askarnya lemas dalam sungai. Itu sebabnya kami berpuasa pada hari Asyura.
"Apabila baginda mendengar penjelasan mereka, baginda kemudian berkata dengan bangga bahawa kami paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa as lebih daripada kamu sekelian dalam semua aspek. Maka Rasulullah saw menyuruh umat Islam berpuasa pada hari Asyura." (Hadis riwayat Abu Daud)

Ganjaran pahala
Selain berpuasa, umat Islam digalak melakukan pelbagai perkara sunat kerana Allah SWT dan Allah swt menjanjikan ganjaran pahala besar bagi yang mengamalkannya pada hari penuh berkat itu.
Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam).
Antaranya:-
-Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala laksana 1000 kali haji, 1000 umrah, 1000 syahid dan diharamkan daripada neraka.
-Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti memberi sekalian umat Islam berbuka puasa.
-Sembahyang sunat 4 rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura 4 rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Qul-huwallah 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berlarutan 50 tahun melakukannya.
-Membaca Qulhuwallah 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.
-Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah swt memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.
-Memakai celak. Allah swt menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.
-Memelihara kehormatan diri. Allah swt mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
-Bersedekah. Allah swt menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahalaseperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.
-Menyapu kepala anak yatim. Allah swt mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.
-Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
-Menahan marah. Allah swt memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.
-Memuliakan fakir miskin. Allah swt memuliakan-nya dalam kubur.
-Melapangkan belanja anak isteri. Allah swt akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.
-Membaca surah al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.

wallahualam..

Sunday, November 13, 2011

FADHILAT & PERISTIWA DI BULAN ZULHIJJAH

FADHILAT & PERISTIWA DI BULAN ZULHIJJAH

Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.
Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah).
Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah).
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya). Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Di sebalik bulan Zulhijjah yang terkenal dengan bulan haji, ia juga mencatatkan beberapa peristiwa di dalam diari sejarah pembinaan dan perjuangan umat Islam. Ia menjadi nadi dan titik-tolak kepada pengukuhan akidah dan pemantapan sahsiah serta kekuatan ukhwah ummat di dalam meneruskan perjuangan Baginda s.a.w.

Antara peristiwa tersebut adalah:
1. Nabi Muhammad s.a.w membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam, di sana baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan baginda menjadi nabi.

2. Peristiwa Baiah Al-Aqabah (perjanjian setia Al Aqabah) pada tahun ke-13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan dari kaum Aus dan Khazraj.

3. Peperangan As Sawiq pada tahun kedua Hijrah,Nabi s.a.w keluar mengekori kumpulan Abu Sya’ban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh baginda.

4. Pada 7 Zulhijjah tahun kelima Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al ‘Arjak.

5. Kelahiran Ibrahim putera Nabi s.a.w pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al Qibtiyah.

6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w mengerjakan ibadah Haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada’. Di sana baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.

7. Abu Bakar As Siddiq mengerjakan ibadah Haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w pada tahun 12 Hijrah.

8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.

9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Sya’ban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi ‘Arabah di Palestin.

10. Pada tahun 23 Hijrah, Khalifah Umar Al Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu’luah Al Majusi.

11. Pelantikan Uthman bin ‘Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar Al Khattab sebelum kematiannya.

12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.

13. Kematian Yahya bin Aktham seorang ulama dan panglima tentera Islam pada tahun 242 Hijrah di Rabdah, sebuah kota di pinggir Madinah semasa berusia 82 tahun, pernah menjadi hakim kota Basrah, kadi besar dan penasihat kerajaan.

Friday, November 11, 2011

ISTERI DERHAKA

TANDA ISTERI DERHAKA

Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.

Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:
"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.

Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:

Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)

Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."

Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)

Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.

Sunday, October 23, 2011

Malaikat mendatangi manusia semasa sakit

Malaikat mendatangi manusia semasa sakit

Jangan bersedih dalam sakit kerana itu adalah ujian dalam ibadah kita. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Allah SWT mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita semasa dalam sakit. B
erikut adalah penjelasannya:-
“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu semasa sihat dan semasa waktu senangnya.”
Ucapan Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda :- “Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”

Allah memerintahkan :
1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
2. Malaikat ke 2 untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya
3. Malaikat ke 3 untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.
4. Malaikat ke 4 untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah lalu berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”
Allah menjawab :- “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”
Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”
MasyaAllah, Laa Quwwata Illaa Billaah..

Tuesday, October 18, 2011

KIAMAT 2012????...

KIAMAT 2012- Jangan Percaya Hadis Palsu

Try tengok kalendar tahun 2012, 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat.
Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur. Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 sahaja. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akan berlaku pada 2012? WALLAHUALAM... Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui, ambil kesempatan ni perbanyakanlah amal ibadat kita dan perbaikilah amalan kita, sesungguhnya kita masih punya waktu untuk bertaubat selagi nyawa di badan. kita tak tahu sampai bilakah kita akan hidup di dunia yang fana ini. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.
Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:-
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”.
Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ”
Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)

Jawapan dari JAKIM:-
Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Da’if Jiddan (SANGAT LEMAH) atau Maudu’ (PALSU). Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas. Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar.
Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’:-“Tidak boleh seseorang pun berhujjah dengan hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban- keajaiban dan banyak yang dibawanya adalah Munkar.
Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat. Dia juga banyak mengambil hadith dari orang- orang yang tidak dikenali dan diragui. Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul). Wallahualam.
Semoga kita berhati2 dgn hadith2 seumpama ini dan menjaga nas syariah seperti yang sebenarnya.
Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah,
P.P (T.T)
______________________________________________________________
Ada 3 jawapan ulama yang ditanya tentang hadith ini dalam berbagai lafaznya dan mereka adalah:-
1. Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz, Bekas Mufti Arab Saudi (rahimahullah)
2. Prof. Dr. Shaikh Husam ‘Affanah, Prof. Fiqh dan Usul, Universiti al-Quds, Palestin (http://www.yasaloonak.net/)
3. Dr. Ash-Sharif Hatim bin ‘Arif al-’Awni, pensyarah Universiti Umm ul-Qura, Mekah
Ketiga-tiga ulama ini menjawab hadith-hadith seperti ini adalah sangat lemah, malah palsu. Oleh kerana jawapan-jawapan mereka panjang-panjang belaka dan penuh dengan hujjah dan keterangan menurut ilmu hadith, maka saya rasa wajar untuk menterjemahkan sebahagian daripada jawapan-jawapan mereka untuk pengetahuan semua.
Apabila ditanya tentang hadith di atas, jawapan:-
1. Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz: -
فهذا الحديث لا أساس له من الصحة، بل هو باطل وكذب، وقد مر على المسلمين أعوام كثيرة صادفت فيها ليلة الجمعة ليلة النصف من رمضان فلم تقع فيها بحمد الله ما ذكره هذا الكذب من الصحيحة وغيرها مما ذكر، وبذلك يعلم كل من يطلع على هذه الكلمة أنه لا يجوز تروج هذا الحديث الباطل، بل يجب تمزيق ذلك وإتلافه والتنبيه على بطلانه
“Hadith ini kesahihannya tidak berasas, malah ianya batil dan dusta! Telah berlalu banyak tahun di mana malam Jumaat jatuh pada pertengahan bulan Ramadan tetapi tiada apa pun yang telah berlaku, Alhamdulillah. Tiada hadith sahih yang menyebutkan kedustaan ini mahupun perkara-perkara lain yang disebutkan di dalam hadith ini. Dengan ini, setiap pembaca kata-kata ini tahu bahawa tidak boleh disebarkan hadith batil ini, malah ianya wajib dikoyak dan dihapuskan serta memberikan kesedaran tentang kebatilannya.”

2. Shaikh Husam ‘Affanah: -
رواه نعيم بن حماد في كتاب الفتن بسند ضعيف فيه محمد بن ثابت البناني قال فيه الحافظ بن حجر ضعيف وفيه ايضاً الحارث بن عبد الله الأعور الهمداني، قال فيه الحافظ ايضاً: كذبه الشعبي في رأيه ورمي بالرفض وفي حديثه ضعف.
وهذا الحديث ذكره صاحب كنز العمال وأشار إلى أن الحديث رواه نعيم وهذا الحديث على كل حال ضعيف ولا تقوم الحجة به.
وقد وردت روايات أخرى ضعيفة كرواية أبي أمامة عن الصيحة التي تكون في النصف من رمضان.. ذكره ابن الجوزي في الموضوعات وقال بعد أن ساقها بإسناده ” هذا حديث لا يصح.. قال العقيلي وهو متروك الحديث – يعني أحد رواته – وقال ابن حبان كان يسرق الحديث ولايحل الاحتجاج به وقال الدارقطني منكر الحديث.. الخ “.
وأما رواية الحاكم التي أشرت إليها فقد قال الذهبي عنها (ذا موضوع – أي مكذوب- ومسلمة ساقط متروك) وذكره ابن الجوزي في الموضوعات أيضاً.
وبهذا يظهر لنا أن الأحاديث لا تثبت عن الرسول صلى الله عليه وسلم وعلى الناس أن يحذروا من نشر الأحاديث الساقطة وإنما عليهم الرجرع إلى ما صح عن الرسول صلى الله عليه وسلم.
“Hadith ini diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad dalam kitab al-Fitan dengan sanad yang lemah, kerana di dalam sanadnya ada Muhammad bin Thabit al-Banani, yang dikatakan oleh al-Hafiz ibn Hajr: “Lemah”, dan di dalam sanad itu ada al-Harith bin Abdullah al-A’war al-Hamdani, yang dikatakan oleh al-Hafiz (Ibn Hajr): “Asy-Sya’bi berpendapat dia pendusta, dan dituduh sebagai Syiah dan hadithnya lemah.”
Hadith ini disebutkan oleh penulis kitab Kanz ul-’Ummal dan telah mengisyaratkan bahawa hadith yang diriwayatkan oleh Nu’aim ini adalah hadith lemah dan tidak boleh dijadikan hujah.
Wujud riwayat-riwayat lain yang lemah-lemah belaka, seperti riwayat Abi Umamah tentang suara di pertengahan bulan Ramadan. Ibn al-Jawzi menyebutkan hadith ini di dalam kitabnya al-Mawdu’at (Hadith-hadith palsu), dan berkata selepas menyebut sanadnya: ‘Hadith ini tidak sahih.’ Berkata pula al-’Uqaili: ‘Dia ini ditinggalkan hadithnya, iaitu tentang salah seorang perawinya.’ Berkata pula Ibn Hibban: ‘Dia biasa mencuri hadith, dan tidak boleh berhujjah dengannya.’ Berkata pula ad-Daraqutni: ‘Hadithnya Mungkar.’
Akhir jawapannya, Shaikh Husam berkata:- “Dengan ini, zahir kepada kita bahawa hadith-hadith ini tidak sabit daripada Rasulullah SAW dan orang ramai mesti berjaga-jaga daripada menyebarkan hadith-hadith yang lemah ini, dan hanya merujuk kepadda hadith yang sahih daripada Rasulullah SAW.”

3. Dr. Hatim al-’Awni: -
لهذا الحديث ألفاظٌ متعدّدة، وروايات عِدّة، وكلّها لا يصحّ منها شيء.
“Hadith ini mempunyai lafaz-lafaz yang banyak, dan riwayat yang berbeza-beza, dan semuanya tidak sahih belaka.”
Itulah sahaja yang sempat saya terjemahkan. Semoga kita dapat menyebarkan pembetulan ini dan lebih berhati-hati dalam menyebarkan apa sahaja yang dikatakan “SABDA RASULULLAH SAW”.
Sabda Rasulullah SAW:-
مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيثٍ يُرَى أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِينَ
“Sesiapa yang menceritakan hadith yang dilihat sebagai dusta, maka dia termasuk salah satu di antara dua orang yang berdusta.”- [Sahih Muslim]
Maksudnya, pendusta pertama adalah orang yang mencipta hadith ini, dan pendusta kedua adalah sesiapa yang menyebarkannya.
Sabda Rasulullah SAW:- مَن كَذَب عليّ مُتعمِّدًا فليتبوَّأْ مَقْعَدَهُ من النار
“Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempatnya di Neraka.”- [Sahih Muslim]
Oleh kerana itu, sahabat-sahabat nabi sangat berhati-hati dalam menyebutkan sesuatu itu daripada Nabi Muhammad SAW.
Adapun tentang 2012 yang banyak diperkatakan, ini adalah soal lain, dan perlu dikaji lebih mendalam, berdasarkan kepada hadith-hadith yang sahih, dan peristiwa-peristiwa dunia yang sudah, sedang dan akan berlaku.
Wallahu alam.

Thursday, September 29, 2011

AMALAN YG MENGHAPUSKAN DOSA

Amalan Ringan yang Akan Menghapus Dosa -Ditulis oleh alhabib


Manusia sering melakukan kesalahan dan lupa. Karenanya wajar jika kita kadang-kadang melakukan dosa karena melanggar batas-batas yang telah ditetapkan Allah untuk kita. Jika tidak dihapus, dosa-dosa semacam itu akan semakin menumpuk dan bisa menghitamkan atau menutup hati kita.

Syukur alhamdulillaah, kita memiliki Allah yang sedemikian penyayang dan Maha Pengampun. Yang Allah pinta hanyalah kembalinya kita kepada-Nya setelah kita melakukan dosa. Mengakui kesalahan kita, meminta maaf atas kekhilafan kita,memohon ampunan atas dosa kita, itulah yang Allah pinta. Sebagai gantinya Allah akan mengampuni kita dan menghapus dosa-dosa kita, berapa pun banyaknya.

Doa dan Dzikir Penghapus DosaBerikut ini adalah beberapa tuntunan Rasulullaah saw. tentang amal-amal yang akan menghapuskan dosa-dosa kita.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, r.a. bahwa Nabi saw. bersabda:

“Barangsiapa mengucapkan ‘ Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syaarikalahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qadiir‘ seratus kali akan memperoleh ganjaran sebagaimana membebaskan sepuluh budak, dan seratus kebaikan akan dicatatkan atasnya, dan seratus dosa akan dihapuskan dari catatan amalnya, dan ucapan tadi akan menjadi perisai baginya dari Syaithan pada hari itu hingga malam hari, dan tak ada seorangpun yang bisa mengalahkan amal kebaikannya kecuali orang yang melakukan amal yang lebih baik darinya.” [Shahih Bukhari]

“Barangsiapa yang membaca Subhanallah sehabis tiap bershalat -wajib- sebanyak tiga puluh tiga kali dan membaca Alhamdudillah sebanyak tiga puluh tiga kali dan pula membaca Allahu Akbar sebanyak tiga puluh tiga kali dan untuk menyempurnakan keseratusnya ia membaca: La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir, maka diampunkanlah untuknya semua kesalahan-kesalahannya, sekalipun banyaknya itu seperti buih lautan.” [Shahih Muslim]

“Barangsiapa yang mengucapkan: Subhanallah wa bihamdih -Maha Suci Allah dan dengan mengucapkan puji-pujian padaNya-, dalam sehari sebanyak seratus kali, maka dihapuskanlah dari dirinya semua kesalahan-kesalahannya (dosa-dosa kecil), sekalipun kesalahan-kesalahannya itu banyaknya seperti buih lautan.” [Muttafaq 'alaih]

Dari Abu Barzah Al-Aslami radhiyallahu ’anhu ia berkata: “Jika Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam hendak bangun dari suatu majelis beliau membaca: Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaa ilaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika (Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagiMu, aku bersaksi bahwa tiada ilah selain Engkau aku mohon ampun dan bertaubat kepadaMu)”. Seorang sahabat berkata: “Ya Rasulullah, engkau telah membaca bacaan yang dahulu tidak biasa engkau baca?” Beliau menjawab: “Itu sebagai penebus dosa yang terjadi dalam sebuah majelis.” [RIwayat Abu Dawud]
AMANAH ALLAH, APAKAH TELAH KITA TUNAIKAN?
AMANAH ALLAH


Allah berfirman: “ Sesungguhnya telah kami berikan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah tersebut dipikul oleh manusia.”

Amanah merupakan perintah taat yang mempunyai akibat dosa dan pahala. Menurut al-Qurthubi amanah bermaksud agama. Ibn Mas’ud pula membataskan maknanya kepada soal harta. Manakala Abu Darda’ mengatakan mandi junub termasuk di dalam pengertian amanah. Ibnu ‘Umar berkata awal-awal penciptaan manusia bermula dari faraj (kemaluan) nya dan ianya merupakan amanah yang mesti dugunakan secara benar. Sekiranya engkau menjaganya ia akan menjaga kamu. Bukan sekadar itu, telinga, mata, perut, tangan dan kaki semuanya adalah amanah. Tidak beriman bagi orang yang tidak mempunyai amanah.

Al-Hasan telah berkata: “Allah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung lalu Allah berfirman; “Jika engkau laksanakan dengan baik (amanah) maka bagi engkau pahala, sebaliknya jika tidak bagi engkau seksaan.” Lalu mereka berkata; “Kami tidak sanggup!” Mujahid berkata; “Ketika Allah menciptakan Adam, ditawarkan amanah itu kepadanya. Penawaran kepada langit, bumi dan gunung-ganang adalah berupa pilihan bukan ketetapan. Sedangkan penawaran kepada Adam adalah ketetapan.” Al-Qoffal dan lainnya berkata: “Penawaran di dalam ayat tersebut adalah suatu yang indah di mana langit, bumi, gunung sekalipun besar masih tidak sanggup menerima amanah sebaliknya manusia sanggup memikulnya.

Ibnu Abbas berkata amanah itu ditawarkan kepada Adam lalu dikatakan kepadanya; “Jika engkau taati engkau akan diampuni sebaliknya jika engkau derhaka engkau akan disiksa.” Adam menjawab; “Aku sanggup mentaatinya”. Namun tidakpun sampai pun beberapa jam Adam telahpun menderhakaiNya dengan mamakan buah khuldi yang ditegah untuknya.

Amanah merupakan manifestasi dari keimanan. Sesiapa yang menjaga amanah Allah, sudah pasti Allah akan menjaga imannya. Rasulullah SAW bersabda; “Tidak beriman bagi sesiapa yang tidak menunaikan amanah dan tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak menunaikan janjinya.”

Rasulullah SAW bersabda; “Dikatakan mukmin bagi seseorang yang tidak khianat dan tidak berdusta.” Sabdanya lagi; “Umatku sentiasa baik selama mana tidak menjual amanah dan menggadaikan kejujurannya.”

Baginda bersabda lagi; “Berikanlah amanah kepada orang yang mempercayaimu dan janganlah mengkhianati orang yang mengkhianatimu.” Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah bersabda; “Tanda orang munafik itu tiga; jika berkata ia berbohong, jika berjanji ia mengengkarinya dan jika diberikan amanah ia berlaku khianat.”

Siapakah yang dipertanggungjawabkan terhadap segala amanah?

Persoalan inilah yang sewajibnya kita renungi kerana setiap orang daripada kita mempunyai amanah yang wajib dilaksanakan terhadap yang empunya haknya. Tidak mengira siapa diri kita samada seorang pemimpin negara, raja mahupun menteri, wakil parlimen atau DUN, ketua pejabat atau jabatan, ketua kampong atau taman, imam masjid dan surau, ketua keluarga bahkan diri sendiri semuanya adalah pemimpin bagi ahlinya. Maka berwaspadalah terhadap setiap amanah yang dipikul. Status atau jawatan bukan satu kebanggaan bahkan amanah.

Nabi SAW bersabda; “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan dipertanggungjawbkan atas kepimpinannya.”

Di dalam Zahru al-Riyadh menyebutkan, pada hari kiamat seorang hamba dihadapkan kepada Allah SWT lalu Allah SWT berfirman; “Apakah engaku telah menunaikan amanah kepada fulan (tanggungannya atau ahlinya)? “Tidak ya Tuhanku.” Kemudian Allah memerintahkan malaikat menyeret dan menghumbankannya ke Neraka jahannam. Ia melihat amanah di dalam Jahannam lalu ia terjun key dalamnya selama tujuh puluh tahun sehingga ke pertengahannya. Kemudian ia membawa naik amanah sehingga ke permukaan lalu tergelincir semula kakinya lalu jatuh semula ke dalam Jahannam dan begitulah hal keadaanya berulang-kali sehinggalah datang Rahmat Allah berkat syafaat Rasulullah SAW kepada umatnya dan keredhaan dari tanggungan atau ahlinya.”

Dari kisah di atas, mari kita muhasabah kembali tentang segala amanah yang kita pikul. Diri kita ada amanah iaitu;

7 pancaindera - Mata, telinga, lidah, tangan, kaki, perut, kemaluan. Di mana dan kemanakah kita gunakan anggota-anggota ini? Untuk beribadah atau untuk melakukan dosa? Memastikan kesemua anggota ini digunakan untuk beribadah dan meninggalkan dari berbuat dosa merupakan amanah.

Isteri dan anak-anak dan mereka yang berada di bawah tanggungan – Di manakah mereka dan apakah yang mereka buat? Ilmu agama mereka, kesempurnaan aqidah dan ibadah mereka bagaimana? Atau mereka dalam keadaan jahil agama lalu mereka melakukan dosa dan kesalahan? Memastikan isteri, anak-anak dan tanggungan sentiasa taat kepada perintah agama samada beribadah dan tinggalkan dosa merupakan amanah.

Pekerjaan dan usaha mencari keperluan hidup – Bagaimanakah pekerjaan kita, terlepaskah dari terlibat dengan urusan yang diharamkan oleh Allah atau yang syubahat? Terlibat yang diharamkan mungkin jenis pekerjaan, tempat pekerjaan dan urusan pekerjaan. Memastikan pekerjaan terselamat dari yang haram dan syubhat adalah amanah.

Harta yang diperolehi, dimiliki dan yang dibelanjakan – Bagaimanakah harta yang diperolehi, adakah bersumber dari pekerjaan yang haram atau syubahat? Apakah kita berlaku zalim mengambil harta atau hak orang lain? Apakah harta yang dimiliki tidak dikeluarkan zakat darinya? Atau ke manakah harta dibelanjakan, berapakah yang kita belanjakan untuk agama Allah, membantu anak-anak yatim dan orang-orang yang lebih susah seperti fakir miskin dan sebagainya? Memastikan harta dimanfaatkan untuk sara hidup keluarga dan tanggungan, keluar zakat, infaq dan sedekah merupakan amanah.

Orang-orang yang berada di bawah kepimpinan kita – Bagamanakah hal keadaan mereka? Urusan dunia dan akhirat mereka macamana? Adakah mereka tunduk kepada syariat Allah atau menentangnya? Memastikan mereka selamat di dalam urusan dunia dan akhirat, bagi pemimpin ia merupakn amanah.

Wallahua’alam

http://khairuz67.multiply.com/journal/item/73
Dicatat oleh IBNU MUSLIM di 4/26/2011 12:28:00 PM 0 ulasan Pautan pada catatan ini Label: TAZKIRAH
Reaksi:

Isnin, 25 April 2011
Wanita Ahli Syurga Dan Ciri-Cirinya




Setiap insan tentunya mendambakan kenikmatan yang paling tinggi dan abadi. Kenikmatan itu adalah Syurga. Di dalamnya terdapat bejana-bejana dari emas dan perak, istana yang megah dengan dihiasi beragam permata, dan berbagai macam kenikmatan lainnya yang tidak pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga, dan terbetik di hati.

Dalam Al Qur’an banyak sekali ayat-ayat yang menggambarkan kenikmatan-​​kenikmatan Syurga. Di antaranya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman :

“(Apakah) perumpamaan (penghuni) Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang bertakwa yang di dalamnya ada sungai-sungai dari air yang tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai-sungai dari khamar (arak) yang lazat rasanya bagi peminumnya, dan sungai-sungai dari madu yang disaring dan mereka memperoleh di dalamnya segala macam buah-buahan dan ampunan dari Rabb mereka sama dengan orang yang kekal dalam neraka dan diberi minuman dengan air yang mendidih sehingga memotong-​​motong ususnya?” (QS. Muhammad : 15)

“Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dulu (masuk Syurga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah). Berada dalam Syurga kenikmatan. Segolongan besar dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Mereka berada di atas dipan yang bertahtakan emas dan permata seraya bertelekan di atasnya berhadap-​​hadapan.​​ Mereka dikelilingi oleh anak-anak muda yang tetap muda dengan membawa gelas, cerek, dan sloki (piala) berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir, mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.” (QS. Al Waqiah : 10-21)

Di samping mendapatkan kenikmatan-​​kenikmatan tersebut, orang-orang yang beriman kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala kelak akan mendapatkan pendamping (isteri) dari bidadari-​​bidadari Syurga nan rupawan yang banyak dikisahkan dalam ayat-ayat Al Qur’an yang mulia, di antaranya :

“Dan (di dalam Syurga itu) ada bidadari-​​bidadari yang bermata jeli laksana mutiara yang tersimpan baik.” (QS. Al Waqiah : 22-23)

“Dan di dalam Syurga-Syurga itu ada bidadari-​​bidadari yang sopan, menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (​​penghuni-​​penghuni Syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.” (QS. Ar Rahman : 56)

“Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.” (QS. Ar Rahman : 58)

“Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (​​bidadari-​​bidadari)​​ dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (QS. Al Waqiah : 35-37)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam menggambarkan keutamaan-​​keutamaan wanita penduduk Syurga dalam sabda beliau :

“ … seandainya salah seorang wanita penduduk Syurga menengok penduduk bumi niscaya dia akan menyinari antara keduanya (penduduk Syurga dan penduduk bumi) dan akan memenuhinya bau wangi-wangian. Dan setengah dari tudung (khimar) wanita Syurga yang ada di kepalanya itu lebih baik daripada dunia dan isinya.” (HR. Bukhari dari Anas bin Malik radliyallahu 'anhu)

Dalam hadits lain Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda :

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorang pun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nombor 1557)



Apakah Ciri-Ciri Wanita Syurga

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan lelaki dan bidadari-​​bidadari sahaja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?

Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk Syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :

1. Bertakwa.
2. Beriman kepada Allah, Malaikat-​​Malaikat-​​Nya,​​ Kitab-​​Kitab-​​Nya,​​ Rasul-​​Rasul-​​Nya,​​ hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik ataupun yang buruk.
3. Bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.
4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahzwa Allah melihat dirinya.
5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.
6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika bersendirian atau bersama orang ramai dan berdoa kepada Allah semata.
7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.
8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.
9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.
10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.
11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan keburukan orang lain (ghibah).
13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.
14. Berbakti kepada kedua orang tua.15. Menyambung silaturahmi dengan keluarga kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita Ahli Syurga yang diambil dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan tetapi ciri-ciri wanita Ahli Syurga seluruhnya termasuk dalam kerangka metaati kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah Ta’ala berfirman :

“ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (QS. An Nisa’ : 13)

Semoga Kita Dapat Menggapainya!

Sunday, September 11, 2011

KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU

KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU

Assalamualaikum w.b.r ,
Semoga sentiasa di dalam keredhaan Ilahi dan tekun mengerjakan
segala perintahNya dengan khusu' dan tawaddu'. Bersama-sama ini disertakan
cerita mengenai sembahyang waktu yang kita amalkan setiap hari. Semoga
melalui cerita ini akan menambahkan lagi keimanan kita terhadap Ilahi.

KISAH RAHSIA DI SEBALIK SEMBAHYANG LIMA WAKTU.
Ali bin Abi Talib r.a berkata :- "Sewaktu Rasullullah S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar,maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata : 'Ya Muhammad, kami hendak tanya kepada kamu kalimat- kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.'

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda:- 'Silakan bertanya.

Berkata orang Yahudi:- 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah S.A.W. :- 'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada tuhanNya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi,
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S.,
maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isya' itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul
sebelumku,Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya tiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:- 'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.

Rasullullah S.A.W bersabda:- 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:- 'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.'

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud:- 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan, sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima.
Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta
sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah S.A.W.:- 'Sembahyang Isya' (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk menyeberangi titi sirath.'

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya:- 'Sembahyang Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu:
1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata: 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
S.A.W. Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'.

Sabda Rasullullah S.A.W.:-'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang
dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama
30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S.
berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan diwaktu malam itu adalah
sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.'

Kata orang Yahudi: 'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan
itu.

Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan
dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh
perkara:-
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh
dengan makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringan baginya siksa kubur ( siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang
titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga.'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan
kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi.'

Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Seorang nabi mengunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya
gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi: 'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah kami percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah).'

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah
berita gembira kepada orang2 yang sabar." (Al-Baqarah : 155)

Saturday, September 03, 2011



''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus..
'' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung…
'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….
Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..
'' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....