Showing posts with label Kisah Nabi dan Rasul Allah. Show all posts
Showing posts with label Kisah Nabi dan Rasul Allah. Show all posts

Tuesday, December 06, 2011

25 Nabi/Rasul

25 NABI dan RASUL

Beriman kepada rasul dan nabi merupakan Rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah SWT telah mengutuskan para rasul dan nabi kepada manusia ke dunia ini bagi menunjukan jalan ke arah kebenaran dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Para rasul dan nabi yang terdiri daripada kalangan manusia bermula dengan Nabi Adam A.S dan berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W sebagai penutup bagi nabi dan rasul terakhir.
Perbezaan Nabi dan Rasul. Rasul diutuskan kepada seluruh manusia sedangkan nabi hanya untuk kaumnya sahaja. Semua rasul adalah nabi, tetapi tidak sebaliknya.

Jumlah rasul-rasul dan nabi-nabi adalah banyak. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui bilangan mereka itu. Setiap rasul adalah nabi tetapi nabi itu bukannya rasul. Jumlah para rasul ialah 313 orang. Hanya 25 orang rasul sahaja yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam.

Firman Allah SWT:
"Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan beberapa orang rasul sebelumnya (Wahai Muhammad). Diantaranya itu adalah kami ceritakan riwayat hidupnya dan ada juga yang kami tidak ceritakan" (Surah An-Nisa:164)

25 Nabi/Rasul seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran iaitu:-
1. NabiI Adam A.S
2. Nabi Idris A.S
3. Nabi Nuh A.S
4. Nabi Hud A.S
5. Nabi Saleh A.S
6. Nabi Ibrahim A.S
7. Nabi Luth A.S
8. Nabi Ismail A.S
9. Nabi Ishak A.S
10. Nabi Yaakub A.S
11. Nabi Yusuf A.S
12. Nabi Ayub A.S
13. Nabi Syu'aib A.S
14. Nabi Musa A.S
15. Nabi Harun A.S
16. Nabi Daud A.S
17. Nabi Sulaiman A.S
18. Nabi Ilyas A.S
19. Nabi Ilyasa' A.S
20. Nabi Yunus A.S
21. Nabi Zulkifli A.S
22. Nabi Zakaria A.S
23. Nabi Yahya A.S
24. Nabi Isa A.S
25. Nabi Muhammad SAW

Monday, December 05, 2011

KISAH CUBAAN MENCURI DAN GAMBAR MAKAM NABI ALLAH

Cubaan Mencuri Dan Gambar Makam Nabi Allah




1-CUBAAN PERTAMA SEMASA PEMERINTAHAN AMRULLAH AL-UBAIDI
Penyamar dari Mesir dan telah dibunuh oleh kaum kerabatnya. Allah menghantar taufan dan gempa bumi ke Bandar Madinah

2-CUBAAN KEDUA SEMASA PEMERINTAHAN AL-UBAIDI
Mereka menghantar orang yang tertentu dan berkerjasama dengan penduduk yang tinggal berhampiran kubur nabi dengan mengorek lubang ke arah kubur nabi, dengan izin Allah ada suara memberitahu perbuatan khianat tersebut maka Allah mengancangkan bumi Madinah.

3-PERANCANGAN RAJA-RAJA NASRANI DENGAN KOMPLOT DARI NASRANI MAGHRIBI.
Pemimpin Islam yang bernama Nuruddin Zanki bermimpi dan mengetahui perancangan tersebut lalu bertindak dan memang terdapat dua orang Maghribi yang berpura-pura beribadat di dalam Masjid Nabawi , mereka ditangkap. Penguasa Nuruddin telah membina penghadang daripada besi untuk keselamatan jasad Rasulullah.

4-SEKUMPULAN NASRANI DATANG BERSAMA JEMAAH HAJI DENGAN NIAT MENCURI JASAD RASULULLAH.

Mereka tidak berjaya dan telah ditangkap oleh penduduk Islam semasa mereka pulang bersama jemaah haji.

5-PADA KURUN KE-9 HIJRAH
40 lelaki cuba melarikan jasad Baginda tetapi dapat ditangkap oleh penguasa Islam zaman tersebut.

wallah hualam:)