Showing posts with label Kek/Cake. Show all posts
Showing posts with label Kek/Cake. Show all posts

Friday, May 06, 2011

ALI CAFÉ SWISSROLL


ALI CAFÉ SWISSROLL
BAHAN A :-)
2 putih telur- gred A
1/8 camca teh cream of tartar
35 gram gula castor
BAHAN B :-)
40 gram tepung halu/tepung gandum*
1/8 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
20 ml minyak jagung
2 kuning telur- gred A
15 ml air
20 gram gula kastor
Secubit garam
1 Sacet Ali Café 4 in 1 instant coffee
Sedikit ceri hijau untuk tabur
BAHAN C :-)
2-3 cambca besar jem tin/ kegemaran
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang kek berukuran 8 inci x 8 inci dengan minyak, alas dengan baking paper, lenser juga kertas tu, ketepikan. Satukan semua bahan B dan kacau rata dengan whisk hingga sebati, ketepikan. Putar bahan A hingga kental, kemudian masukkan ke dalam adunan bahan A dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga sebati. Tuang dalam loyang kek, ratakan, taburkan sedikit ceri hikau diatasnya dan bakar 15-20 minit, bergantung pada oven masing- masing. Keluarkan dari oven, terbalikkan kek dan buang kertas alasnya. Biar 5 minit, sapukan jem dan gulung kemas2. Sedia untuk dihidangkan.
Note:-Bahan C ( iaitu jem) boleh digantikan dengan whipped cream kalu suka tapi lepas sapu whipped cream tak boleh terus potong, simpan dalam peti sejuk lebih kurang 1 jam sebelum dipotong dan hidangkan.

Tuesday, April 19, 2011

Swiss Roll

Ari ni aku masih ada tetemu kat umah. Hah!..tak tau nak buat apa bagi depa makan sebab depa ni bukan sama tekak dengan kita dan yang paling susah tu depa ni susah nak terima makanan kalu depa tak pernah makan atau tengok. Memang FENING and FUSING kepala otak aku 360darjah nak fikirkan juadah untuk depa..
Nengok budak-budak (anak kakak ipar) tergolek tengok Tv rasa kesian dan sedih pulak..aku gagahkan diri aku ke dapo buat kek Swiss Roll sebab bebudak dan mak budak ni memang suka makan kek. Harap-harap kali ni menjadilah roll aku sebab pernah buat dulu merekah and lastly dustbin jer yang tersenyum kekenyangan dan aku menangis kesedihan basuh perkakasan dan tak seh nak makan kek yang buruk ghope nye..
Alhamdulillah usahaku hari ni menjadi dan tak sia-sia, kalu tak bikin malu anna saja. Allah tahu nawaitu/niat kita sebab tu dia permudahkan. Usaha tangga kejayaan....Bersemangat aku nak buat swiss roll sekali lagi. Budak-budak dan mak budak pon hepi makan sambil hirup kopi arab yang pahit. Kek ni memang soft, rich and not so sweet...Aku memang tak gemar kalu nak makan makanan yang manis sangat sebab rasa geli kat tekak nak menelannya and kemanisan kek ni kira ok la..

Bahan-bahanya:-
70g tepung halus( kalu tak de korang guna tepung gandum je)*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
50g gula halus
60ml sun flower oil
1 cmt ovallate
1 cmt esen vanilla
Sedikit pewarna
Jem secukupnya (saya guna strawbery jem)
Cara-caranya:-
Panaskan oven pada suhu 175C, sediakan loyang swiss roll berukuran 7 inci x 10 ini, alas dengan kertas minyak, sapu sedikit mentega pada kertas minyak tadi. Ketepikan.
Satukan semua bahan2 diatas kecuali, minyak, jem blueberry dan pewarna. Putar dengan kelajuan perlahan hingga semua sebati, kemudian tukar pada kelajuan tinggi dan putar hingga kembang dan pekat.
Tuang minyak dan gaul rata gunakan spatula. Asingkan 3 camca besar adunan tadi dan selebihnya tuang dalam loyang dan ratakan. Campur warna violet tadi dalam adunan yang diasingkan, kacau rata dan masukkan dalam plastik bersih. Gunting bucu plastik dan paipkan secara melintang atas adunan dalam loyang tadi. Buat beberapa garisan.
Lorekkan garisan tadi, secara berlawanan. Bakar 18 - 20 minit. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk sedikit (dalam 2 minit macam tu). Terbalikkan atas plastik cling yang telah dibentang. Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan jem blueberry rata2. Gulung kemas dan biar sekejap. Boleh dipotong untuk dimakan...

Friday, April 15, 2011

Pudding Caramel Cake..

Dah lama tak buat dan makan Pudding Caramel Cake..Dah lama gak saya dok intai rumah orang nampak kek ni versi belang- belang, keinginan nak buat tu ada 6 bulan lalu, cuma MALAS je..tapi dua hari semalam gahahkan diri buat untuk mak mertua. Saja nak kasi mak mertua makan air tanganku sebelum dia balik Syria this saturday..tapi sikit frust sebab puddingnya lebih tebal dari kek sampai tak nampak belang kat bawah tu. Satu setengah tahun yang lepas dah 3 kali buat versi plain sama gak hasilnya..insyallah next time nak buat double kek biar tebal sikit baru cun..Kalau tak salah resepi ni saya dapat dari Yani kat MY RESIPI..
Walau macam mana pun kek ni memang sedap..10Q Yani for the resepi.
saja tonggeng bagi nampak kek belang kat bawah tu..

PUDDING CARAMEL CAKE ( 20cm )
A) Karamel :-
60g gula
1cmb air
2cmb air

Puding :-
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila

Kek span :-
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan

How to prepare:
Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
Karamel:- Panaskan gula dgn 1cmb air hingga perang. Masukkan 2cmb air,tutup api dan tuangkan semasa masih panas dlm loyang (saya buat karemel ni direct dengan memanaskan gula terus dalam loyang kek jer..)

Puding:- Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.Masukkan telur dan vanila ke dlm mangkuk.Pukul sedikit dan tuangkan susu panas tadi perlahan2 ke dlm mangkuk sambil dikacau perlahan2 supaya tak berbuih dan tapiskan terus ke dlm loyang karamel tadi.

Kek span:-
Asingkan putih dan kuning telur.
Pukul telur putih dgn ½ gula sehingga kembang.
Pukul pula telur kuning dgn ½ gula lagi sehingga berkrim.
Campurkan kedua2 adunan telur tadi, pukul perlahan2 hingga sebati.
Ayak tpg ke dlm manggkuk adunan.
Kacau dgn spatula, kaup balik.
Akhir sekali masukkan butter cair dan kacau hingga sebati.
Tuangkan adunan kek ke dlm loyang puding.
Masukkan air panas ke dlm dulang oven.
Bakar selama 40-45 minit (water bath) atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.
Sejukkan sepenuhnya sebelum keluarkan puding/kek dari loyang dan simpan dalam peti sejuk.