Showing posts with label INFORMATION/ PICTURE/ VIDEO. Show all posts
Showing posts with label INFORMATION/ PICTURE/ VIDEO. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

KHASIAT TAUGE YANG KITA TAK TAHU..



Ada beberapa teman Indonesia Lydia member tahu kalau nak anak atau banyak anak kena makan Tauge banyak- banyak. Nak tergelak pon ada dengar kenyataan ni..Lydia tanya asal lak makan tauge boleh cepat dapat anak atau banyak anak, jawab mereka kerana tauge ni cepat bercambah..hehehheee.. Rasa macam cerota dongeng pulak tapi bila di Google kat net ternyata amalan serta percakapan mereka bukan mitos tapi telah dibuktikan oleh saintis..

Bukan apa hidangan tauge ni dianggap sebagai sajian makan murahan dan langsung tidak menyelerakan Tapi tahukah anda, tauge yang selalu di gandingkan dengam mee, meehoon atau mee ni sebenarnya mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri seperti:-

1. Cegah Kanser

Taugeh yang terdiri daripada jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya yang mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

2. Baik Untuk Wanita

Tauge juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Kesuburan

Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Mengurangkan Lemak

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau 'lemak jahat' LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran

Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Awet Muda

Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Selepas membaca kebaikan tauge ni janganlah pandang tauge ni sebelah amta jer ya..jom kita amalkan makan tauge selalu kerana ia mempunyai banyak manafaat serta khasiat dan jua ianya murah.

Saturday, August 18, 2012

SALAM LEBARAN..


Assalamualikum dan salam lebaran buat semau family mahupun teman- teman tak kira di mana berada. Esok kita akan menyambut hari raya aidil fitri.. Tahun ni Lydia beraya di Kuwait lagi. Sedihnya sebab tak dapat bersama keluarga di Malaysia. Kerinduan pada keluarga, kampung halaman dan tanah air sendiri bersarang di dalam hati. Terbayang ketika ini kesibukan ibuku dan tok membalut ketupat palas dan membuat rendang.. Kalau Lydia berada di Malaysia Lydia hanyalah orang yang sibuk menemas rumah saja kerana kerja daput tak tahu nak tolong sebab dulu tak pandai masak. Kalau lebih po setakat kopek kelapa dan pergi beli barang dapo tu sudah menjadi kerjaku.
Ya Allah kuatkalah hatiku dan keluarga ku serta berilah kegembiraan buat mereka walaupun Lydia jauh di perantauan...

"Dalam dingin subuh hatiku terluka..
kenang nasib diri di rantauan.."
Tiap kali raya lagu sudirman ni membuatkan hatiku bergelora seganas Tsunami..

Buat teman- teman/ pengunjung Blog ni Lydia ambil kesempatan di kejauhan ini untuk memohon ampun ampun dan maaf andai kata ada yang tersinggung perasaan atau ada resepi- resepi yang Lydia pernah cuba tapi tak add nama anda kerana terlupa siapakah empunya resepi.. harap halalkan ya.


Wednesday, August 01, 2012

KELEBIHAN KURMA

Assalamualikum dan salam sejahtera semua...
Walaupun Ramadhan dah masuk hari yang ke 12 baru nak keluar N3 kurma.. actually N3 ni dah bertahun tersimpan kat draft cuma tak terkeluar je ilmu karun ni...


Buah Kurma atau dalam bahasa Arab, tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit. Sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Ianya boleh dimakan mentah atau dimasak. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah SAW yang lain maksudnya: Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan

Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Justeru itu disunatkan kita untuk berbuka puasa dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala sewaktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga, kerana makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mulalah mengantuk.

Berdasarkan hadis ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :- "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah SAW akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata :- "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :-
Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jikalau kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat ianya amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia dapat melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah amat mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit sahaja.


Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan minda serta daya ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin kerana pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.
Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Melalui petua tertentu, kurma dimakan bersama badam dan madu untuk menyembuhkan penyakit. Kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, kurma dibuang biji dan diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Kurma juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.


Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah, Wallahualam..










Saturday, January 21, 2012

DURIAN BELANDA BUAH AJAIB..

Artikel ini saya pada kali ni nak saya kongsikan mengenai khasiat buah Durian Belanda, setakat mana kebenarannya, Allahu a'lam. Tapi tak salah rasanya kalau kita cuba sebagai ikhtiar.
Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh sel kanser yang ajaib, iaitu 10 000 kali lebih kuat dari kemoterapi. Tetapi kenapa kita tidak tahu?
Pokok Durian Belanda rendah. Di Brazil dikenali "Graviola", di Sepanyol dikenali "Guanabana", bahasa Inggerisnya "soursop" dan bahasa Melayunya "durian belanda".
Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isinya berwarna putih, rasanya masam-masam manis. Cara memakannya dengan membuka kulitnya, hanya isinya sahaja yang dimakan.
Buah ini berfungsi sebagai anti-tumor / anti-kanser yang sangat kuat dan telah terbukti secara perubatan, buah ini dapat menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, ia juga berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-fungi, dapat melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kadar depressi, menurunkan kadar stress dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Orang-orang Amerika percaya bahawa Health Sciences Institute adalah institut yang membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang mereka perolehi adalah "Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh sejenis pohon ajaib yang dapat mengubah cara berfikir kita, doktor dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Berdasarkan kajian dilakukan, pohon ajaib dan buahnya ini dapat :

- Menyerang sel kanser dengan efektif tanpa rasa mual, penurunan berat badan dan keguguran rambut seperti yang berlaku kepada mereka yang menjalankan kemoterapi
- Melindungi sistem immune (pertahanan) tubuh dan mencegah daripada jangkitan-jangkitan yang merbahaya
- Pesakit akan merasa lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan dan penyembuhan
- Peningkatan tenaga dan penampilan luaran yang semakin baik
Sumber berita ini diterima dari syarikat ubat terbesar di Amerika. Buah Graviola ini telah diuji di lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an. Hasil ujian tersebut, ekstrak buah ini adalah :
- Memilih target dan membunuh sel jahat secara efektif dari 12 jenis kanser yang berbeza diantaranya kanser usus besar, payudara, prostat, paru-paru dan pankreas.
- Kekuatannya 10 000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan kemoterapi yang biasa digunakan
- Tidak seperti kemoterapi, ekstrak buah ini hanya membunuh sel-sel jahat dan tidak membahayakan atau membunuh sel-sel sihat.

Kenapa kita tidak tahu?
Semuanya berkaitan dengan ekonomi, keuntungan dan banyak lagi. Jawapan yang mereka beri mudah, "kesihatan dan kehidupan kita semuanya dikendalikan oleh orang yang memiliki kekayaan dan kekuasaan".

Akan tetapi seorang ilmuwan dari kumpulan pengkaji tidak mahu melakukan kekejaman terhadap manusia. Dia mengorbankan kariernya, lalu menghubungi pengusaha yang mampu mengumpul bahan-bahan dari hutan Amazaon untuk pembuatan ubat. Health Sciences Institute telah melakukan kajian tersebut. Terbukti Graviola sebgai pohon pembunuh kanser yang efektif.

The National Cancer Institute telah melakukan kajian yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun, dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Tetapi hasil kajian tidak dipublisitikan.

The Journal of Natural Products menyatakan kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan menyebut salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10 000 kali lebih kuat berbanding Adriamycin dan kemoterapi.

Kajian di Purdue University membuktikan bahawa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara efektif terutama sel kanser prostat, pankreas dan paru-paru.

Cerita lengkap mengenai Graviola boleh didapati dalam Beyond Chemotherapy : New Cancer Killers, Safe as Mother's milk, sebagai free special bonus terbitan Health Sciences Institute.

Rahsia – Khasiat Durian Belanda
By: PakarHowTo


Ramai yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.
Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan yang inginkan zuriat.
Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit hati (bukan sakit hati yer...).

Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat cirit-birit.

Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser perut.
Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan/ stress.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf.
Durian belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa, reticuline dan tannin.

Tips : Untuk menikmati buah durian belanda dengan lebih enak lagi, sejukkan isi buah di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum makan.

Sunday, January 15, 2012

BAU AIR MANI PADA DEBUNGA KURMA

BAU AIR MANI PADA DEBUNGA KURMA

Asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melentuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina .


Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin.

Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Memadai bagi sesebuah kebun jika ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, agaknya sebab tenaga arab memang kuat.

Subhanallah memurut info yang saya baca debu debunga jantan mempunyai sedikit bau jika digosok pada tapak tangan kita.
Bau apa? "Masya-Allah bau air mani,". (Wallahualam..nanti kaalu berpeluang nak juga try..cium). Bau air mani seperti manusia. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "

Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t.. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini.

Memang sepanjan 6 tahun pemerhatian saya di bumi arab ni memang saya tak pernah nampak buah tamar dihurungi lalat atau semuat. Selalunya saya selalu membeli yang menta dan membiarkan beberapa hari supaya masak dan kurma jenis ini dipanggil rotab.. Nak tahu bagai mana rupa kurama segar atau rotab..tunggu N3 saya yang akan datang insha'Allah..

Thursday, January 12, 2012

KHASIAT BUAH DELIMA

KHASIAT BUAH DELIMA
“Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima,yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” – Al-An’am:99

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah ke California.Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya.

Dalam banyak budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar.Dalam zaman Nabi Musa AS, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari kekata Perancis yang bermakna epal yang berbiji.Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.

Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah SWT
Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium,riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.

Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas pengahadhaman.
(dari buku Plants Of The Quran oleh Dr M I H Farooqi)

(HERBAL PENGOBATAN HIV-AIDS) RAGAM KHASIAT/MANFAAT TANAMAN “DELIMA”: Untuk pengubatan HIV, Demam Berdarah, suara serak, sakit di tenggorokan, cacingan, perut kembung, rematik, sering buang air kecil, menurunkan tekanan darah tinggi, bahkan menurunkan berat badan.

Khasiat delima boleh juga menurunkan berat badan., cacingan, dan bunga delima juga ber potensi mengubati berbagai penyakit seperti, dapat digunakan mengobati sariawan, DR Muhammad Tarqib, herbal AIDS, HERBAL HIV. Khasiat delima, kulit akar, kulit buah, KULIT KAYU, manfaat delima, menurunkan tekanan darah tinggi, obat Aids, obat hiv, PENELITIAN HIV, PENGOBATAN ALTERNATIF HIV, perut kembung, rematik, sakit di tenggorokan, sering buang air kecil, Demam Berdarah, sariawan, suara serak, sakit di tenggorokan, cacingan, menurunkan tekanan darah tinggi, bahkan menurunkan berat badan.

Khasiat delima tidak hanya pada buahnya dan biji saja. Sejumlah penelitian membuktikan kulit kayu, kulit akar, kulit buah, dan bunga delima juga berpotensi mengubati penyakit. Contohnya bunga delima, dapat mengobati radang gusi dan bronkitis. Begitu dengan bagian kulit buah yang oleh masyarakat Cina disebut shi liu pi, merupakan ubat alami mengatasi radang tenggorokan, radang telinga, keputihan dan perdarahan.Bunga delima ini kini menjadi perhatian para ilmuwan kedoktoran karana berpotensi mengendalikan penyebaran infeksi di dalam tubuh, termasuk infeksi karena virus HIV penyebab penyakit AIDS.

Jadi, masih tidak tertarikkah anda untuk memakan delima?

Resep Pengobatan tradisional dengan delima
Sering buang air kecil
Sediakan 1 buah delima masak yang masih segar lalu ambil isi berikut bijinya. Tambahkan segenggam kucai yang sudah dicuci bersih dan dipotong seperlunya. Rebus bahan dengan 3 gelas air bersih sampai tinggal separuh. Setelah dingin tapis dan minum 2 kali sehari, 3/4 gelas.

Keputihan
Sediakan 30gm kulit delima kering dan 15g herba sambiloto kering(tak paham bahasa Indo apa benda tu..?). Cuci bersih, lalu rebus dengan 1 liter air, sampai airnya separuh airnya. Setelah sejuk, tapis air rebusan. Lalu bahagi menjadi 3 bagian untuk diminum 3 kali sehari, pagi, petang dan malam. Ramuan ini juga dapat digunakan untuk mencuci vagina.

Batuk yang sudah berlangsung lama
Sediakan buah delima yang belum terlalu masak. Di malam hari sebelum tidur kunyah bijinya sampai halus, setelah itu buang dan jangan ditelan.

Menurunkan berat badan
Sediakan 2biji buah delima yang masih muda. Ambil isinya, lalu tumbuk sampai halus. Tambahkan setengah cawan air masak dan sedikit garam. Ramas sampai rata lalu perah dengan kain. Minum air perahan sekaligus. Lakukan setiap hari sampai kelihatan hasilnya.
Sumber : human health

Rahasia Penciptaan Buah Delima
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud:- ” Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”. [Surah al Rahman ayat 68].

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An’am ayat 99 dan ayat 141.

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut.

Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk.

Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud: “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”. Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja.

Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.
dikutip dari: http://anizyn.blogspot.com/2009/12/khasiat-delima.html

Komposisi Gizi
Umumnya orang mengenal delima karena bentuk buahnya yang menarik, sehingga sering disajikan di meja untuk dimakan segar, tanpa memperhatikan khasiatnya. Buah yang sudah matang mengandung vitamin dan mineral yang bermanfaat bagi tubuh.

Komposisi gizi per 100 gram bagian yang dapat dimakan dari buah delima adalah: energi 68 kkal, air 81 g; protein 0,95 g; lemak 0,3 g; karbohidrat 17,2 g. Komposisi gizi secara lebih rinci dapat dilihat pada tabel.

Komposisi Gizi per 100 gram Buah Delima
Komponen Gizi
Air (g)-80,97
Energi (kkal)-68
Protein (g)-0,95
Lemak (g)-0,3
Karbohidrat (g)-17,17
Serat (g)-0,6
Kalsium (mg)-3
Besi (mg)-0,3
Magnesium (mg)-3
Fosfor (mg)-8
Kalium (mg)-259
Natrium (mg)-3
Seng (mg)-0,12
Tembaga (mg)-0,07
Selenium (mkg)-0,6
Vitamin C (mg)-6,1
Thiamin (mg)-0,03
Riboflavin (mg)-0,03
Niasin (mg)-0,3
Asam pantotenat (mg)-0,596
Vitamin B6 (mg)-0,105
Asam folat (mkg)-6
Fitosterol (mg)-17
Sumber: www.asiamaya.com


Kandungan lainnya adalah gula inversi 20 persen (5-10 persen di antaranya berupa glukosa), asam sitrat (0,5-3,5 persen), asam borat, dan asam malat. Kombinasi tersebut menyebabkan buah delima berasa manis-asam menyegarkan. Asam malat juga bermanfaat untuk memperlancar metabolisme karbohidrat.

Mineral yang paling dominan adalah kalium (259 mg/ 100 g). Selain untuk menjaga tekanan osmotik (mencegah hipertensi), kalium juga membantu mengaktivasi reaksi enzim, seperti piruvat kinase yang dapat menghasilkan asam piruvat dalam proses metabolisme karbohidrat.

Di lain pihak, kandungan mineral natriumnya sangat rendah, yaitu 3 mg/ 100 g. Hal ini menguntungkan karena natrium berpotensi merugikan, yaitu dapat menimbulkan hipertensi (kebalikan dari kalium).

Dari Rojak Hingga Sirap

Buah delima merupakan simbol tua dari kemakmuran dan kesuburan, yaitu dalam bentuk upacara rujakan pada selamatan tujuh bulan kehamilan, yang dilakukan oleh masyarakat Jawa dan suku-suku lainnya di Indonesia. Selain dalam bentuk rojak, buah delima juga dikomersialkan dalam keadaan segar, jus atau sirap.

Jus delima merupakan minuman yang sangat popular di Eropa Timur dan India. Jus delima mulai dipasarkan secara luas di Amerika pada tahun 2004. Jus delima dapat diolah menjadi sirop grenadin, yaitu jus delima yang dikentalkan dan diberi gula. Minuman tersebut sangat berguna sebagai penyegar dan penghilang dahaga.

Akhir-akhir ini produksi dan kualitas buah di Asia Tenggara cenderung semakin menurun. Penyebabnya, hampir setiap bagian dari pohon delima dapat digunakan untuk tujuan-tujuan pengobatan, sehingga konsentrasi ke arah kualitas buah menjadi berkurang. Saat ini komponen tanaman delima selalu muncul dalam berbagai materia medika masyarakat Timur, yaitu untuk tujuan pengubatan berbagai penyakit.

Ubat Segala Macam Penyakit

Hampir semua bagian tanaman delima dapat dimanfaatkan untuk pengobatan. Bagian daging buah, kulit buah, kulit batang, dan akar delima dapat diramu sebagai obat untuk berbagai jenis penyakit.

Kulit buah dan kulit batang delima mengandung 20-30 persen elligatannin (tannin), triterpenoid, dan 0,5-1 persen alkaloid yang terdiri dari pelletierine yang sangat toksik atau beracun, methylpelletierine, danpseudopelletierine. Biji, daun, serta bunga delima juga telah dimanfaatkan sebagai obat oleh berbagai bangsa dan kebudayaan untuk berbagai keperluan.

Sejak berabad-abad yang lalu, tanaman delima telah dikenal sebagai obat manjur untuk mengobati berbagai gangguan pencernaan, seperti diare dan disentri. Hal itu disebabkan tingginya kandungan tannin yang berkhasiat sebagai astringen, yaitu menyusutkan selaput lendir usus sehingga pengeluaran cairan diare berkurang. Sementara alkaloid pelletierine pada akarnya sangat membantu mengeluarkan cacing pita dan cacing gelang dari usus.

Kulit kayu dengan kandungan alkaloid pelletierine, lebih berkhasiat terhadap cacing pita (faenia) daripada cacing gelang(Askaris). Adanya tannin dalam jumlah besar pada kulit kayu sering menyebabkan rasa mual dan muntah. Karena itu, sebelum minum rebusan ini, disarankan puasa terlebih dahulu sekitar 12 jam.

Sejak zaman dahulu, buah delima sudah dikenal sebagai obat cacing. Ahli obat bangsa Yunani, Dioscorides, yang hidup pada abad ke-1, memanfaatkannya untuk tujuan tersebut. Alkaloid yang terdapat pada berbagai bagian tanaman delima menyebabkan cacing melepaskan pegangannya dari dinding usus, sehingga terbawa bersama tinja ke luar tubuh.

Namun, khasiat buah delima tersebut kemudian terlupakan di Eropa selama 1.800 tahun. Baru pada abad ke-19 para ahli pengobatan Barat mulai menelitinya kembali. Hal itu bermula karena ada orang Inggris yang disembuhkan dari penyakit cacingan setelah diberi ramuan buah delima oleh seorang herbalis India.

Sifat kelat dari kulit batang, daun, buah mentah, dan kulit buah dimanfaatkan dalam bentuk godokan untuk mengobati diare dan disentri. Kekelatannya itu disebabkan oleh senyawa tannin yang banyak terdapat pada bagian tanaman tersebut.

Penelitian lain menunjukkan bahwa senyawa tannin yang terkandung dalam akar delima mampu menghalangiEntamoeba histolytica, penyebab disentri amuba. Senyawa yang diketahui ampuh melawan cacing pita tidak hanya tannin, tetapi juga dua senyawa alkaloida piperidina yang terdapat pada kulit batang delima, yaitu pelletierine danpseudopelletierine. Karena pelletierine dan isopelletierine sangat toksik, terutama yang terdapat pada kulit kayu dan kulit akarnya, penggunaan ekstrak kulit kayu dan akar delima sebagai pengobatan harus mendapat pengawasan dan seorang herbalis berpengalaman.

Beberapa penelitian menunjukkan bahwa tannin yang terkandung pada tanaman delima tidak hanya aktif sebagai antibakteri, tetapi juga melawan virus, antara lain penyebab penyakit cacar. Penelitian terbaru melaporkan bahwa delima dapat digunakan sebagai obat antidiabetes melitus atau kencing manis.

Kehadiran tannin juga dilaporkan dapat mereduksi risiko penyakit jantung. Hal itu, disebabkan oleh kemampuan tannin untuk mereduksi oksidasi kolesterol LDL (kolesterol jahat). Buah delima juga dapat mereduksi penyakit tekanan darah tinggi dengan menghambat pengubahan angiotensin I menjadi angiotensin II (penyebab darah tinggi).

Menurut pengobatan herbal tradisional Cina, biji delima mempunyai khasiat antiradang dan obat mujarab untuk mengatasi rematik. Bunga delima dipakai untuk mengobati radang selaput lendir pada gusi. Dan bagi mereka yang bermasalah dengan kegemukan (obesitas), bagian tanaman ini bisa dijadikan alternatif untuk mengatasinya.

Begitu juga kulit akar yang berkhasiat astringen bisa digunakan untuk mengobati diare, demam berulang, keputihan, dan mengatasi masalah berkeringat banyak. Sakit tenggorokan juga bisa diobati dengan berkumur air rebusan kulit akar delima.

Manfaat delima sebagai obat tidak hanya didasarkan pada pengalaman para pengobat tradisional. Beberapa penelitian ilmiah telah membuktikan manfaat tanaman delima. Penelitian Dr. Navarro dari Instituto Mexicano del Seguro Social, Meksiko, membuktikan bahwa ekstrak metanol yang terdapat pada kulit delima merupakan senyawa yang ampuh melawan bakteri penyebab diare, yaitu: Staphylloccus aureus, Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa, Salmonella typhi, dan Candida albicans.

Hambat Pertumbuhan Sel Kanser

Berdasarkan penelitian di University of California, AS, buah delima mempunyai efek ekstrogenik, yaitu menangkal gangguan menopause dan mencegah kanker pada organ-organ reproduksi. Jus delima yang telah difermentasi dan minyak yang diambil dari biji delima, juga diketahui aktif sebagai antioksidan yang setara dengan teh hijau.

Dengan minum satu gelas jus delima setiap hari, kita akan mendapatkan asupan senyawa antioksidan polifenol sebanyak 100 mg. Senyawa ini dapat melumpuhkan sel kanker dan memulihkan dinding arteri dari proses pengerasan. Biji delima juga mengandung polifenol. Itulah sebabnya jika membuat jus delima, sebaiknya diblender bersama bijinya.

Ekstrak buah delima mera secara in vitro (uji di luar tubuh) terbukti memiliki aktivitas antioksidan yang kuat, sehingga dapat bersifat kemopreventif (mencegah) atau kemoterapis (mengobati) sel kanker prostat (Malik et al, 2005). beberapa penelitian lain menunjukkan bahwa ekstrak delima juga berkhasiat untuk mencegah kanker payudara dan kanker kolon.

Penelitian para dokter di University of California menunjukkan bahwa sari buah delima dapat digunakan untuk menghambat kenaikan kadar prostate specific agent (PSA). PSA merupakan indikator pertumbuhan kanker prostat. Penelitan tersbut melibatkan 50 pasien yang sudah menjalani operasi maupun yang memperoleh terapi radiasi.

Setengah dari pasien tersebut diminta minum sari buah delima setiap hari dan setengah lainnya tidak (kelompok kontrol). Kadar PSA pasien itu kemudian dimonitor setiap bulan. Kadar PSA mereka yang tidak minum sari buah delima akan meningkat menjadi dua kali lipat hanya dalam waktu 15 bulan. Ada pun kadar PSA kelompok peminum sari buah delima memerlukan waktu hingga 54 bulan untuk meningkat menjadi dua kali lipat.

Lamanya waktu yang dibutuhkan untuk meningkatkan kadar PSA menjadi dua kali lipat tersebut oleh periset dipandang menguntungkan. Mereka jadi bisa menunda perawatan dengan hormon maupun kemoterapi, yang berarti menjauhkan mereka dari segala efek buruk yang menyertai terapi tersebut, membuka peluang untuk hidup lebih lama, serta memperoleh terapi lain yang tidak berbahaya.

Tunda Penuaan Kulit dan Turunkan Kolesterol

Buah delima juga kaya akan fitosterol. Fitosterol merupakan komponen fitokimia yang mempunyai fungsi berlawanan dengan kolesterol bila dikonsumsi oleh manusia. Pada tahun 1970-an, fitosterol diketahui berfungsi menurunkan kadar kolesterol di dalam darah dan mencegah penyakit jantung, sehingga sangat bermanfaat bagi kesehatan manusia.

Beberapa hasil penelitian membuktikan fitosterol dapat mencegah penyakit kanker lewat berbagai mekanisme, yaitu menghambat pemecahan sel, menstimulasi kematian sel tumor, dan memodifikasi beberapa hormon yang berpotensi untuk menumbuhkan sel tumor (Awad et al, 2000).

Berdasarkan hasil penelitian yang dipublikasikan oleh Anticancer Research, terdapat hubungan signifikan antara konsumsi fitosterol dan pengobatan penyakit kanker. Hewan yang mengonsumsi fitosterol mempunyai ukuran tumor 33 persen lebih kecil dan sel kanker 20 persen Iebih sedikit, dibandingkan dengan kelompok kontrolnya.

Selain itu, fitosterol juga dapat membentuk permeabilitas kulit yang baik. Fitosterol dapat menjaga kelembaban kulit dan meningkatkan metabolisme kulit, serta mencegah inflamasi pada kulit. Fitosterol juga dapat mencegah penuaan kulit dancrythema, yang disebabkan oleh polarisasi sinar matahari. Fitosterol juga membantu meningkatkan pertumbuhan rambut. Fitosterol juga tahan terhadap oksidasi, sehingga dapat digolongkan antioksidan pangan.

Fitosterol merupakan komponen penting pada sintesis vitamin D3 (Huang, 2004). Beberapa hasil penelitian membuktikan bahwa konsumsi 2-3 gram fitosterol sehari dapat mencegah PJK (penyakit jantung koroner) hingga 25 persen. Fitosterol juga mempunyai manfaat bagi penderita diabetes. Konsumsi fitosterol dalam jumlah yang cukup diketahui dapat menjaga keseimbangan gula darah.

Oleh:-Prof. DR. Made Astawan
Ahli Teknologi Pangan dan Gizi
APA KHASIAT & KEBAIKKAN JIKA ADA DALAM AL-QURAN

Tuesday, January 10, 2012

KHASIAT BADAM

KHASIAT BADAM
Menurut Wikipidia, dalam istilah botanikal, badam bukan kacang. Dalam parlans botanikal, kulit berbatu keras yang menyelirat dipanggil endocarp, dan buah ini, atau exocarp, ialah pepauh, mempunyai lapisan luar yang gebu. Pokok ini adalah asli dari Asia barat daya.Ia adalah pokok kecil, bertumbuh hingga 4–9 m tinggi. Daunnya adalah meruncing, 6–12 cm panjang, dan tidak rata pada sisi. Bunganya putih atau pink pucat, 3–5 cm diameter dengan lima kelopak, dihasilkan sebelum daun ini pada musim bunga. Di Malaysia, tak pernah tahu lak ada pokok badan dan jarang pulak dengar orang tanam pokok badam ni.

Badam banyak khasiatnya
Badam kaya dengan protein, lemak sihat, vitamin, dan mineral. Biji badam sebenarnya adalah biji buah pohon badam. Badam adalah ahli dari keluarga buah batu, yang juga termasuk persik, plum dan nectarine. Almond ini diyakini awalnya telah ditanamkan di Asia dan Afrika Utara. Telah menjadi adat pada orang Rom bahawa buah badam dijadikan mandian untuk pengantin baru sebagai berkat kesuburan. Di Mesir, almond digunakan dalam roti yang disajikan secara eksklusif untuk silaknatullah Firaun. Tetapi zaman sekarang roti badam dan manisan dari badam sudah menjadi tradisi bagi mereka di Mesir.
Berikut adalah beberapa manfaat kesihatan yang luar biasa yang ada pada biji badam:-
*mengurangkan risiko penyakit jantung dan hati
*boleh mengurangkan kolestrol sehingga 12%
*meningkatkan peredaran darah
*memperkuatkan tulang
*membantu menurunkan berat badan
*bagus utk diabetes
*mengurangkan risiko kanser
*membantu sembelit
*baik utk rambut - minyak badam utk rambut
*baik utk kulit - halus dan lembut
*baik utk daya ingatan

Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yamg tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung.

KHASIAT BUAH TIN

KHASIAT BUAH TIN

Dalil Khasiat Buah Tin
Kalau dilihat dari buahnya, Tin ini sepintas mirip dengan buah delima atau gabungan delima dan buah pear.Keistimewaan dari buah Tin ini disebutkan dalam Al Qur'an Surat At-Tin ayat 1.
Buah Tin adalah salah satu buah yang baik, dan Rasululah SAW menganjurkan untuk memakan buah ini.
Allah SWT berfirman,
وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ

Ertinya:-"Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun."
Nama At-Tin disebut dalam Al Qur'an hanya sekali saja, mungkin karena tempat tumbuhnya pohon Tin ini adalah di daerah subur, bukan di padang pasir sehingga sedikit yang menyebutkan hal ini.
Namun, dalam ayat tersebut, Allah SWT telah bersumpah bahwa Demi Buah Tin. Bisa diertikan bahwa Allah SWT besumpah bahwa buah ini kaya manfaat untuk kesehatan manusia.
Sedangkan dari hadits, bisa dilihat dari riwayat Ibnu Abu Darda.Abu Darda berkata,"Aku memberi hadiah kepada Nabi SAW sepiring buah Tin, lalu beliau berkata,Makanlah olehmu."
Maka Abu Darda pun ikut memakannya bersama beliau dan selanjutnya Rasulullah SAW bersabda,"Seandainya boleh aku katakan, sesungguhnya buah yang diturunkan dari surga adalah ini karena buah-buahan surga itu tidak berbiji. Maka, makanlah kalian darinya. Sesungguhnya buah Tin itu bisa memotong wasir dan bermanfaat untuk mengatasi penyakit encok (pegal-pegal kaki dan persendian)."
Jadi khasiat Buah Tin yang utama adalah:
1. Obat Sakit Wasir.
2. Obat Sakit Pegal Linu.
Khasiat utama ini sudah pernah disebutkan meski ilmu kedokteran belum maju, penelitian waktu itu juga belum berkembang seperti sekarang. Selain khasiat utama pasti ada khasiat lain dari buah Tin ini dilihat dari kandungan zat yang dimiliki. Buah tin memiliki banyak manfaat untuk kesehatan tubuh manusia, kalau tidak, mengapa Tuhan Yang Maha Esa bersumpah atas nama buah itu serta Rasul-Nya sangat menganjurkan memakan buah Tin ini.

Imam Ibnu Qoyyim Al Jawziyyah- Buah Tin memiliki banyak khasiat,diantaranya dapat mengurangi penyakit sesak nafas, membersihkan hati dan limpa, juga pengencer dahak, serta memberi khasiat yang baik pada tubuh, sebagai langkah pencegahan untuk melawan racun di tubuh kita. ( Metode Pengobatan Nabi SAW penerbit GRIYA ILMU hal 353 )

Prof. J. A Vinson dari Universitas Scranton Amerika Serikat
Buah Tin tidak mengandung garan, lemak dan kolesterol, tetapi mengandung lebih tinggi kalium, serat dan zat besi. Hasil penelitian dalam 100gram buah Tin, mengandung 20% daripada kebutuhan zat serat harian tubuh kita. Dari jumlah tersebut, lebih 28% adalah jenis serat terlarut. Penelitian menunjukkan, bahwa serat terlarut bisa membantu gula dalam darah dan mengurangi kolesterol dalam darah dengan mengikatnya di dalam saluran pencernaan, manakala serat tidak larut, dapat melindungi dan mencegah kanker usus besar (koion).

Buah Tin mempunyai bahan yang dapat melawan kanser. Di dalam Buah Tin mengandung "polyphenols" yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang amat penting bagi tubuh kita, karena dapat berfungsi sebagai free radical dalam tubuh yang menyebabkan kanser. Disamping itu, Buah Tin juga mengandung unsur lain yang menjadi bahan anti kanser, yaitu "benzaldehyde" dan "coumarins". Benzaldehyde telah terbukti mampu bertindak sebagai bahan anti tumor dan "coumarins" adalah untuk merawat kulit dan kanser prostat.
Para pakar kesehatan sangat menganjurkan kepada kita untuk makan atau menkonsumsi Buah Tin, buah Tin ini membantu proses pembersihan racun dari dalam tubuh kita, mencegah kanker usus serta penyakit yang berkaitan dengan perut.Menurut sebuah kajian yang dilakukan University Rutgers di New Jersey, As, menyebutkan bahwa buah Tin mengandung antioksidan yang dapat menghalangi karsinogen yang menjadi penyebab kanker. Buah Tin juga mengndung Omega 3 serta Omega 6, yaitu sejenis lemak yang berperan dalam pencegahan penyakit jantung.

Serat, kalium dan magnesium di dalam Buah Tin dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengontrol tekanan darah tinggi. Satu berita baik bagi pengidap penyakit darah tinggi, karena dengan memakan Buah Tin dijadikan pencegah penyakit tersebut. Untuk penyakit kencing manis, serat yang terdapat di dalam Buah Tin ini dapat memperlahan proses penyerapan glukosa di usus kecil. Gabungan zat yang terkandung dalam Buah Tin yaitu serat yang tinggi dan karbohidrat dalam bentuk yang ringkas, yaitu glukosa dan fruktosa mampu mengontrol kadar gula darah seseorang.
Buah Tin juga kadar lemaknya rendah, rendah sodium, rendah kalori dan bebas kolestrol, yang pasti sangat sesuai dan pas dikonsumsi oleh para penderita diabetes atau penyakit gula.
Buah Tin disebut oleh pakar-pakar makanan pada saat ini sebagai makanan Nutraseutikal (functional food), karena Buah Tin bukan sekedar mengandung zat-zat yang berkhasiat, bahkan lebih dari itu dan bermanfaat sebagai penjaga tubuh dan mampu mencegah serangan penyakit-penyakit tertentu.

Buah Tin yang namanya termaktub dalam salh satu Ayat Al – Qur’an, seperti juga Khasiat Buah Anggur yang terdapat dalam kitab suci Umat Islam tersebut. Menurut hasil penelitian medis terbaru, selain dapat mencegah penyakit kanker, buah ini juga mengandung zat yang sanagt penting untuk tubuh manusia.

Dalam buah Tin terkandung zat yang dapat mengurangi kolestrol jahat, menguatkan jantung dan menormalkan saluran pernafasan bagi para penderita asma / sesak nafas.

Buah tin selain mengandung serat yang sangat tinggi, dimana setiap 100 gr buah tin kering terkandung 12,2 gram serat , dan juga terdapat zat Benzaldehyde, sebuah zat yang dapat menghambat pertumbuhan tumor.

Lembaga Penasehat Buah Tin di California (California Fig Advisory Board) telah mengatakan Buah Tin sebagai "Nature's most nearly perfect fruit", yaitu BUAH YG HAMPIR MENCAPAI TAHAP KESEMPURNAAN SECARA KESELURUHAN.

Thursday, December 08, 2011

SUBHANALLAH SAIZ JUBAH NABI ADAM A.S?

Subhanallah..saya jumpa kat 1 blog dan just share informasi jer kalau betul atau tak jangan mare yek, hanya Allah SWT yg lebih mengetahui.. Replika baju ni di buat di Jeddah Saudi untuk mengetahui setinggi manakah nabi Adam A.S.



Dengan nama Allah Yang Pengasih
بسم الله الرحمن الرحيم
طبعًا هذا الثوب من فكرة وإعداد وتصميم وتنفيذ
الشاب السعودي / حمدان بن عوده البحيري المسعودي .
من قرية البدع بمنطقة تبوك وقد ساعده في الخياطة 4 من الخياطين .
ويقول الشاب المذكور أن الفكرة نشأت من قراءته لسيرة سيدنا آدم عليه السلام
وأن طوله كما ورد في الأحاديث 60 ذراعًا .
وإليكم تفاصيل خياطة الثوب …
مدة خياطة هذا الثوب هي 18 يوم
أما عدد طاقات الأقمشة المستخدمة في خياطة هذا الثوب فهي 40 طاقة ( لفة كاملة )
و 30 ألف بكرة خيط
أما أطوال الثوب فهي على النحو التالي :
طول الثوب 29 مترًا . وعرض مابين الكتفين 9 أمتار وعرضه من الأسفل 12 متر.
وطول الكم 10 أمتار . وقطر الرقبة 6 أمتار ومحيطها 2 متر .
وإليكم الصور التي صورتها هذا اليوم أتمنى أن تنال إعجابكم
أول صورة أثناء عملية الرفع بالونش

)Idea pakaian dan penyediaan, reka bentuk dan pelaksanaan -Hamdan bin Odeh Beheiri Mas'udi(Saudi).
Inovasi dari Kampung Rantau Tabuk telah membantu dalam 4 daripada tukang jahit menjahit.Beliau berkata orang muda itu menyebut bahawa idea berasal dari pembacaan biografi Adam A.S.
Panjang seperti yang dinyatakan dalam tempoh 60 hasta hadis-hadis.
Berikut adalah butir-butir menjahit pakaian:-
-Tempoh untuk menjahit pakaian ini adalah 18 hari
-Bilangan kain potensi yang digunakan dalam menjahit pakaian ini ialah 40 Tenaga (roll penuh)dan 30 Kili benang

Panjang pakaian adalah seperti berikut:-
-Pakaian panjang 29 meter.
-Memperkenalkan antara bahu 9 meter dan lebar 12 meter dari bawah.
Dan panjang jumlah 10 meter.
Garis pusat leher 6 meter dan 2 meter di sekeliling.
Berikut adalah gambar-gambar dan saya berharap anda suka
Imej yang pertama semasa proses mengangkat halangan Trailer)




Dalam kitab-kitab berbahasa arab memang banyak menceritakan secara terperinci.
sumber..http://www.htoof.com/vb/t69322.html

wallahualam..:)

Monday, November 21, 2011

ZAITUN

Zaitun
Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.- An-Nur :35

Di antara khasiat buah zaitun ialah :-
1. perut
2. mengeluarkan cacing
3. menghaluskan kulit
4. penawar racun
5. melambatkan uban
Sabda Rasulullah SAW :- "Makanlah buah zaitun dan berminyaklah dengannya, kerana buah itu adalah bauh berkat".

KHASIAT MINYAK ZAITUN
Minyak Zaitun Boleh Mencegah Kanser, Serangan Jantung, Perut Buncit??
Amalkan gaya hidup sihat. tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun dlm masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan. juga boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan.

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?
Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.
Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan nooh melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi. Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz. Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran. Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan. Minyak zaitun boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan). Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat. Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit. Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari. Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.
Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.
Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.
Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat. Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu. Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.
Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara. Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser. Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon. Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China. Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

CARA PENGAMBILAN:
1. Campurkan 2cmb minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2. Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3cmt minyak zaitun dengan 1cmt minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3. Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6cmt minyak zaitun dengan 2cmt minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Sunday, November 13, 2011

HADIS BAB FITNAH

HADIS BAB FITNAH

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Akan terjadi berbagai fitnah, di mana pada ketika itu orang yang menjauhi fitnah lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri lebih baik dari orang yang berjalan, manakala orang yang berjalan lebih baik dari orang yang melibatkan dirinya dengan fitnah tersebut, orang yang terlibat dengan fitnah tersebut akan mengalami kehancuran. Sesiapa yang menemui tempat berlindung maka hendaklah beliau berlindung dari fitnah tersebut
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 5136

Hadis Zainab binti Jahsyin r.a: Sesungguhnya Nabi s.a.w terjaga dari tidurnya, baginda bersabda: لاإله إلاالله (Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah). Celakalah bagi bangsa Arab dari kejahatan yang telah dekat.

Sesungguhnya hari ini sebahagian dari dinding Yakjuj dan Makjuj terbuka seluas ini, Sufian (perawi Hadis) mengisyaratkan angka sepuluh dengan menggunakan tangannya. Zainab berkata: Wahai Rasulullah, apakah kami akan binasa sedangkan bersama-sama kami ramai orang-orang yang soleh? Baginda bersabda: Ya, jika banyak berlaku kemaksiatan

Subhanallah..takunya..maksiat bermaharaja lela dan tak perlu nak sorok-sorok lagi, bersepah macam sampah di merat dunia..
Bangkitlah wahai uamt Islam, mari kita bersatu demi agama bukan politik, bimbingilah keluarga kita menuju ke jalan yang di redhai Allah..

Friday, November 11, 2011

SELULIT?...


Ketika Selulit Menjadi Masalah Sosial

Hampir setiap wanita mempunyai selulit di tubuhnya, sama ada timbunan lemak yang muncul di peha, lengan, pinggang dan sebagainya. Selulit sangat umum dan muncul pada wanita tak kira usia.

Kebanyakan doktor tidak peduli dan menganggapnya sebagai kejadian biasa, tapi bagi wanita yang diganggu oleh selulit itu boleh menjadi wilayah kesedaran-diri. Dan banyak lagi, bahawa seorang gadis mungkin tidak mahu memakai baju renang atau seluar pendek kerana dia malu cara selulit terlihat. Saat ini berdiri kesedaran-diri dalam cara hidup sehari-hari atau terus dia dari menghadiri acara-acara sosial, maka selulit menjadi masalah nyata yang perlu ditangani.

Malangnya, tidak ada ubat cepat untuk selulit. Walaupun lebih umum pada wanita yang kelebihan berat badan, boleh muncul pada wanita kurus juga. Namun, makan makanan sihat, minum air yang banyak, sukan teratur dan mendapatkan jumlah yang cukup tidur, akan membantu untuk meringankan gejala selulit.

Ada banyak produk di pasaran yang mendakwa untuk mengurangkan paparan selulit. kerja minimal ini dan akan membantu penampilan agak. Namun, tidak ada krim topikal telah ditentukan untuk benar-benar menghilangkan selulit.

Hal yang sama juga berlaku pada latihan yang menumpukan pada memantul simpanan lemak daripada kulit. Latihan tidak berfungsi seperti itu. Kaedah terbaik adalah untuk mendapatkan latihan rutin yang bekerja semua kawasan tubuh anda. Suatu hari bekerja pada tubuh bagian atas, pada hari berikutnya, terlibat dalam aktiviti-aktiviti aerobik seperti berjalan kaki atau berenang. Hari ketiga melakukan latihan yang menumpukan pada tubuh bahagian bawah, pada hari berikutnya memilih aktiviti aerobik seperti tenis atau golf. Hari keempat melakukan latihan yang bekerja baik tubuh bahagian atas dan bawah, hari kelima, memilih jogging, berjalan kaki atau bola raket. Yang anda perlukan untuk tetap fit adalah 30 minit latihan setiap hari. Jika anda boleh bersenam untuk jangka masa yang lama, maka dengan segala cara, go for it.

Anda mungkin mendapati bahawa mendapatkan Urut membantu untuk meminimumkan selulit juga. wanita lain mendapati bahawa coklat memberikan tubuh mereka melihat lebih baik dan membantu untuk menyembunyikan lesung di kulit mereka.

Ingat bahawa anda cantik dengan atau tanpa selulit. Jangan biarkan itu menghalang kehidupan sosial anda atau membuat anda melakukan sesuatu yang anda nikmati. Tetap aktif, makan sehat, tetap terhidrasi dan menyertai dalam sedikit istirahat dan relaksasi, ini adalah cara-cara yang baik untuk tetap sehat anda dan itulah yang sebahagian besar penting.

Friday, October 07, 2011

Perihal Jin Yang perlu Diketahui!

Perihal Jin Yang perlu Diketahui!

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

3) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu. (jangan mare kalu ada yang terkena?? hahaha..)

4) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi, tandas dan kubur.

5) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca ” SalaMun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

6) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong… .” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

7) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

8) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar atau pagar memagar…. orang melayu suka sangat menepung tawar dan memagar rumah (bukan pagar yg kita nampak kat luo umah) !!!

9) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7-10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk, insyallah..

Wallahualam.

Monday, October 03, 2011

SUMAC

Sumac's

Sumac is made from dried berries then they are crushed to make the spice. However, fresh sumac berries are sometimes also used to make a juice.
Health Benefits of Sumac- Traditionally, sumac was also used as a medicine. In medieval times it was used to treat about half a dozen ailments.
Traditional Uses of Sumac in Authentic Cuisine *Middle Eastern cuisine - add a lemony taste to salads or meat *Arab cuisine - a garnish on mezze dishes such as hummus and added to salads in the Levant *Iranian (Persian and Kurdish) cuisine - added to rice or kebab

Wednesday, September 14, 2011

LAGI!!!... Produk yang disahkan mengandungi DNA babi

Aduhai! dah berapa banyak la benda HARAM yang telah kita makan, minum, pakai dan guna seumur hidup kita ni? Hah!... sebab tu lah manusia kini makin teruk perangainya kerana makan, minum, pakai dan guna barang yang TAK HALAL tanpa kita sedari...
Susah hidup di zaman moden ni!!!...

LAGI!!!... Produk yang disahkan mengandungi DNA babi-kosmo

SEREMBAN – Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.
Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.
Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.
“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam.
Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi

DI TINGGAL IBUNYA, THA SOPHAT MENYUSU TERUS DARI LEMBU

DI TINGGAL IBUNYA, THA SOPHAT MENYUSU TERUS DARI LEMBU



Tha Sophat seorang anak kecil yang berasal dari desa Koak Roka dalam Daerah Reap di Kemboja yang berusia sekitar 18 bulan - 20 bulan, menyusu terus dari seekor lembu betina. Beliau dijaga oleh datuknya sejak ditinggalkan ibunya 2 bulan lalu yang keluar mencari pekerjaan di Thailand kerana keadaan hidup yang tidak punya apa apa setelah badai melanda negeri tersebut.
Menurut Um Oeung (46), cucunya Sophat mendadak sakit ketika berhenti menyusu dari ibunya, ketika Sophat melihat seekor lembu menyusu pada ibunya, dia mulai melakukan hal yang sama, yaitu menyusu langsung dari ibu lembu setiap hari.
Oeung pernah cuba menghalang cucunya menyusu dari lembu tersebut, tetapi itu membuatkan Sophat menangis, datuk yang sangat menyayangi Sophat tak berdaya sehingga terpaksa membiarkannya. Penduduk serta pegawai tempatan di desa Pheas di wilayah Siem Reap (sekitar 195 kilometer dari ibu kota Phnom Penh) mengatakan mereka tidak berkenan mengenai cara Oeung manjaga cucunya tersebut.



“Mereka terus menyalahkan saya, dan memaksa saya untuk tidak membiarkan Sophat menyusu dari lembu lagi. Kerana mereka mengatakan bahawa anak itu akan merasa malu apabila besar dan nanti akan menjadi nakal, “katanya sambil menambah bahawa saat ini dia telah menghadkan Sophat menyusui, yakni satu kali saja setiap hari.
Walaupun begitu, Um Oeung menjelaskan bahawa cucunya dalam keadaan sihat dan kuat, bahkan kebiasaan menyusunya yang anehnya ini belum sekalipun menyebabkan Sophat terkena apa apa penyakit. - Reuters
Sedihnya..betap beruntung kita dilahirkan cukup segala- galanya pun masih mengeluh!.. Alhamdulillah bersyukur sangat- sangat dilahirkan serba sempurna hingga ke hari ini:-)