Showing posts with label Dessert/ Puding. Show all posts
Showing posts with label Dessert/ Puding. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

AGAR- AGAR BANDUNG

Dalam kita tak sedar Januari makin laju meninggalakn kita dan sedar tak sedar kita dah nak masuk bulan Febuari. Rasanya baru semalam 2012 kelabuh tirainya..Begitu cepat masas berlalu tanpa kita sedar.. Apakah amalan kita makin bertambah atau berkurangan? Tepuk dada tanya diri sendiri kerana..
"Kita lahir dengan DUA mata dan DUA telinga, tapi kita hanya diberi SATU mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."
Pergunakanlah anugerah Allah SWT itu sebaik mungkin kerana masa yang berlalu tak akan berulang kembali..
N3 hari ni berkenaan dengan mulut gak,hahhaha... Agar- agar Bandung pemanis mulut. Jom layan resepinya yang simple senangat tetapi sedap..

AGAR- AGAR BANDUNG
11g agar- agar strip
3/4 cawan gula pasir (ikut suka)
3/4 cawan susu tepung
secubit garam
1/2 tsp esen vanilla
4 1/4 cawan air
3 cawan air
Masak agar-agar bersama 3 cawan air hingga hancur.
Masukkan gula dan masak lagi hingga gula hancur.
Masukkan susu tepung, vanila dan garam, kacau selalu, biarkan mendidih dan padamkan api.
Basahkan acuan pilihan anda, tapis dan masukkan larutan yang telah di masak tadi.
Biarkan sejuk, masukkan dalam es box bila benar- benar beku bolehlah ngap!
Selamat Mencuba.

Tuesday, December 13, 2011

PUDING KASTARD SUMI JELLY

PUDING KASTARD SUMI JELLY

Puding nostalgiaku..dah over then 10 years tak makan dan buat puding ni. Tetiba teringat zaman2 g open house umah kawan time raya masa keja kat Maybank Finance dulu pernah makan puding ni kat uamh sorang sahabatku Nor Azlina Md Hashim, sedapa sangat. Manalah g nyer sahabatku ni puas skodeng kat FB tak gak jumpa, rindu nak bersapa.
Lydia buat sikit jer sebab sorang nak makan dan sebab sorang nak makan kuahnya/sosnya pon tak buat la sebab kecik je buat bazir, ni pon half adunan dari resepi di bawah..so tengok ler inilah rupanaya yang asal tanpa kuah make up..next time kalu buat full version lydia akan update..insha'allah..Jom tengok resepinyer..





14g agar-agar strips(rendam sebentar supaya lembut sikit)
1 liter air
1 tin susu cair
1 cawan gula (ikut suka kemanisan tu leh adjust)
2 camb tepung kastard - dibancuh dgn 1/2 cwn air
1 camb butter
1 paket Sumi jelly yang comel2 tu(ikut suka nak letak banyak ke sikit, lagi banyak lagi cantik)

Masak agar2 dan air hingga agar2 benar hancur.
Masukkan gula dan masak lagi hingga gula hancur/larut.
Masukkan susu dan bancuhan tepung kastard dan masak sebentar hingga mendidih dan matikan api.
Msukkan butter, kacau sebentar hingga butter larut.
Susunkan jelly sumi ke dalam acuan yang anda suka dan tuangkan adunan perlahan- lahan supaya sumi tak melompat naik ke atas (hehehehe..ade ke?) Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam es box.

Untuk Kuah/sosnya:-
1 cawan susu cair
1 cawan air
2 cmb gula (ikut suka nak manis macam mana)
1 cmt tepung kastard - dibancuh dgn sedikit air
1 tin fruits koktail

Masak semua bahan kecuali fruits koktail hingga mendidih di atas api yang perlahan dan sejukkan sebentar.
Masukkan fruits koktail dan kacau sebati.
Biarkan benar- benar sejuk baru dihidang dengan puding sumi tadi.
Selamat Mencuba

Saturday, November 12, 2011

PUDING PEACH KARAMEL

PUDING PEACH KARAMEL



Bahan A
2-3 cmb gula + 1 cmt air
Di masak hingga jadi caramel/gula hangus (kalu nak buat banyak pon ok)
Bahan B
1 peket agar-agar strips (+-15g)
7 tbsp gula (ikut suka manis)
800ml air
1/2 tsp vanilla
2 tbsp tpg kastard
1 cawan susu cair
1 tin buah peach-asingkan air & buahnya (potong & susun dalam acuan)





Masak A hingga jadi caramel & tuangkan ke dalam loyang/ acuan. Biarkan seketika, susunkan buah peach, dan ketepikan
Masak agar- agar bersama air hingga larut dan masukkan gula, masak lagi hingga gula larut. Tepung kastard, air buah peach dan susu cair dibancuh bersama hingga sebati lalu dimasukkan ke dalam agar-agar dan masak sekejap hingga mendidih dan matikan api.
Tuang perlahan- lahan ke dalam Loyang/acuan yang ada buah perach tadi dan bila agar-agar agak suam, masukkan ke dalam peti ais dan bekukan.
Bila dah keras bolehlah dihidangkan..

Friday, November 11, 2011

PUDING KASIH BERTAUT

PUDING KASIH BERTAUT - Sumber ilham dari:- Naz's COSK



Bahan-bahan A
1 bungkus agar-agar bertali 14g+-
600 ml air
200 ml santan
1/4 cawan gula (ikut tahap kemanisan yg di sukai)
1 biji telur
pewarna
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan agar-agar larut.
Kecilkan api, pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar dan kacau sebati dan masak hingga mendidih atas api perlahan.
Setelah mendidih, tutup api.Bahagi larutan agar-agar kepada warna kegemaran anda dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan biarkan ia keras.
Kalau nak puding cepat keras, masukkan ke dalam peti sejuk.
Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.

Bahan-bahan B
1 bungkus agar-agar bertali 14g+-
800 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka (saya letak 20g +- sbb abis stock)
1 helai daun pandan (disimpulkan)
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar. Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan di dalam peti ais, sedia untuk dihidangkan.

Tuesday, June 21, 2011

cempedak jadi nakgka...PUDING ROTI ALA TEMBIKAI

PUDING ROTI ALA TEMBIKAI
Dah seminggu dok skodeng PUDING TEMBIKAI nak buat tapi angin dust storm + MALAS menebal di hati ni sebeb every day dok ulang alik hospital. Semalam ingat terlaksanalah impianku ini nak buat PUDING TEMBIKAI nak bawak g umah Kak Ely, tapi dek kerana kelalaian saya sendiri CEMPEDAK MENJADI NANGKA puding terpaksa di ubah suai supaya pembaziran tak berlaku.. KENAPA????.. Saya ingat sumer bahan2 wat puding PUDING TEMBIKAI ni complete kat pantry, rupa- rupanya ada kekurangan bahan… dah 1/2 way masak agar- agar baru saya sedar yang susu pekat tak de..KECIWA U..
Dah le tu pulak tersalah beli roti..terbeli roti masam..ingatkan roti dah expired rupanya sour dough toast, nak buang sayang lak so otak tu kenalah berfikir sikit supaya roti ni dapat di manafaatkan.
TING!!!!..idea datang..sib baik..so jadilah PUDING ROTI ALA TEMBIKAI. Taste dia not bad.. musim paneh ni kalu makan sejuk2 memang best!!!...and lagi satu not to sweet dan rasa sour pon ilang…. Try la kalu tak caya, Selamat mencuba!!!...

Bahan2nya:-
15g agar-agar strips
1/2 buku sour dough toast (+- 8kpg –roti ni kecik jew)
6 cawan air
2 cawan gula* sbb roti saya ni sour siket (+-)
1 tin 250g susu cair
250ml thick cream
2 sudu besar butter
1 sudu teh vanila
pewarna merah/hijau
Kismis hitam sebagai biji(potong kecil2)
Cara- caranya:-
Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan thick cream, blend sampai halus. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau selalu takut hangit kat bawah, hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 11/2 mug.Biar keras sedikit. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 1 mug), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit. Adunan selebihnya diwarnakan merah, taburkan blackcurrent/kismis hitam sebagai biji dan tuangkan adunan merah perlahan2 di atas lapisan putih/warna asal tadi. Biar sejuk dan simpan dalam freezer semalaman. Hidangkan..

Thursday, June 16, 2011

Mouhalabieh

A creamy, delightful milk pudding from the Middle East that is a cinch to prepare. Milk, cornstarch and a little sugar. Boil. Cool. Eat. Lick. No-one is looking, this authentic Lebanese dessert is really delicious and quite easy to make. There's not much fussing around and the end result is fantastic. It's flan-like and melt-in-the-mouth texture is extremely pleasant. It is definitely a pretty and sublime speciality that brings that wow factor to the table, but doesn't demand much energy and time to make. Perfect!

Mouhalabieh
4 cupswater
4 cups milk powder
3/4 cup sugar
1/2 cup cornstarch
250 ml thick cream
1 tsp orange flower water
1/2 tsp rose water
chopped pistachio nuts or dry coconut
Preparation:-
Heat milk over low heat or in double boiler. Add Sugar and stir until dissolved. Mix cornstarch in a little cold water and add to hot milk. Still over low heat, stir until thickened. Add vanilla, orange flower water and cream. Cook for a few minutes more and let cool. Pour mixture into four individual goblets and let cool thoroughly. Pour rose syrup over each goblet to cover the cream. Refrigerate until needed. Garnish with pistachios.
Yummm..........