Showing posts with label Ayam/Chicken. Show all posts
Showing posts with label Ayam/Chicken. Show all posts

Tuesday, July 24, 2012

ROAST CHICKEN POTATOES WITH LEMON AND ROSEMARY IN OLIO


roast chicken with lemon and rosemary roast potatoes

ROAST CHICKEN POTATOES WITH LEMON AND ROSEMARY IN OLIO
Roast chicken is one of me and my family in law fvourite dishes at home. I recently discovered a way to make the chicken taste even better, by putting a lemon zest and rosemary olive oil with my potatoes.

Rub the chicken and potatoes with sea salt, ground black pepper, apple vinegar, lemon juice, lemon zest, garlic paste and rosemary olive oil.
Do this at night and leave in the fridge until you're ready to start cooking it for lunch or dinner.
By doing this, you'll make the chicken really tasty when cooked.
Preheat your oven to 180ÂșC.
Take out the chicken from fridge then put the chicken into a roasting tray and cook in the preheated oven for around 45 minutes or until the chicken is cooked and the potatoes are nice and golden .
Remove the chicken to the plate and serve.

Tuesday, July 17, 2012

GRILL CHICKEN CHOP WITH BROWN SOS AND MUSHROOMS


Actually ni first time saya buat Chicken chop versi grill kat kuwait, sellau buat versi goreng jer. Dah lama teringin nak buat tapi baru hari ni dapat buat. Actually ayam ni sekor kecik yang 700g, Lydia buangkan tulangnya sndiri dan marinate macam biasa cam lebih kurang buat untuk perap lamb chop je…. Walaupun first time buat tapi daging ayam saya tak liat dan lembut je ayam tu sebab Lydia rendamkan dengan cuka makan putih supaya hilang bau hanyir dan melembutkan ayam… Pilih ayam sederhana besar baru tak liat, kalau boleh peraplah semalaman dalam peti sejuk supaya rempah menyerap dan selain tu dapat menyedapkan ayam rempah perap dapat melembutkan ayam.


GRILL CHICKEN CHOP WITH BROWN SOS AND MUSHROOMS

Grilled Chicken Chop
1 ekor ayam ( 700g 'debone’kan seko tanpa potong- motong)
1 sudu besar garlic powder
1 sudu besar lada hitam powder
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar barbecue sos
1 sudu besar sos Lea & Perrins
Garam secukup rasa
Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam peti sejuk selam beberapa jam, seelok-eloknya semalaman.
Bolehlah di bakar di atas kuali non stick pan.
Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat.



Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam
1/2 labu bawang besar (didadu kecil)
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu besar barbecue sos
1 sudu besar sos Lea & Perrins
1 sudu besar tomato sos
1 sudu kecil lada hitam powder
garam secukup rasa
1/4 cawan cendawan dalam tin
Tumis bawang besar hingga layu di atas non stick pan lebiha ayam tadi, tambahkan minyak zaitun jika perlu.
Masukkan cendawan dan lada hitam, gorengkan sebentar.
Kemudian masukkan tepung gandum dan goreng sedikit.
Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos.
Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan
Curahkan sos ni ke atas ayam da sedia dihidangkan chicken chop anda dengan kentang goreng, salad mix vege, creamy soup, timun dan tomato segar!!!
SELAMAT MENCUBA

Saturday, June 23, 2012

NASI BERYANI AYAM HADRAMAUT



Assalamualikum.. Selamat bertemu kembali, MAAF la yer resepi lama baru nak kelua N3. Sebenarnya nasi ni dah lama Lydia masak untuk potluck umah kak Mala bulan lepas. Nak update N3 net asyik on off dan hang je, bosan sangat kadang- kala nak update blog ni rasa bercinta sangat- sangat. Kalau nak ikutkan resepi banyak Q' sampai dah basi tak kelua- kelua juga, ditambah pula sekarang ni Lydia agak busy sebab selalu g tempat keje hb so masa nak ngadap net memang terbatas. Network kat my area ni amat kurang siuman..hehehhe, apa nye idak kalu waktu biasa tak dapat nak on9 kena tunggu after 3am-4am..mati la nak jadi jaga tiap hari.:)).. Rasanya tak berbaloi bayar net tiap bulan buat bazir sebab network tak bagus. Dah sebab tu kalau post N3 kat blog pon arasnya amlas nak menceceh sebabnya:-
1) No idea
2) Tak pandai nak merepak
3) Malas..(ni yg utamanya..)
Weather hari ni pun agak baik waalupun bahang musim panas sudah menunjukkan taringnya. Alhamdulillah la pulah seminggu dua ni Kuwait masih dalam kawalan tak de dust storm lagi macam yang lepas sampai tak tahan nak bernafas, rasa macam bernafas dalam debu.. Berbalik pasal nasi beryani ayam Hadramaut.., nasi ni memang selalu Lydia makan kat restoran Yeman dan dah beberapa kali masak kat umah pon. Nasi ni memang wangi je aromanya dengan bau rempah ratus... kalau tengok nama memang MAUT seram kalau makan pon MAUT tak mo stop2.. hehehe..lagi maut kalau dapat makan ramai- ramai memang la tak ingat dunia asyik menambah jer..
Jom tengok resepinya dan cuba buat bulan posa nanti atau open house raya nanti kasi gempak orang kampung atau kengkawan. Bagi Lydia dah arab cuisine ni dah tak de rasa special pon nasi ni macam nasi basahan (apa ingat pakaian je ker leh jadi basahan..hehehe) bukan apa sebab makanan harian Lydia di Kuwait ni, tambahan pula bersuamikan orang lua memang jaranglah masak makanan melayu ni. Sesekali nampak makanan ASEAN foods tu rasa so special sangat, sebab jarang dapat menikmati (dah terbalikan?).

NASI BERYANI AYAM HADRAMAUT

Bahan untuk merebus ayam
2 ekor ayam - potong 5(tapi hari ni lydia potong 10)
1/4 cmt nutmeg powder
1/2 cmt cardamom powder
1 cmt arabic mix spices
2 helai daun bay
1/2 camt kayu manis powder
3-4 kuntum bunga cengkih
1 camt corainder powder
1/2 cmt serbuk lada hitam 1 camt cummin powder
1 camt ginger powder
1 biji tomato yang ranum- dibelah 4
1 labu bawang besar - didadu kecil 1 biji lada hijau - belah 2
garam secukup rasa
air secukupnya

Masukkan ayam dalam periuk bersama kesemua bahan di atas kecuali garam.
Rebuslah hingga ayam empuk lebih kurang 45 minit.
Masukkan garam pada 15 minit terakhir.
Asingkan ayam dari kuah/stock, tapis kuahnya.
Susun ayam dalam tray dan ketepikan seketika


Bahan untuk memasak nasi
3-4 biji cardamom pods*
2 helai daun bay*
1 batang kulit kayu manis*
3-4 kuntum bunga cengkih*
1/2 camt corainder powder*
1/2 camt serbuk lada hitam*
1 camt cumin powder*
1/2 camt ginger powder*
1 labu bawang besar - didadu kecil
2 biji lada hijau - belah 2*
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak
8 cawan beras basmati
12 cawan air/air rebusan- (1cwn beras=11/2-2 cawan air bergantung jenis beras)

Tumiskan bahan bawang hingga transparent.
Masukka bahan bertanda* dan terus menumis hingga terbi baunya.
Masukkan beras dan goreng sebati dengan rempah ratusnya/ transparent dalam 2-3 minit.
Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi.
Masukkan garam secukupnya bersama sedikit saja pewarna kuning.
Kacau sedikit dan biarkan hingga mendidih dengan api yang paling besar dan tutupkan dengan penutup periuk.
Bila air hampir kering masukkan sedikit lagi pewarna merah+kuning bersama sedikit air panas dalam 1/4 cawan air(dicampur bersama baru tuang atas nasi)tadi di tengah- tengah periuk dan perlahankan api.
Tanak seperti biasa hingga nasik benar benar masak.
Bila nasi dah masak tutupkan api dan biarkan selama 5 minit dan gemburkan sedikit dengan garfu.
Taburkan sedikit daun corainder atau gajus yang digoreng tanpa minyak di atas nasi..
Taraaaaa… Nasi siap untuk dihidangkan…

NOTE:-sementara menunggu nasik masak bakar ayam...


Cara-cara bakar ayam
1/8 camt nutmeg powder
1/4 cmt cardamom powder
1/2 camt kayu manis powder
1/2 camt corainder powder
1/4 camt serbuk lada hitam
1 camt cummin powder
1/3 camt arabic mixed spices
garam secukup rasa

Susun ayam di atas tray/ dulang pembakar.
Percikkan atas ayam sedikit air.
Panaskan oven/grill api atas.
Sementara menunggu grill/oven panas lumurkan ayam dengan sikit garam rempah ratus. Lepas tu lumurkan pula pewarna (merah+kuning) Masukkan dalam oven, grill sekejap sebab ayam dah masak.
Baalikkan ayam sikit...guna api atas dlm 10-15 minit untuk bagi kuning.
Ayam yang dah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi, salata (salad), maraq(kuah tomato)@sup dan salsa

Salsa
2-3 biji buah tomato masak
cili hijau(ikut kepedasan masing2)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
lemon jus lemon (semasam yang anda suka)
garam secupup rasa sedikit air untuk blend bahan
Blend kesemua bahan dan simpan dalam peti sejuk selaam 30 minit sebelum dihidangkan Selamat menjamu selera..

Sunday, May 13, 2012

NASI BERYANI/AYAM HADRAMAUT

Assalamualikum.. Selamat berhujung minggu bagi yang berada di luar sana kecuali yang berada di tanah arab kerana hujung minggu kat sini jatuh pada hari jumaat. Sebenarnya nsai ni Lydia masak semalam untuk potluck umah kak Mala. Nak update N3 semalam net asyik on off je bosan sangat kadang- kala nak update blog ni.. Resepi banyak Q' sampai dah basi tak kelua- kelua juga..hehehhe Weather hari ni pun agak baik waalupun bahang musim panas sudah bermula. Dua hari semalam tetiba jer rebut pasir..sedih rasanya sebab baru cuci luar umah dah berbedak semula. Memeng terdetik dalam hati.."ni kalau aku bersihkan umah ni..mintak- mintaklah jangan ada dust storm".. tapi saying seribu kali sayang.. setiap kali Lydia ngemas/ basuh lua rumah MESTI the next day ada dust storm. letih dengan weather Kuwait ni. Nak biarkan uamh tak bercuci rasa macam bernafas dalam debu..nak tak nak kenalah buat gak kalau tak baut sapa nak buat kan? :) Berbalik pasal nasi beryani/ayam Hadramaut... Nasik ni memang selalu Lydia makan kat restoran Yeman dan dah beberapa kali masak kat umah pon. Nasi ni memang wangi je aromanya dengan bau rempah ratus... kalau tengok nama memang MAUT seram kalau makan pon MAUT tak mo stop2.. hehehe..lagi maut kalau dapat makan ramai- ramai memang la tak ingat dunia asyik mnambah jer.. Jom tengok resepinya dan cuba buat bulan posa nanti atau open house raya nanti, lepas tu bagi feed back ya… Bagi Lydia dah tak de masa special pon nasik ni macam nasik basahan( ngalahkan pakaian lak..) sebab jadi makanan harian kalu nampak ASEAN foods tu lak jadi special..dah terbalik..
Bahan untuk merebus ayam 2 ekor ayam - potong 5(tapi hari ni lydia potong 10) 1/4 cmt nut meg powder 1/2 cmt cardamom powder 1 cmt arabic mix spices 2 helai daun bay 1/2 camt kayu manis powder 3-4 kuntum bunga cengkih 1 camt corainder powder 1/2 cmt serbuk lada hitam 1 camt cummin powder 1 camt ginger powder 1 biji tomato yang ranum- dibelah 4 1 labu bawang besar - didadu kecil 1 biji lada hijau - belah 2 garam secukup rasa air secukupnya Masukkan ayam dalam periuk bersama kesemua bahan di atas kecuali garam. Rebuslah hingga ayam empuk lebih kurang 45 minit. Masukkan garam pada 15 minit terakhir. Asingkan ayam dari kuah/stock, tapis kuahnya. Susun ayam dalam tray dan ketepikan seketika
Bahan untuk memasak nasi 3-4 biji cardamom pods* 2 helai daun bay* 1 batang kulit kayu manis* 3-4 kuntum bunga cengkih* 1/2 camt corainder powder* 1/2 cmt serbuk lada hitam* 1 camt cummin powder* 1/2 camt ginger powder* 1 labu bawang besar - didadu kecil 2 biji lada hijau - belah 2* garam secukup rasa 1/4 cawan minyak masak 8 cawan beras basmati 12 cawan air/secukupnya - 1 cwn beras=1 1/2 cawan /2 cwn air bergantung kpd jenis beras(air rebusan) Tumiskan bahan bawang hingga transparent. Masukka bahan bertanda* dan terus menumis hingga terbi baunya. Masukkan beras dan goreng sebati dengan rempah ratusnya/ transparent dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukupnya bersama sedikit saja pewarna kuning. Kacau sedikit dan biarkan hingga mendidih dengan api yang paling besar dan tutupkan dengan penutup periuk. Bila air hampir kering masukkan sedikit lagi pewarna merah+kuningbersama sedikit air panas dalam 1/4 cawan air(dicampur bersama baru tuang atas nasi)tadi di tengah- tengah periuk dan perlahankan api. Tanak seperti biasa hingga nasik benar benar masak. Bila nasi dah masak tutupkan api dan biarkan selama 5 minit dan gemburkan sedikit dengan garfu. Nasi siap untuk dihidangkan NOTE:-sementara menunggu nasik masak bakar ayam...
Cara-cara bakar ayam 1/8 cmt nut meg powder 1/4 cmt cardamom powder 1/2 camt kayu manis powder 1/2 camt corainder powder 1/4 cmt serbuk lada hitam 1 camt cummin powder 1/3 cmt arabic mixed spices garam secukup rasa Ayam yang disusun di atas tray. Percikkan atas ayam sedikit air. Panaskan oven/grill api atas. Sementara menunggu grill/oven panas lumurkan ayam dengan sikit garam rempah ratus. Lepas tu lumurkan pula pewarna (merah+kuning) Masukkan dalam oven, grill sekejap sebab ayam dah masak. Baalikkan ayam sikit...guna api atas dlm 20-30 utk bagi kuning. Ayam yang dah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi, salata (salad), maraq(kuah tomato)@sup dan salsa Salsa 2-3 biji buah tomato masak cili hijau(ikut kepedasan masing2) 3 ulas bawang putih 1 labu bawang besar lemon jus lemon (semasam yang anda suka) garam secupup rasa sedikit air untuk blend bahan Blend kesemua bahan dan simpan dalam peti sejuk selaam 30 minit sebelum dihidangkan Selamat menjamu selera..

Wednesday, February 08, 2012

AYAM TANDORI versi GORENG

Ayam Tandoori versi goreng yang sangat sedapp dari Ayu S'pore. Walaupun versi goreng tapi for me la masih macam not much difference dengan yang bakar, but of cos bakar more healthy and less fat. Sebelum ni memang selalu baut versi bakar dan rempah ratusnya tak lari sangat dari Ayu,cuma bezanya goreng dan Ayu add daun pudina, sos tiram dn mentega but Lydia tak letak..yang lain sama jer. Lunch tadi lydia buat my versi + Versi Ayu gak cuma tak letak mentega, sos tiram dan susu ja.. Rasanya stay sama kot hehehe. Shukran Ayu for sharing recipe dan Lydia buat for lunch tadi, hidangan bersama marag( sos arab) dan arabic white rice..sedap:)).
Jom layan resepinya..
AYAM TANDORI versi GORENG
1 ekor ayam – potong kecil supaya cepat masak dan garing
Rempah ratus:-
1 labu bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 camt serbuk kunyit*
1/4 cmt serbuk cili (nak pedas letak lebih ler..)*
1 cmt serbuk lada sulah*
1 cmt serbuk jintan manis*
1 cmt serbuk jintan putih*
1 cmt serbuk ketumbar*
1 cmt serbuk kulit kayu manis*
1/2 cmt serbuk buah pelaga*
1/2 cawan fresh plain yogurt*
1 cawan chopped fresh corainder leave*
1/2 cawan chopped fresh mint*
2 camb olive oil*
garam +serbuk perasa secukup rasa*
sedikit pewarna kuning*
sedikit pewarna merah*
1/2 biji lemon-ambil jusnya
daun kari
minyak untuk menggireng terendam
Perapkan ayam bersama jus lemon.
Blend kesemua bahan-bahan* hingga hancur dan sebati.
Dalam plastik beg yang bersih tuangkan bahan kisar dan perapkan semalaman dalam peti sejuk.
Keluarkan dari peti sejuk 30 minit sebelum mengoreng.
Goreng dalam minyak yang panas bila hampir 1/4 masak masukkan daun kari dan goreng sedikit bersama ayam.
Bila ayam dah masak, angkat dan toskan pada kitchen towel dan hidangkan dengan nasi kegemaran anda atau roti..mahupun diratah begitu saja.
Selamat mencuba dan menjamu selera..

Sunday, January 29, 2012

AYAM MASAK MERAH/ MASAK TOMATO

Ayam masak merah ni memang sesuai dengan apa jua nasi yang dalam kategori BERMINYAK seperti nasi tomato, nasi hujan panas, nasi minyak dan yang sewaktu dengannya. Setiap individu/ keluarga ada resepinya yang tersendiri dan begitu jua dengan diriku yang kalau nak masak kena ikut tekak suamiku juga kerana kalau tak siapla kena masak berasingan dan menambahkan lagi kerja dapoku.. Ayam masak merah/tomato memang popular kalua ad kenduri kendara dari dulu kini dan selamanya. Juga masak merah ni telah mendapat tempat dimulut ipar duaiku menjadi santapan mereka kerana orang arab memang suka masakan yang masam- masam bewrasaskan berasaskan tomato.Ni adalah beberapa koleksi masak merah/tomato yang Lydia ada dan jom tengok resepinya..

AYAM MASAK MERAH/ TOMATO

1 ekor ayam (potong ikut suka)
Garam secukupnya
serbuk kunyit
1 kotak kecil tomato paste (135g)
1 biji capsicum-didadu kasar
2 biji fresh tomato-didadu kasar
air panas secukupnya
minyak untuk menggoreng terendam

Bahan Tumis:
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1/2 cmt black papper powder

Bahan dikisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia muda
1 camt corainder powder
1 cmt arabic mixed spices (optional)

Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit selama 30 minit, goreng hingga 1/2 masak dan ketepikan.
Ambil 4 cmb minyak lebihan goreng ayam tadi, tumiskan bahan tumis, kacau selama 1-2 minit.
Masukkan bahan kisar, kacau hingga terbit minyak.
Masukkan capsicum dan fresh tomato, masak sebentar hingga tomato layu dan masukkan tomato paste dan masakn sebentar hingga separuh kering.
Setelah sebati, masukkan ayam dan sedikit air.
Tutup periuk dan biarkan ayam masak.
Bila kuahnya dah pekat, angkat dan hidangkan.(Kalau suka boleh taburkan dengan daun sup dan daun bawang di atasnya)
Selamat mencuba...
Note:- kalu nak pedas masukkan cili paste

Saturday, January 28, 2012

HOMEMADE POPCORN CHICKEN

Salam jumaat semua. N3 hari ni nak share Chicken Pop/ Chicken Popcorn ala- ala KFC yang selalu Lydia buat dan rasanya memang sedap, jangan kata budak- budak..mak atau bapak budak pon suka, sesuai dihidangkan pada bila- bila masa sebagai healty snack atau buat sandwich. Lebih sedap lagi jika di hidangkan panas- panas bersama mashed potato, salad dan mushroom/chicken creamy soup serta tomato dan mayonise sos. Tapi bagi yang suka pedas tu boleh add sikit cili powder. Amat simple dan cepat.. Jom tengok resepinya.

HOMEMADE POPCORN CHICKEN
1 biji telur egg
1 cawan tepung gandum*
2 camb tepung jagung*
1/2 camt baking powder*
1/2 camt baking soda*
1/2 cmt ginger powder*
1/4 cmt galic powder*
1 camb Cajun seasoning*
1 camt white/ black papper*
1/4 camt serbuk buah pala*
garam/Aji No Moto secukup rasa*
minyak untuk deep frying
Potong dada ayam kecil, lebih kurang 1/2-11/2 inci, ikut suka nak crispy macam mana..lagi kecik/nipis..lagi crispy.
Cuci ayam dan rendam dalam cuka selama 15 minit untuk melembutkan dan menghilangkan bau serta toskan hingga kering.
Perap isi ayam tadi dengan sedikit black/white papper powder, garam/perasa, serbuk buah pala, garlic powder, ginger powder dan sedikit baking soda..biarkan selama 30 minit.
Campur bahan bertanda* dalam mangkuk kering, gaul sebati dan ketepikan.
dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan pukul sedikit dengan garfu.
Panaskan minyak masak untuk menggoreng dalam kuali.
masukkan ketulan ayam ke dalam mangkuk tepung dan gaul sebati hingg bersalut semuanya.
Ambil ketulan ayam yang bersalut tepung dan celupkan ke dalam telur dan sekali lagi celupkan ke dalam tepung.
Pastiakn minyak benar- benar panas dan goreng hingga keperangan(golden brown) serta angkat dan letak di atas kitchen towel untuk menyerap lebihan minyak.
Sedia untuk dihidangkan bersama sos kegemaran anda.
Selamat mencuba..

Friday, December 09, 2011

KERUTUB AYAM

Resepi kerutub ni dah berzaman saya simpan kat laptop tak pernah buat kerana tak de rempah. Bila ada bahan apa lagi saya po cubalah sebab rasanya ala-ala macam rendang kari..sebab tak pedas kami suami isteri boleh la makan. Saya buat kerutub ni makan dengan nasi tomato.. saya mintak mahap banyak- banyak kepada empunya resepi kerana resepi ni lama terSAVE kat laptop saya so saya dah lupa sapa ler penyumbangnya..




KERUTUB AYAM

1 (1kg+-) ekor ayam-bersihkan dan potong ikut suka
2 cmb rempah kari dan rempah kurma-*bancuh bersama `
2 cawan santan
1cmb gula merah (saya tak letak sbb nanti hb tak makan)
1cmb kerisek
3cmb minyak untuk menumis

Bahan kisar
100g bawang goring
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
1 labu bawang besar (medium)
3 ulas baswang putih

Tumiskan bahan kisar sehingga berbau wangi dan garing.
Masukkan rempah, kacau sehingga sebati.
Masukkan ayam, kacau dan biarkan seketika sehingga ayam setengah masak dan mesra dengan rempah.
Masukkan kerisek, garam gula dan santan.
Biarkan sehingga mendideh.
Masakkan sehingga pekat dan ayam lembut.
Pastikan dikacau sekali sekala supaya tak hangus kat bawah periuk tu.
Sedia untuk dihidangkan.

Wednesday, October 19, 2011

CHICKEN AKDAH

Alhamdulillah Yemeni foods ni memang sedap, sealalu my hb beli kt Restoran jer, tapi sekarang tak yah beli sebab ANNA sudah pandai buat sendiri lah..mana dapat resepi?,,Hahahhahaa..Allah bagi deria rasa cuba- cuba menjadik. Dah more then 4 times buat, pernah bagi my hb workers (Masri & Syrian) rasa and dia orang ingat beli sebab rasanya sama macam restoran Yemen yang selalu dia orang makan..K
redit... untuk diriku sendiri,tak de orang puji aku masuk lif tekan naik sendirilah... Namanya tak tau..lupa, pandai masak & makan jwe huhuhuhu. Pandai- pandailah korang nak taruk nama apa janji best. Opssss..hari ni aku dah tau namanya.. Tima kasih kak Ruhani Che Ibrahim sbb mengkhaborkan nama ni to me..ahhaha..lepas ni ramai la pakat buat sendiri ya..

CHICKEN KHAULAH AKDAH
(gambo yang ni saya buat sendiri..my home made.)


(gambo ni pula yang my hb beli dari Yemeni restaurant...)

Bahan-Bahanya:-
1 ekor ayam (1kg+-)-potong 4, bersihkan, rendam ngan cuka putih & toskan
1 biji bawang besar-dadu (kalu suka bawang boh banyak2 macam kat restoran tu..aku boh siket jer sbb tak suka bawang & tak kuasa nak pilihnya taim makan nanti..penat ko)
2-3 helai bay leaf
1 inchi halia- tumbuk halus (I'm using 1 tsp ginger powder)
4 ulas bawang putih
1/2 cmt cumin powder
1/2 cmt corrainder powder
1/2 cmt Arabic mixed spices
1/2 cmt cardamom powder
1/2 cmt loomi powder/ dry lime
1/4 cawan olive oil
500 ml air (+-)
1 cmb tomato paste
500g fresh tomato- dadu besar
*1 biji capsicum hijau-dadu besar (leh letak X-tra,aku ade satu tu je yg tinggal)
*2 biji potatoes (medium)-dadu besar
*1 biji eggplant (medium)-dadu besar
*1 batang carrot-dadu besar
*2 cawan air
*1 kiub pati ayam MAGGI
*Garam secukup rasa
Sedikit fresh coriander leave for garnishing






Cara- caranya:-
Rebus ayam dengan semua bahan di atas kecualai bahan bertanda* dalam pressure cooker dengan api sederhana hingga lembut lebih kurang 1 jam 1jam 30 minit, hingga ayam hancur sendiri dan kering airnya (isi tertanggal dari dulang dengan sendirinya..tambah air jika perlu).




Sesekali bukak tutup periuk dan kacau sedikit sebab takut hangit bawah tu. Masukkan bahan bertanda* dan masak lagi selama 20 minit-3o minit hingga kering airnya, kacau sedikit supaya kat bawah tu tak hangit.
Matikan api, taburkan fresh coriander leave semasa masih panas. Sedia di hidangkan dengan pita bread/ roti arab/ roti nan ataupun roti Iranian.
Kalu tak de sumer roti tu bedal la dengan roti putih ke..roti Bengali ke.., roti jala ke.., roti canai atau capati (huhuhu..tak pernah cuba roti ni, tak bes jangan mare).
Kalu dengan nasik memang tak suai..tapi kan kalu try ngan lemang ke ketupat why not kan? Makanan arab di melayukan sikit ^_^

Note:- sayur2 an tu boleh letak banyak kalu nak & kalu nak kering kontang tak berkuah pon ok sbb kat restoran Yemen sini berkuah sikit tak macam kat Msia..kontang tak berkuah..tepuk dada tanya selera yer..

Monday, September 12, 2011

MY HOME MADE AYAM PERCIK ALA PASAR MALAM

I miss pasar malam & sure pasar malam pon miss me. Dah lama tak g pasar malam. Berbulan dah dok kepingin nak buat ayam percik,tapi lom sampai seru. Ari ni aku gagahkan hati buat ayam percik. Best giler, sedap giler sampai tak larat nak jalan..makan sesuka hati. Actually resepi ni dapat dari My Resepi kot, lupa sbb dah lama save..tapi biasa la Derhaka sikit ikut tekak dan barang yang ada kat umah tu.
Credit for my self, sebab tak rugi mancuba walaupun lepas tu penat kena bersihkan dapo akibat percikan minyak..huhuhu. Berbaloi baloi

AYAM PERCIK ala PASAR MALAM

1 ekor ayam- Potong 4, cuci, rendam bersama cuka & toskan
1 biji bawang besar
1 inci halia*
1 inci lengkuas* - di blend bersama
3 ulas bawang putih*
3 batang serai*
1/3 cawan gula
1 ketul kiun ayam MAGGI-hancurkan sikit
Cili mesin/ powder/ boh- ikut suka pedas
3 camb sos cili
1 camt serbuk kunyit
1 camt corainder powder
2 cmb minyak masak
1 cawan santan pekat

Campurkan semua bahan dan dimasak sampai mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan ayam hingga separuh masak. Asingkan ayam dan siap untuk dibakar, kuah yang lebih disimpan untuk dicurahkan di atas ayam nanti. Bakar dan siap untuk menjamu selera.

Sunday, September 11, 2011

ROAST CHICKEN CUMIN Yemen style

Roast Chicken with Cumin Yemeni Style

1 kg Chicken
Salt to taste
1/2 tsp pepper
1 tsp Ground cumin
1/2 tsp turmeric
2 tbsp vegetable oil or olive oil

Preheat oven to 200C,Trim off excess fat from Chicken. Mix together, the salt, pepper, cumin, turmeric and oil. Rub Chicken all over with spices.Put Chicken in a roasting pan, cover/wrap chicken with aluminium foil and roast for hours and serve hot with khubuz/ arabic bread or Roti Nan.
It's delicious!..

Wednesday, July 06, 2011

AYAM DENDENG

Saya hidangkan nasi ni dengan AYAM DENDENG, 1st tai buat ayam ni memang best cuma saya tak letak gula melaka takut Big Boss tak makan dan saya gantikan dengan sikit kicap pekat manis dan kicapa masin. Saya test power masakan ni..so saya masak 1/2 ayam jer takut tak laku. Big Boss makan tak complain so kira ok latu leh wat lagi..hheheheheh. Apa-apa pun memang best Pak Engku and thanks for the recipe..
Note:- sebab buat 1/2 ayam, so segala bahan2 pun 1/2 je la ya!!!..

AYAM DENDENG- By: Pak Engku
1 ekor ayam - dipotong 12 (saya buat 1/2 jer..)
100 gm bawang goreng
2 ketul gula Melaka (saya gantikan 1cmb kicap pekat manis & 2 cmb kicap masin)
2 sudu makan air asam jawa garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar dan Tumis
5 tangkai cili kering - digoreng dan dikisar (ita tambah 5 tangkai lagi supaya pedas sedikit)
10 ulas bawang merah - dikisar
2 inc halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5 biji buah pelaga
3 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
Ayam digoreng seketika dan angkat. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. bila sudah kekuningan, masukkan bahan kisar. Bila sudah naik baunyer, masukkan air asam jawa dan juga gula Melaka. Masukkan garam dan gula secukup rasa.Masukkan ayam dan gaul rata. Bila ayam telah masak sepenuhnyer barulah masukkan bawang goreng. Biarkan hingga kuah kering dan bolehlah diangkat untuk dihidangkan. Wangi betul ayam ni..next time akan buat lagi.

Thursday, June 16, 2011

Sexy Chicken Rosemary

Weather Kuwait makin hari makin panas dan boleh dikatakan every week ada dust storm...
Memandangkan cuaca makin berubah kepada panas..so Anna punya mood pon dah start malas nak ke dapo. Penat bersihkan umah pon satu dan sekarang dah nak season posa so ada sikit rezeki..kenalah aku siapkan oder dari cutomer. Apa dia? tungguuuuuuuuuuu....

Malas nak bebel..meh tengok Lunch ari ni..sedap kata hubby makan seko ayam sorang tak ingat bini..jap jew dah licin tinggal tulang. Aku ler jadi kucing tukang makan tulang..huhuhu..

tengok sikit punya seksi ayam ni berposing..

Mash potato..bukan cekodok ya!..

Sexy Chicken Rosemary
Ingredients:-
1 ekor ayam (1.2kg)
1/4 cawan fresh rosmery*
3-5cmb olive oil*-blend bersama
2 biji bawang besar sederhana besar-belah 4
1 labu bawang putih
1 biji capsicum
1 cmb cuka apple
1/2 cmt lada hitam-serbuk
garam secukup rasa

Preparation:-
Bersihkan ayam dan rendamkan dengan sedikit cuka selama kira- kira 10-15 minit untuk menghilangkan bau ayam serta melembutkannya.
marinate ayam bersama rosemary yang diblend dengan olive oil, garam dan lada hitam powder serta cuka apple, pada dalam dan luar ayam.
Sumbatkan bawang besar, bawang putih (sebiji-sebiji dan jangan buang kulit) dan capsicum ke dalam ayam.
Ikat ayam dengan tali/ benang supaya ayam masak cantik dan barang kat dalam isi perut tu pun tak le terburai.
Masukkan ke dalam oven bag dan simpan dalam peri sejuk semalaman.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40-1 jam sehingga ayam menjadi golden kaler..
Enak di makan dengan roti pita..aroma rosemary semerbak satu rumah bila pintu oven dibuka... Selamat Mencuba

Wednesday, May 04, 2011

HOMEMADE CHICKEN SHAWERMA

HOMEMADE CHICKEN SHAWERMA
300g chicken brest
*1/2tsp garlic paste
*1tsp onion paste
*1cmt venigar
*Salt to taste
*1/3tsp black pepper
*1/3tsp mixed spice or chicken spice
*1/3tsp cinnamon powder
*1/3tsp cardamom powder
*1tbsp olive oil
*1tbsp yoghurt
3pcs saj bread
2pcs medium tomato
chopped parsely
mayonise
pickle
cucumber
Preparation:-
Cut chicken to thin slices. In mixing bowl marinate chicken with all ingredients* until combined and set aside for 1-2hrs.
Fry marinate chicken in non stick frying pan until cook/dry and sprinkle with parsely leave.
Spread saj bread with mayonise, put some chicken and tomato..roll

Tuesday, May 03, 2011

AYAM OVEN

Har-hari masak,dan kadang kala tu sampai tak tau nak masak apa lagi..
Lunch ari ni senang sangat2 sumer ready made jew...masak campak-campak dah boleh makan. nak makan nasi malas takut bertamabah comei so kenalah makan roti...... Bako ayam dalam oven, cream mushroom soup dan kentang goreng
serta roti Perancis dah kira ok la asal kenyang perut. Ayam tu wat half jew sebab almaklumlah 2 mulut jer nak soru.
Ayam ni dah kena make up/marinate more the 48 jam sebab terlupa nak masak...(ada ka org dah marinate boleh lupa nak masak..kronik kes), semalam lepas abis solat subuh dan buat taufufa ingat nak buat lunch grill mutton, bukak esbox nak amik mutton tu teringat ayam so kira selamat la, tak yah nak kotorkan tangan nak touch up kambing.....tak banyak keroje. Best pulak rasanya sebab marinate terlalu lama,semua rempah ratus meresap 100% dan proses membakar pun cepat.

Ayam oven
1/2 eko ayam
garam secukup rasa
1tsp yogurt
1tsp lemon juice
*1 biji bawang putih-tumbuk hingga halus bersama..
*1 biji bawang beso-tumbuk hingga halus
*1 inch halia-tumbuk halus
1/2tsp tomato paste
1/2tsp tummeric
1/2tsp all spices
1/2tsp cumin
1/2tsp anise seed powder
2tbsp olive oil
Preparation:-
Bersihkan ayam dan merinatekan dengan semua bahan di atas.
Lepas marinate terus jer masukkan ayam tu ke dalam oven bag/ aluminium foil
yang dibuat macam beg/pocket dan simpan dalam peti ais semalaman dan keesokan harinya, keluarkan dari peti ais dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20-25 minit bergantung kepada oven masing-msaing. 5 minit terakhir buka oven bag/aluminium foil dan grill dengan api atas selama 5-10 minit sehingga keperangan. Hidangkan panas bersama salad, cream soup dan roti, lagi sedap kalu makan ngan garlic bread...
Kite tak sempat nak buat sebab dah kebulo nak makan sebab tak breakfirst..

Wednesday, April 27, 2011

Bake Chicken with Rosmary

CARAMELIZE CHICKEN WITH POTATOES-(Lidia Italy)

CARAMELIZE CHICKEN WITH POTATOES-(Lidia Italy)
1 Chicken-cut to 8
250g Baby potatoes-wash and cut to half
2 big White onions- quartered
100g Smoked sosej/panceta
2-3 tbsp Canola oil
Salt & Black pepper to taste
Fresh rosemary
Fresh parsley- for garnishing
How to prepare:
Wash chicken, rinse and dry well. Seasoning chicken with salt and black pepper, keep aside.
Put oil into casserole on medium heat and fry the chicken's booth side until golden, remove and keep aside.
In the same casserole add pancetta/ smoked sossej and fry until light golden color and add potatoes on bottom of casserole and then put chicken, onion and rosemary.
Cover the casserole with lid and cook in a low heat around 20-25 minutes until chicken are caramelize/ golden brown and potatoes are tender.
Serve with green salad, mushroom/ chicken cream soup and garlic bread.