Showing posts with label Arab Cuisine. Show all posts
Showing posts with label Arab Cuisine. Show all posts

Sunday, April 07, 2013

REZ MA KAMUN wa JAJ (CUMIN RICE HADRAMAUT YEMAN AND CHICKEN)


Assalamualikum dan selamat berhari minggu.. Dah lama tak masak cumin rice. Actually nasi ni Lydia amsak masak selasa lepas, oleh kerana a few days ago Lydia busy banyak dan net sedia maklumlah makin parah selonyer maka Lydia tak de masa nk bertapa depan lappy just sesekali tengok FB jer. Tapi untuk resepi kali ni Lydia ubah suaikan sikit nasi tu dengan meletakkan asap pada nasi supaya berbau haru sambil menikmati rasa yang lazat. Nak buat pon mudah, cuma jangan terkezut kalau tengok resepi atau steps ny panjang berjela..bukan apa Lydia Over rajin taip 1 by 1 nak mudahkan anda semua..huhuhu..ye la tu rajin. Jom tengok resepinye..:))

REZ MA KAMUN wa JAJ/ DAJAJ(CUMIN RICE HADRAMAUT YEMAN NAD CHICKEN)
langkah pertama: Mula- mula sediakaan ayam dulu..
AYAM
1 ekor ayam- potong 4, cuci, rendam dengan cuka putih, bersihkan dan tos
2 helai daun bay
4-5 biji cardamom pods
1 biji bawang besar-potong 4
1 ulas bawang putih- potong 2
1/4 camt arabic mixed spices
1/4 camt corrainder powder
1/4 camt cumin powder
1/2 camt salt( secukup rasa)
1 biji loomy (tak boh pon tak apa)
air secukupnya untuk merebus ayam
Masukkan ke semua bahan di dalam presure cooker dan rebus sehingga ayam benar- benar empuk/ masak lebih kurang 1 jam.
Matikan api, asingkan ayam dari stock dan ketepilkan.
Campurkan sedikit minyak zaitun dengan pewarna.
Lumurkan rata pada ayam, susunkan ayam di atas tray, bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 5-10 minit (180C), api atas bawah hingga garing dan ketepikan sebentar.

Langkah ke-2:- sediakan nasi

CUMIN RICE
4 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selam 1 jam dan toskan
1 tsp yellow food coloring
4-5 kuntum bunga cengkih*
3-4 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp corainder powder*
1/4 tsp Arabic mixed spices
1/2 camt cumin seeds*
1/2 camb minyak masak
1/2 tsp rose water
1-2 biji cili hijau*
1 biji loomy* (tak boh pon tak apa)
Air secukupnya sbb ikut jenis beras. (lydia guna 1 Cawan beras:1.5 cawan air)
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap.
Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 2-3 minit dan masukkan air panas/ stock ayam secukupnya.
 Bila dah hampir kering nampak lubang2 air di permukaan nasi tu, titiskan pewarna kuning dan rose water, biarkan nasi ditanak seketika sehingga kering sedikit.
Sementara menanak nasi, panaskan arang kecil(sebesar anggur pon ok) hingga berbara.
 Buka penutup periuk, susunkan ayam di atas nasi dan masukkan mangkuk kecil, letakkan bara di dalamnya.

Dengan pantas tuangkan sesudu besar minyak masak pada arang dan cepat2 cover periuk menggunakan aluminium foil dan penutup periuk kemas- kemas supaya asap terperangkap dan tak dapat keluar.
Biarkan selama 2-3 minit, buka penutup periuk dan aluminium fol, keluarkan arang, biarkan nasi dan ayam.
Tunggu selama lebih kurang 5 minit baru angkat, asingkan ayam dari nasi.
Gemburkan sedikit dengan menggunakan garfu.
Tuangkan nasi di atas pinggan/ talam hidangan dan susunkan ayam di atasnya.
 Sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar, salad, salsa tomato dan maraq kegemaran anda.
Selamat mencuba..


Salsa Tomato
2 biji tomato masak ranum-belah 4
1 biji bawang besar-dadu kasar
1 ulas bwg putih
1 biji capsicum hijau/ cili padi
lemon jus secukup rasa
garam secukup rasa
Blend semua hingga halus.
Masukkan dalam peti sejuk seketika baru sedap nak makan, kalau tak amsuk peti sejuk pon ok terus hidang.

NOTE:- Lydia tak cakar nasik..apa yang Lydia buat adalah menggoncangkan pewriuk nasik up and down 2- 3 kali..hehehhehehe. Tapi kalau nak ikut my style ni pastikan anda pegang kemas- kemas penutupnya juga ya, bukan apa takut terberhambur nanti nasik tu..

HUMMUS

Lydia pasti ramai pembaca di luar sana sukakan hummus kan? Hummus/homos dalam bahasa arab nermaksud kacang kuda. Kalau tak salah Lydia Hummus berasal dari Syria bukannya Lubnan atau bukan juga Mesir, tidak juga Jordan, bukan juga Palestin dan sama sekali bukan Israel. Buktinya? Hahahhaaa... senang dong! Tahawa terdapat sebuah bandar dipanggil Hums di Syria. Penyediaannya amatlah mudah semudah ABC.. Apa yang anda perlukan:

HUMMUS
2 x 410g tin kacang kuda tanpa airnya(anda boleh rendam dan rebus sendiri jika rajin sangat)
150 ml tahini
2 ulas bawang putih
garam secukup rasa
1/2 biji jus lemon (nak boh lebih pon tak per..)
Garnishingnya:- Extra Virgin Minyak Zaitun @ sumac @ sweet paprika powder @ red chili powder

Masukkan 1 tin kacang kuda, dalam food processor dan kisar.
Kemudian msaukkan baki setin lagi bersama bawang putih dan teruskan mengisar sehingga halus.
Masukkan tahina, lemon jus dan garam secukup rasa dan teruskan memutar sehingga creamy selama 5 minit dan offkan food processor anda.
Masukkan Hummus ke dalam air tught container, simpan dalam peti sejuk.
Sekiranay anda nak makan masukkan sedikit ke daalm piring/ pinggan hidangan.
Tuangkan sedikit minyak zaitun ke atasnya dan sprinklekan dengan sumac @ sweet paprika powder @ red chili powder.
Tarrraaaa..sedia untuk di makan dengan roti pita Arab
Note:- Kalau nak sedap, rasanya lebih baik biarkan semalaman di dalam peti sejuk baru dihidangkan kerana ia akan membangkitkan sedikit rasa terutama bawang putih akan menyerap kesemua bau kacang kuda. Tapi kalau nak saji terus pon no hal..

MUTABBAL/ BABAGANUSH..

Mutabal atau Baba Ghanoush adalah sama, ianya mudah dibuat dan didapati di mana- mana restoran arab, tak kira arab manapon. Hari ni Lydia sharekan sekali lagi bagaimana nak membuatnya secara terperinci sikit dan harap anda berpuas hati. Hidangan yang paling biasa dimakan bersama roti pita arab sebagai sarapan, makan tengahari ataupun makan malam. Asasnya terung dipanggang di atas bara api, ini memberikan Mutabal/ Baba Ganush rasanya sikit Smokey. Terdapat beberapa variasi untuk hidangan ini. Anda juga boleh menggunakan Terung digoreng, tapi kaedah ini kurang unik kerana bau smokey tulah yang menyebabkan Mutabal/ Baba Ganush ni menjadi unik dan sekiranya anda menggunakan kaedah goreng ianya akan menjadi sedikit berminyak. Jikalau anda tak ada bara api anda boleh membakar terung ni dia dalam oven atau dia atas api gas rumah anda. PASTIKAN anda menggunakan terung yang besar ya.
Bahan utama lain dalam hidangan ini adalah tahini, bagi mereka yang tidak tahu, ia adalah pes biji bijan. Anda boleh membelinya dari kedai yang menjual barangan Timur Tengah atau yang berada di Timur Tengah tu anda boleh membelinta di mana- mana kedai-kedai serta pasar raya.
Berikut adalah resipinya:-


MUTABBAL/ BABAGANUSH
1 biji terung (besar)
1-2 camb Tahini*
1-2 camb plain yogurt*
1-2 ulas bawang putih- ditumbuk halus bersama sedikit garam*
Garam secukup rasa*
Minyak Zaitun
Lemon jus- ikut suka nak masam macam mana*
Garnishing-chopped corainder leave @ chopped fresh tomato @ smoked paprika powder @ chili powder @ sumac (ikut taste anda)

Bersihkan terung dan lapkan airnya hingga kering.

Mulakan dengan meletakkan keseluruhan Terung langsung pada nyalaan terbuka/ api yang sederhan ayau kalau malas like me boleh balutkan selapis terung tu dengan aluminium foil dan masak ia sehingga ia hangus di luar dan lembut di dalam.
Biarkan selama beberapa minit supaya ia hangus keseluruhan.
Kaedah ini memberikan hidangan smokiness.
Jikalau anda bakar di dalam oven, anda boleh meletakkan terung langsung pada tray dan bakar selama 15-20 minit.
  Selepas anda terung dah lembik dan bermakna ianya dah masak, belah dua terung dan keluarkan isi dalamnya dengan mencakar- cakarkanya dengan sudu. AWAS! kulit hangus jangan ambil..hihihi.

Isi terung akan tertanggal dengan mudah dan mash isi terung dengan garfu.

Masukkan bahan-bahan bertanda*.
Sebenarnya tahina dan yogurt ni ikut saiz terung dan tiada jumlah yang tepat, anda boleh menambah lebih kurang je la sehingga anda mendapat rasa yang anda suka.
Lydia gunakan jumlah yang sama untuk tahini dan yogurt.
Letakkan di atas pingga/piring hidangan, tuankan sedikit minyak zaitun di permukaannya.
Garnishkan dengan salah 1 bahan garnishing yang anda suka.
Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:- Mutabbal/ Baba Ganush ni boleh di simpan di dalam peti sejuk selama beberapa hari di dalam air tight container.


Monday, April 01, 2013

REZ ASFAR ma KOFTA (NASI MINYAK ARAB WITH KOFTA)

Nasi ni adalah nasi yang memang popular dalam my family in law. Kalau pergi ke rumah orang Syria nasi ni je lah yang dia orang akan hidangkan untuk hidangan makan tengahari ataupun meraikan tetamu. Dihidangkan bersama dagin ataupun ayam. Orang Syria yang betul- betul kampungan dok kat Syria tak makan nasi setiap hari, kalau makan pun sebulan 2-3 kali jer tu pun ada yang makan sekali dalam sebulan. Kerana di Syria bearsa agak mahal dan hidangan asasi mereka roti..pagi petang siang malam mereka tak jemu makan roti..kalau bagi makan nasi pun nak juga 2-3 keping roti dihidangkan bersama.
Geleng kepala mereka dengar orang ASEAN makan nasi tiap hari, pagi petang siang malam… Apa susah beras senang nak dapat dan murah kat negara kita dan di negara mereka pulak beras agak mahal. Orang arab makan beras BASMATI..tapi bagi yang susah atau miskin dalam istilah lain tu mereka akan guna beras Egyption. Beras Mesir ni pebdek- pendek dan sangat berkanji, berasa ni amat sesuai untuk buat stuffing/ mahshi ataupun halweyat/ sweets.
Resepinya:-

2 cawan basmati
4 cmb minyak masak + 3 cmb minyak sapi*
Sedikit saffron+1cmb air mawar-kalu tak ada saffron guna je pewarna kuning
2 helai daun bay*
1 labu bawang besar- quartered*
1-2 ulas bawang putih-belah dua*
1 batang kulit kayu manis*
1/2 cmt lada hitam biji*
3-4 biji cardamom*
1 inci halia*
1 cmt all spices*
Garam secukup rasa*
Air panas/ stock ayam

Bahan tabur:-
Kismis-di goring hingga keemasan
Pine nut/ almond- di goring hingga keemasan
Bawang goring
Bersihkan beras, rendam dalam air yang telah dicampurkan dengan garam yang banyak (anggaran 11/2 cmb) selama 20-30 minit dan toskan.
Dalam periuk masukkan minyak dan tumiskan semua bahan* sehingga terbit baunya, goreng beras kira 2 minit hingga transparent dan masukkan air panas atau air rebusan ayam anggaran kedua-dua air ni dalam 5 cawan +-.
Masukkan sedikit garam dan biarkan sehingga mendidih di atas api yang besar,tutup periuk dan biarkan hingga hampir kering airnya dan renjiskan saffron di atas nasi, tutup periuk dan tanak nasi hingga masak.
Bila nasi masak, off kan api dan biarkan selama 5 minit baru gembur-gemburkan sedikit nasi dengan garfu supaya nasi cantik terlerai.
Hidangkan nasi dalam pinggan hidangan besar.
Hiaskan dengan kofta yang telah dibakar/grill dan taburkan bahan tabur/hiasan.
  Sedia untuk dihidangkan dengan salad dan salsa kegemaran anda.

Lamb Kofta
500 gm ground mince lamb/ beef
1-2 biji fresh tomatoes- besar dibelah 4
1-2 ulas bawang putih- dicincang kasar
2 biji bawang besar- dikiub kasar
1 camt cumin powder
1 tsd coriander powder
1/2 biji lemon-ambil jusnya
1/4 cawan chopped fresh parsley
1/4 cawan fresh chopped coriander leaves
Olive oil
Salt and black pepper
Masukkan semua bahan di dalam food prosessor dan blend sehingga sebati.
Keluarkan dari food processor dan masukkan dalam mangkuk/besen dan gaul sekali lagi gengan tangan sehingga sebati.
Biarkan selama 1/2 jam dan bentuk2kan shape mamanjang mengikut saiz yang anda inginkan.
Grill di atas non stick pan/ masukkan dalam oven sehinggan goldean.
Angkat dan hidangkan berasama nasi atau roti pita.
Note:- Kofta ni kalau bakar di atas bara api lagi sedap & mangi jerr.. Kofta ni juga tak semestinya dimakan bersama nasi..ia juga boleh dinikmati bersama roti pita arab atau di gulung dalam roti pita dijadikan sandwich.

KABSA BIL LAHMA (LAMB KABSA)


LAMB KABSA
A)
2C basmati rice
1/4C Oil
1 tbsp Ghee
1 medium onion-finely chopped
1 stick Cinnamon*
1/4 tsp black pepper pwdr*
1/2 tsp Cardamom pwdr*
3-4 pieces Cloves*
2 pieces Bay leave*
1/2 tsp Mixed spices*
1/2 tsp ginger powder*
1/2 tsp garlic powder*
1 tsp lemon juice*
3-4 pcs cardamom pods*
Salt to taste
2 tbsp tomato paste
1/4 tsp tummeric powder
1/4 tsp corainder pwdr*
1/4 tsp cummin pwdr*
1-2 pieces dried lemon (loomy)*
1 medium green capsicum- medium chopped*
1 mecium carrot-cut to small pcs

B)
1 kg Lamb- cut to medium size
1 tbsp oil 1 large onion-cut to big chunk
1 large Tomatoes-pleed and chopped
1 stick Cinnamon
1/4 tsp black pepper pwdr
1/4 tsp Cardamom pwdr
3 pieces Cloves
2 pieces Bay leave
1/4 tsp Mixed spices
1/2 tsp ginger powder
1/2 tsp garlic powder
3-4 pcs cardamom pods
Salt to taste

C
fried pine/ almond nuts
chopped fresh corainder

Wash rice, soak in salted water for at least 1 hours.
In medium casserole add onion, garlic,ginger,cardamom, cinnamon, cloves, black pepper, bay leave, all spices, corainder, cumin,bay leave, tomatoes and lamb, cover with water, bring to a boil and cook for 30 minutes (I'm using presure cooker) or until lamb is tender.
Add salt after half cooking time. Remove lambs from the stock and keep aside, strain the stock.
In a medium casserole, heat oil ghee and oil.
Add onion and stir fry until transparent.
Add* and continue fry until fragrant.
Add rice, fry till transparent and add tomato paste, salt and tummeric powder, fry again for 2 minutes.
Add lamb stock, lemon juice and lamb, cover tightly.
Leave 25-30 minutes until rice is cooked.
Place Kabsa Rice in the platter and sprinkle with roasted pine nuts and fresh corainder leave on the top.
Serve it with dakkos or maraq.
Enjoy with your family.. ^-^

FATAYER ZAATER MA JBEN HALOUM/AKAWI Fayater Arabi with zaater/oregano & haloum cheese/akawi

One of my favourite fatayer, kalau g beli selalu mintak X'tra cheese tapi tak mo olive and tomato. Malam ni buat sendiri untuk dinner so suka- suka hatilah nak laetak cis banyak mana dan yang ada olive dan tomato tu untuk boss kat umah ni sebab Lydia memang tak makan olive or tomato. Tomato makan tengok jenis masakakn juga bukan main rembat je..hehhehee dasar pelilih makanan gini lah.. Ni adalah asas doh fatayer arab, anda boleh mempelbagaikan filingnya seperti yang lepas- lepas lydia buat seperti boh daging cincang, zaater/olive oil, cheese, bayam, telur, sosej etc ikut selera,, kalau nak melayukan boh je la inti karipap..hihihi..
FATAYER ZAATER MA JBEN HALOUM/AKAWI (Fayater Arabi with zaater/oregano & haloum cheese/akawi

1camt Dyr yeast*
1/2 cmt Gula*
200l Air suam*
2C Tepung gandum
1/4 camt baking powder
1/4 cmt baking soda
1/4 camt habbatu sauda
2 tbs Virgin olive oil
secubit Garam

filing:
Zaater hijau
Olive oil
Cheese Akawi/ haloum
fresh tomato-slices
black or green slice olives

Masukkan tepung dan garam dalam mangkuk adunan.
Buatkan lubang di tengahnya dan masukkan campuran yeast (yeast,gula&air suam).
Uli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal@elastik.
Add in olive oil dan teruskan menguli lagi hingga doh betul- betul elastik.
Bila doh dah lembut dan elastik serta tak melekat di mangkuk adunan, ketepikan.
Tutup mangkuk adunan tu dengan kitchen towel atau plastik, biarkan sehingag ianya naik 2x ganda.
Panaskan oven kepada suhu 200C.


Bila doh dah naik 2X ganda, bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil sebesar telur ayam grade A.
Canai sehingga mendapat ketebalan 0.5cm, tarik sikit doh supaya menjadi bujur isikan zaater yang dicampurkan dengan olive oil, taburkan cis diatasnya dan taburkan sedikit olive serta susun beberapa slices tomato.
Lipat kiri dan kanan serta klimkan di penghujung tu kemas- kemas macam pocong heheheeee...
Transferkan ke atas dulang pembakar, sapukan dengan putih telur diatas fatayer tadi.
Kalau suka boleh sprinkle ngan bijan atau habbatu sauda
Bakar selama 5-8 minit(ikut jenis oven dan saiz)menggunakan api atas bawah bawah, hingga golden.
Sedia untuk dihidangkan panas- panas bersama jeruk sayuran (carrot, timun) dan secawan teh O panas.