Sunday, May 12, 2013

KEK PUDING KARAMEL PADDLE POP

Mula-mula tengok kek karamel rasa macam susah je nak buat. Nampak complicated tapi sebenarnya senang sahaja. Kepada yang ingin mencuba tak perlu fikir panjang terus je buat, Insyaallah kalau baca dan ikut resepi mesti jadi punya..tengok Lydia yg 0 baking buat sekali terus menjadi. Kek ni menjadi kegemaran me and my in law sbb 2 in 1 serta cantik. Kek ni Lydia dah buat raya haji tahun lepas ni baru kelua resepi ..huhuhu..dasar Rajin kan?

KEK PUDING KARAMEL PADDLE POP
(A)Gula Hangus- 2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
tabur gula dlm loyang n msk atas api perlahan, biar gula hancur & perang.Ketepikan.
(B) Bahagian Atas
1/2 tin susu cair FN (200ml)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
(C) Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45ml minyak msk@butter cair
(D) Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar
Kacau semua bhn (B) perlahan2.jgn bg berbuih2,nti x jd karamelnya. Masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi, ketepikan. Pukul bahan (C) *guna senduk je, ketepikan.Pukul (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati. Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..masukkan kedlm loyang yg ada gula hangus tadi (A + B) Selang seli warna, letak ditengah2 loyang. Bakar cara double boiling - selama 1 jam suhu 160-180'C . Bila masak angkat & rehatkan 10 minit baru terbalikkan kek yg dibakar tadi. Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..betul..1st nak buat dulu rasa macam susah sangat tapi sebenarnya taklah susah sangat dan hasil dia pun sedapppppp

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam ..ya mula dulu rasa tak confident takut kek jadi bubur ngan puding atau puding jadi air..hehhe but bila dah cuba alhamdulillahhh

    ReplyDelete